![]() |
| ( cik google ) |
Salam Jumaat yang dingin, sebab pagi2 dah hujan. Jumaat mulia yang memang penuh dengan keberkatan. Penghulu segala hari. Dan hari ini apa yang ditunggu2 oleh kebanyakan orang (bukan KA ye) ialah pengumuman budget 2013 kan!. Bagi KA yang bukan kerja gomen ni, mmg x boleh nak harapkan apa2 lah gamaknyer. But pada penjawat2 awam, yang paling dinanti2 adalah kenaikan gaji, cerita bonus dan insentif2 lain. Cuma KA sedikit tertarik membaca komen dari columnist yang ini. Bukan menyokong 100% tapi ada point2nyer yang KA rasa bertepatan. Share ajelah with uols dari SINI ( Cuma personal opinion by the columnist)
28 September ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan
membentangkan Belanjawan 2013 atau dalam bahasa sekarang, Bajet 2013.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat
awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September
ini.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi.
“Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu,
timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli
rumah,” katanya dalam satu kenyataan. Perumahan adalah diantara masalah besar masyarakat bandar hari ini. Harga terlalu mahal dan tidak ramai yang mampu. Harga perumahan dikawasan pinggir bandar juga turut meningkat dengan
mendadak, terutamanya dikawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan
pengangkutan awam. Kemungkinan besar tuntutan Cuepacs akan ditunaikan kerana maklumlah,
penjawat awam bank undi terbesar bagi Barisan Nasional (BN).
Akan tetapi bagaimana pula dengan pekerja swasta?
Apakah akan terus dianak tirikan dalam bajet kali ini sepertimana bajet-bajet tahun sebelumnya?
Pendapatan mudah kerajaan dalam setiap kali pembentangan bajet adalah kenaikkan cukai bagi produk-produk tembakau dan alkohol.Tidak siapa akan berani membantah kerana ianya adalah satu tindakan yang “politically incorrect.” Tetapi kerajaan jangan pula terlupa, sebarang peningkatan cukai
tembakau dan alkohol akan menyebabkan aktiviti penyeludupan turut
meningkat sama. Dengan lambakkan produk-produk tembakau dan alkohol yang diseludup,
pendapatan kerajaan daripada cukai produk tembakau dan alkohol yang
dinaikkan itu tadi akan semakin berkurangan oleh kerana kerajaan tidak
mendapat sesen pun hasil daripada aktiviti penyeludupan.
Yang dijangkakan akan turun adalah harga kereta.
Ini adalah kerana Pakatan Rakyat (PR) agresif berkempen mereka mahu menurunkan harga kereta jika mereka dapat menawan Putrajaya. Tidak ada siapa baik dalam BN mahupun PR membincangkan tentang harga motosikal berkuasa besar yang mahal. Mungkin kedua-dua BN dan PR tidak mengetahui majoriti pengguna
motorsikal yang terlibat dalam kemalangan maut adalah mereka-mereka yang
menggunakan motorsikal berkuasa 150cc kebawah. Saya tidak mempunyai statistik tentang ini akan tetapi saya diberitahu oleh sumber dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mengapa tidak BN atau PR kaji tentang ini?
Saya amat berharap juga agar dalam bajet kali ini, belanja untuk
pendidikan dan kesihatan akan melebihi belanja untuk membeli senjata. Biarlah Malaysia tidak kuat dari segi ketenteraan akan tetapi melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai. Bantulah industri penerbitan buku tempatan dan juga meningkatkan
perbelanjaan untuk menterjemahkan buku-buku yang baik dari luar negara. Bukan sahaja buku-buku sains tetapi juga buku falsafah. Wang perbelanjaan untuk ini boleh didapati daripada mengurangkan
upcara makan-makan kerajaan yang sebenarnya “membunuh” secara senyap. Makanan-makanan yang “tidak sihat” yang seringkali dihidangkan dalam
mesyuarat atau program-program kerajaan inilah yang menyebabkan ramai
berpenyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan banyak lagi
punca-punca kematian rakyat Malaysia. Kerajaan harus tunjukkan yang mereka bijak berbelanja. Barulah rakyat akan mengikut. Jangan jadi seperti ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus.
Hrmmmmmmmmmmmm.......!
Apapun, kena tunggu lah petang nanti ! ( Bila gaji gomen naik, habis semua harga2 barang pown naik sama, apa ni !)

