Tabung Masa Depan ...

Sunday, September 02, 2012

Antara Yang Menarik Di Legoland Malaysia

Tarikan utama di Legoland Malaysia, miniatur Menara Berkembar Petronas.

SEKUMPULAN 15 jurubina Lego hanya memerlukan tempoh kira-kira setahun untuk menyiapkan pemasangan miniatur Menara Berkembar Petronas, salah sebuah projek gergasi taman tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor.
Miniatur bangunan pencakar langit setinggi 10 meter itu adalah menara tertinggi yang terdapat di taman tema Legoland seluruh dunia.

 
Seorang pekerja melakukan kemasan terakhir pada model lego.

Menurut pereka bentuk Legoland, Eric Hunter yang juga ketua jurubina untuk projek tersebut, pasukannya telah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk mengkaji pembinaan dan struktur bangunan tersebut.
Beliau berkata, pasukannya mengambil masa selama 5,500 jam untuk memasang lebih 542,000 kepingan lego bagi membina menara berkembar itu.
"Di dalam menara berkembar itu, lapan meter besi dan logam dipasang untuk menampung miniatur tersebut.

Miniatur bangunan Perdana Putra turut tersergam indah.

"Jika sesiapa saja ingin cuba membina bangunan tersebut dengan sendiri, ia akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan," kata Hunter ketika ditemui di tapak miniatur menara berkembar itu di Legoland Malaysia, baru-baru ini.
Miniatur Menara Berkembar Petronas itu adalah satu daripada 12 model lego yang mewakili 17 bangunan terkemuka di Asia Tenggara yang terdapat di taman tema itu.
Salah seorang jurubina berasal dari Taiping, Muhammad Khairul Zainon Noor, 27, yang diberi penghormatan untuk memasang kepingan lego terakhir di puncak menara berkembar itu berkata ia adalah pencapaian terbaiknya setakat ini.
Ikon terkemuka India, Taj Mahal.
"Ini adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya," katanya.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, kerja-kerja pembinaan taman tema seumpamanya pertama di Asia hampir siap dan akan dibuka kepada umum pada 15 September ini.
"Taman tema itu hampir siap dengan kebanyakan laluan dan infrastruktur sudah dipasang sepenuhnya.
"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kami sudah melakukan kemasan terakhir di taman itu dengan menguji laluan untuk roller coaster, memasang 15,000 model lego dengan 50 juta kepingan lego," katanya.

Masjid Putrajaya antara model bangunan yang dipasangkan di taman tema ini.
Boerst berkata, kira-kira 45,000 pas tahunan telah dijual dalam tempoh tiga bulan lalu.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.legoland.my. 

Sumber Dari SINI

Adik beradik KA dah berkira2 sibuk nak berkunjung ke sini bila dah dibuka nanti ! Hurmm... apapun tunggu jelah.


( N3 Auto Publish ) 

19 comments:

babycomel said...

Legoland.. semart tu =)

KY said...

memang cantik...nak satu, nak simpan dlm rumah hihi

Zie said...

betul tu tempt baru mesti nk pi punya...

rieda_ffya said...

bile nk buka nye KA...jauh sgt nk pi..tp semua nampak comei n menarik

gadisBunga™ said...

dah gi legoland KA? kalau belum mai la.. :D

Everything's Everythings said...

Legoland ni mcm madurodam di hollands plak, where dia build exact the same place as in real in smaller version ;D
menarik betul, tapi tu la harga masuknya mahal beratusan juga buat adult.. xtahu betul ke tak

♡ Risha Lieza ♡ said...

waahhh! kreatif la diorang! :O terbaikk lahh. bangga jd rkyat MALAYSIA! :D

Hnahdy said...

wah, perasaan mmbuak-buak untuk ke sana : ) tapi mahal kan. rm100lebih. kalau orang yang duduk dekat ngan tempat tu best lah. xkena bayar tol dan minyak :)

ALoNa CintamaniszLite said...

Alahaiii....sape yg dok dekat leh ler buat annual pass. mcm kitorang yg dok jaoh ni..harus lah kalo dh tinginnnnnnnn sgt nk pi baru leh pi. Tu pun kena ada bajet tinggi gak ler, kan. Dh tiket dewasa pun RM140 kanak2 mula 3 thun sampai 11 thn kena tiket RM110...jenoh gak ler walletnya, huhu..

Mishter Izwän said...

bangganya jadi rakyat msia dan jhor :)
tp entah bile la dpat pegi . tgk pic nmak sngt ohsem . siap ade putrajaya lg n KLCC

dyabunga said...

nampak real je..

Si Matatajam said...

Bestnya kalau M leh p sana..Tp jauh sangat la...

sal ya said...

tu la... ada plan jugak nak pergi. boleh pergi ramai2 kebetulan BIL ada kat rumah ni.

kay_are said...

waaahh.. memang nampak real.. cantik!! nak buka kat johor nanti.. mesti best dapat tengok bangunan lego camtu =)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Menarik gila der .... Haaaaaa yahoooo

najihahfara said...

menarik nak pegi tapi mahal sangat tiket die

Arham Md Ali said...

Tak sabar nak tunggu Legoland ni, kalau pergi sekarang yang dah bukak kedai Lego dia, antara yang terbesar didunia tu.

Wanieys said...

tiket mahal gak eh nk masuk legoland tu

Che Rosliza Che mat said...

memang cantik...tapi mahal tiketnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...