KA rasa, ramai yang dah berkira2 nak mengadakan rumah terbuka or Open House bahasa omputihnyer. KA selalunya, kalau berkesempatan membuat sessi yang sama, akan berpandukan kepada tip2 macam kat bawah ni, sebagai garis panduan anggaran banyak mana, yang kita perlu buat dan masak untuk para tetamu. Takut terkurang aje, kalau terlebih sikit takpelah, boleh tuan rumah kasi perabis kan lepas tu hehehe. Share dengan kawan2 semua ye!
MEMASAK UNTUK RUMAH TERBUKA
Cara-cara
untuk memasak dalam kuantiti yang banyak terutama jika kita hendak
memasak nasi buat makan 50 orang. Ayam berapa ekor,daging berapa kilo.
Jika memasak ayam atau daging okkah tidak memasak pada malamnya .sebelum
majlis besoknya?
Secara amnya, terdapat beberapa faktor yg perlu diambilkira bila menyediakan jamuan yg melibatkan tetamu yg ramai. Biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?
Contohnya,
nasi utk orang kampung seramai 50 orang adalah 16 pot (tin susu beras
yg kecil, lebihkurang 280 g = 1 pot) manakala utk orang bandar seramai
50 orang adalah 14 pot. Jika tetamu itu semuanya dewasa atau separuhnya
kanak-kanak, puan perlu membuat perubahan yg perlu.
Jika
purata 50 orang = 15 pot = 4.2 kg beras. Jika beras Basmathi (utk nasi
beriani, nasi minyak, nasi tomato dll) perlu dilebihkan kerana berasnya
tidak kembang seperti nasi biasa.
ANGGARAN UMUM 10 KILO BERASMATHI UNTUK 100 ORANG
Bagi
ayam pula, bergantung pada saiznya. Lazimnya, utk membuat kari atau
kurma, kita memotong seekor ayam menjadi 12 bahagian. Seandainya seorang
mengambil satu bahagian, kita perlukan 4 1/2 atau 5 ekor. Perlu
diperhatikan di sini, kari juga mempunyai kentang, tomato dll yg akan
“menambah” lauk kari itu sendiri.
Untuk
daging, terpulang pada berapa keping atau ketul yg dipotong. Selalunya,
utk 50 orang, puan perlukan 3-4 kg daging. Untuk rendang, mungkin lebih
sedikit. Dapatkan daging batang pinang yg mudah empuk. Jika memasak
kurma atau kari, masukkan ubi kentang anggaran 2 kg.
Manakala
bagi sayur, bergantung juga pada jenis resepinya. Selalunya, jikalau
hendak membuat acar mentah (jelatah), gunakan 5 biji timun, 4 batang
lobak merah dan 3 labu bawang besar. Semuanya adalah anggaran kerana
sukar utk mendapatkan sukatan yg tepat (kecuali seseorang itu membuat
perniagaan “catering”)
Jika
ingin memasak ayam untuk Masak Merah, contohnya, adalah boleh
menggorengnya terlebih dulu pada malamnya dan mengisar semua bahan yg
diperlukan sebelum menumis keesokan paginya. Untuk kurma atau kari,
boleh juga mengukus ayam yg dicampur sedikit garam dan diletak di dalam
loyang (supaya airnya boleh terkumpul) pada malamnya sebelum dimasukkan
ke dalam kuahnya (yg ditumis pagi hari). Daging untuk rendang lazimnya
dimasak pada malamnya kerana ini akan membuat rendang itu lebih enak.
Ini adalah sebagai panduan asas. Bila kita sudah seringkali menyediakan
makanan utk tetamu yg ramai, dengan sendirinya akan menjadi lebih arif.
Usah
terlalu risau jika makanan tidak mencukupi ,di nasihatkan agar
menyediakan bahan asas membuat Mee/Bihun Goreng, contohnya, kerana jika
tetamu datang lebih dari jangkaan (nasi/lauk habis cepat), kita berupaya
menghidangkan Mee/Bihun Goreng dalam “sekelip mata.”
Di anggarkan 1 paket mee (500 g) adalah utk 5-6 orang dewasa (100 g seorang). Sila ambil kira jikalau ada makanan lain yg turut dihidangkan.
Oklah, boleh cuba ikut panduan ini macam yang KA selalu buat!.
![]() |
| ( Pinjam google) |
Rumah KA sentiasa terbuka untuk tetamu, tapi cuma tulah ,ade biskut jelah dengan kerepek yang penuh dalam balang tu ....hehehe.
" Kata ahli Sufi, masakan yang dibacakan “Bismilah” dan “Selawat” semasa
dalam proses penyediaan , makanan itu akan mempunyai roh yang
bagus. Apabila kita memakannya badan akan menjadi sihat."