26 comments:
harap2 ada la kan
jgn lah d anak tirikan pekerja swasta !! kami mahu hak kami .. "boleh kew?? heheh mntk2 ada ler berita baik ^^
rasanya balik kerja baru dpt tengok belanjawan...
untung la penjawat awam.. tp sy setuju pndpt columnist ni.. idea dia bgus!
harap dptlah berita gembira~
HARAP HARAP BUDGET KALI NIE HARGA RUMAH TAK BOLEH NAIK TINGGI..NAK BELI RUMAH :)
sebagai pekerja swasta..tade apa imbuhan sangat pun dpt dari belanjawan..
tunggu petang nanti..
wlpn leeza tak terlibat. haaaaaaa
idea yg bagus
tunggu dan lihat
ape ke bodo kome ni...kerajaan ke byr gaji pekerja swasta?mintakla bos kome naikkan gaji ke bg bonus!dulu yg gatal nk kerja swasta sgt sape suruh?sbb gaji kerajaan sikit je kan?so?skrg nk dgki watpe?!?!!
setuju tue, bila gaji gomen naik..seme brg naik...kesian..sdgkan bukan seme keje gomen
harap bajet kali ni menguntungkn semua pihak...
ye lah akk
harap2 sgt kalau boleh swasta nie x di anak tirikan ..
nie dokk , bila gaji gomen naik , barang naik
dah tuu kami2 yg kerja swasta nie x sakit ke ???
huhuhu
ye KA pembentangan budget mmg ramai yg ambil tahu trmasuk kak kat ulu ni krna stiap kali gaji pnjwat awam naik...kami kat ulu ni trpksa byr over2 hrga kprluan sharian...
alhamdullillah kalau gaji gomen naik or dpt bonus...sy leh tumpang je lah rezki Hb ..hehe
Salam ! Tq singgah berkomen. Bukan masalah pandai or b*d* kat sini, kena ingat, bukan semua orng bertuah (Bertuah ke?) dapat keje gomen, rezki tu ada dimana2, xde rasa dengki or phd pown. Cuma mohon gomen ambil kira juga apa2 perkara yg boleh membawa manafaat buat semua rakyat x kira di sektor awam atau swasta. Bukan ttg perkara2 yg remeh mcm gaji & bonus tu. Apapun kalau benar2 ikhlas, just kenalkan diri boleh kita follow menfollow, kena setiap orng ada pendapat masing2kan !
setuju.. pekerjakeje gomen ke swasta ke deme tu semua manusia, tetap beli brg keperluan hidup yang sama.. harga gula or brg2 keperluan dapur tetap dijual harga yg sama.. jadi saya rasa kenaikan gaji tu tak terlalu penting tp boleh tak kerajaaan turunkan harga brg? sekurang2nya semua dapat rasa manfaatnya.. huhu
tp saya musykil harga ngasuh anakpun akan turut naek.. hukhuk
hrp2 ader brite baik utk sume..bkn pkeje gomen je..tp swasta jugak..msing2 sama2 menaikkan & memajukn ekonomi negara....
Dgr kat radio jer lah. Sama2 kita nantikan. Harap2 ada lah berita baik untuk pekerja swasta mcm kami nih.
nak tumpang komen yang ini ye KA..hahaha..
kesian dengan orang yang ada mentaliti macam ni. kalau boleh orang orang seperti anon ni janganlah terlupa dan buat buat lupa pulak. gaji orang kerja kerajaan tu dapat dari hasil duit cukai rakyat. yang mana boleh kata majoritinya orang kerja swasta. ye lah. orang kerja kerajaan kan gaji kecik :P
so. logik lah kalau yg kerja swasta ni pun nak tengok manfaat yang dia bakal dapat hasil daripada duit yang kerajaan dah tuai. kalau kita pegi kedai..sama lah macam kerajaan yang dah buat pembangunan (dengan duit rakyat) lepas tu nak suruh kami ni semua undi mereka dalam pilihanraya akan datang.
pepatah melayu kata..orang memberi kita merasa..
kalo gomen dapat bonus, boleh la minta duit dr mak..=p
tp rasanya buat masa ni kerajaan akan bagi 'madu' pada semua dgn tujuan untuk memancing undi.. pendapat jelah..=)
setuju...pekerja swasta dianak tirikan....dahla kene bayar income tax...grrrrrrrr!
bile brg naik..sama2 rasa....pleasela be fair!ni bukan nak komen org keje gomen..tp nak komen ttg bajet 2013 yg sepatutnya bg benefit pada semuaa....sektor gomen n swasta.....kalau setakat naikkan ptgn epf mcm taun lepas,bukan ada kesan kat kita dlam hidup seharian pun!
wait and see ya...sure banyak yang sweet-sweet dalam budget this time...and harap-harap tak lupa private sector kan...kesian selalu aje di anak tirikan walaupun income tax bayar sama aje...
Eh, KA dh tukar header ye...menarik!! sy aje nk buat2 header pun. kuno betol, mm..
Bajet petang ni takde ke PM terpikir nk bagi elaun kat surirumah sepenoh masa mcm sy ni, ye...hahaha..Bertuah!!!
alhamdulillah dpt la bonus 1 1/2 bulan gaji..
setuju tp terasa juga..hahaha.sebab semua org kecoh kenapa hanya penjawat dpt bonus sdgkan swasta tak...huhu..kiri kanan depan belakang semua hentam,...huhu
Post a Comment