37 comments:
tak pernah masak untuk ramai orang..huhuhuhu
bagus tips ni...tp kita x penah msk utk ramai org,
kalau nak buat knduri pon, sll order kater je...hehe
Salam, bagus tips ni.. memang kena stand by menu emejency.. kadang2 tetamu tak dijangka ramai..
wah..ni mesti dah biasa masak banyak2
kita tak reti sgt :)
tq utk info yg bagus nie, seyesly memg tingin nak wat open house nie, tp tuela mcm ckp,takut terlebih atau terkurang..kesudahannya kalo nak wat open house, jemput kwn2 ke umah mak..senang hihihihi ramai tukang masak
Mesti KA dah biasa buat kan. Thanks for the tips.
bagus tips ni. idak le membazirkan. maklumla kekadang bila setahun sekali masak dalam kuantiti yg banyak, budget tu mcm tak berapa nak pandai.
Tips yg bagus ni...
CkLah dah buat dua kali raya ni. Satu untuk keluarga. 1 untuk anak murid. 2 kali tu ckLah bantai buat mi kari. Berbungkus bungkus jugalah...
Hari ni, mula sekolah dan mula puasa untuk rehatkan perut.
Raya ni ckLah dah buat 2 kali. Untuk keluarga dn anak murid. Dua dua ckLh bantai buat mi kari je. Senang....hehe.
Hari ni start sekolah, start puasa untuk rehatkan perut. :-)
saya mmg tak penah buat open hse ni..msk byk lagila tak reti.
kalau memasak, saya mmg bacakan bismillah & slwt..dan doa bior sdp & berkhasiat mknn tu. tips jiran bagi masa memula kawin dulu.
bgs tips ni, tp sy xpernah msk byk2.... boleh try nie... hehe
TQ KA share tips yg sgt..bagus ini utk panduan.. :)
wahhhh bagusnye tips ni KA !
cik ana sllunye wat open
house mmg depends pd firasat
mak la.. buat kat umah mak je.
sbbnye blm kawen lg.. hehe
slm syawal,
cik ana
rumah saya sentiasa open... kalau bgtau sebelum dtg boleh le masak yg special sikit.... kalau x... makan kuih raye jer la ye...
sabtu lalu buat open house... nasib baik cukup... tak leh buat anggaran... tak reti... thanx 4 the info... boleh cuba next time..
thanks for the tips KA.. :)
SERONOK BACA ENTRY NI..SELAMAT HARI RAYA KA :)
saya selalu masak utk 20-30 org. tp budak2 lelaki yg makan mmg akan habis. hehe.. thanks infonya. InsyaAllah kalau balik Malaysia boleh praktiskan. :D
masak utk open house dgn jemputan yg ramai
letih juga..
tapi bila tengok semuanya sold out
kepuasan berganda tuan rumah
paling ramai yang pernah saya jamu kat rumah ni cuma 20 orang, tu pun dah kelam kabut macam nak tergolek dapur. haha. tips yang bagus ni, kadang2 tetamu nak datang ni inform last minute, tak sempat nak kira2. boleh check sini ;) tq
tips yg bagus ni KA, zie tak berani lg buat open house...penat tu sorang2 nak bersilat kat dapur.. cuma pernh buat mkn2 yg simple, seperti laksa, bihun sup, tomyam saja
thanks KA.Boleh la dijadikan panduan.Kdang2 tu mmg susah nak agak nak masak byk mana
Uya paling takut nak wat open house. takut masak xcukup!
thnx KA for the tips
Uya paling takut nak wat open house. takut masak xcukup!
thnx KA for the tips
Tips yg berguna utk masak dalam kuantiti yg banyak......terima kasih berkongsi,tak pernah lagi masak bnyak2, kalau buat open house, mak yg masak....hehehe
Assalamualaikum Kesuma Angsana,
Selamat hari raya maaf zahir batin....terima kasih kongsi tip yang sangat baik ni....
tips yang bagus...tapi, jarang buat nasi kalau open house, selalu menu berat berkaitan dengan mee or bihun jer...jimat katakan,hehe :)
Hahahah bagus ni.
Mmg tak larat lah nak masak byk2 ;) penat juga tu..
Tapi kalau nak buat mmg kena buat pengiraan mcm ni
tips yang bagus...terima kasih
bagus tips ni.. nanti bila2 rasa2 nak masak bebanyak boleh pakai tips ni hehe
wah, sangat berguna panduan ini.
salam aidilfitri kak KA
nice info...tapi da lps wat open house la KA..xpe boleh guna utk next time mkn2 la..
Tqvm KA. Sharing is caring...Akak salute tips ni.
xpernah msk tuk ramai selalu g jer rumah terbuka org hahhaaa
tips bagus..dh lepas dah buat open house..salam lebaran akak KA
Nice tips KA...M biasa masak tak banyak sangat pun...
Post a Comment