Wat N3 sambil2 printing ni. He He He.
Kisahnyer macam ni. KA dan En. Hubby menonton berita Astro Awani pagi2 tadi, waktu breakfast sebelum ke office!. Berkisar tentang cerita kepulangan ke Malaysia dari China, si penyanyi Shila Amzah selepas kemenangannyer di Asian Wave 2012 hari tu. Sambil sedap melayan En. Hubby makan 2 keping roti canai di kedai tu, dan menonton cerita2 Shila Amzah di kaca tv.
Kisahnyer macam ni. KA dan En. Hubby menonton berita Astro Awani pagi2 tadi, waktu breakfast sebelum ke office!. Berkisar tentang cerita kepulangan ke Malaysia dari China, si penyanyi Shila Amzah selepas kemenangannyer di Asian Wave 2012 hari tu. Sambil sedap melayan En. Hubby makan 2 keping roti canai di kedai tu, dan menonton cerita2 Shila Amzah di kaca tv.
Tup2, keluarlah gambar Shila Amzah berdua bersama ayahnyer, ND Lala tu. Shila kemudiannyer mengucup pipi Ayahnyer tanda sayang & terimakasih. Tiba2 .......... tak tau dari arah mana, terdengar suara sorang budak kecik lelaki menjerit, sikit punya kuat suara dier, satu kedai boleh dengar !
" Eh2, dia cium lelakilah, mana boleh, berdosalah, dia kan orang Islam bertudung ! ". Dan kemudian cepat2 Mak budak itu (rasanyer) cakap macam ni ......." Itu bapak dialah xpe, bukan boipren dia ".
KA & En. Hubby nak tergelak pown ada. Budak2 zaman sekarang ni betul2lah, semuanyer pandai, walaupown kecik2 lagi !.
Yang ini versi cerita sebenarnyer dari Mstar Online Hari Ini. Nak kongsi juga, walau rasanyer ramai yang dah tahu!.
SEPANG: Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah
menjelaskan keputusannya memakai tudung memberi hikmah yang cukup besar
apabila dia diterima dengan baik oleh masyarakat China selepas menjadi
juara Asian Wave 2012.
Shila berkata, dia sangat terharu dengan penerimaan peminat di negara
itu ketika menyertai pertandingan tersebut kerana mereka benar-benar
menghormati imejnya sebagai wanita Islam.
"Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada
ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas
di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.
"Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup
menggembirakan saya," ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.
Pada Khamis lalu, Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon
80-an, ND Lala dinobatkan sebagai juara program Asian Wave 2012 yang
berlangsung di Shanghai.
Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).
Kepulangan Shila bersama keluarganya turut disambut oleh peminat dan rakan-rakan media.
"Kejayaan ini bukan bererti saya sudah boleh mendabik dada sebaliknya
masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian kerana cabaran yang
akan datang lebih hebat selepas ini," jelasnya.
Shila memberitahu kemenangan itu juga membolehkan dia berkongsi dana
bersama pemenang tempat kedua dan ketiga bernilai RM5 juta yang
diperuntukkan oleh Shanghai Media Group (SME).
Wang itu bagi menjalankan aktiviti promosi, persembahan pentas dan
juga dalam usaha menjadikannya artis terkenal di seluruh Asia.
All the best to you ye, Shila Amzah!


46 comments:
hehe..budak2 skrang lebih pandai..
Berbangga dengan Shila..=)
hehehe..saya yg dh besar panjang ni pun msh peluk cium abah saya lg. apatah lg bila shila yg dpt kemenangan besar ni.
(siyes suka tgk dia ni. cantik je. nak2 bila dah berhijab. hehehe)
tahniah shila...
makin berkembang kerjaya seninya KA....
sekarang ni KA dgn budak kita rajin terangkan maksud yg tersurat/tersirat gitu he..he..
murah rezeki dia pas pakai tudung nie..syukur :)
budak skg mmg pandai2
bagus pun budak tu jerit kuat kuat. supaya org sekeliling boleh dengar. maka tak de la terjadi anak dar abertudung pastu buat pangai mcm org tak bertudung. kalau budak sekecil tu dapat fikir kenapa yang empunya badan tak boleh terfikir plak. ngee
Alhamdulillah ^^
Bagus, pandai budak tu kan? ;D
pandai...
anak2 saya pun kalau tengok org berlakon seksi seksi sikit kat tv dia kata "malu laa" hehehe..
murah rezeki shila dah bertudung..harap dikekalkan..dan takde kontroversi yg bukan bukan di masa akan datang..
Luv her voice
Mmg wajibbbbb la dia menang gituew!!!
Mmg suka tgk persembahan dia dari peringkat awal sampai final..
pandai budak tu hehehhe..
tumpang bangga dengan dia .. murah rezeki
hihi..igt kan yela dier cium lelaki mne..rupenya ayah dier..hihi
budak skrg mmg terlebih bijak, tp ada masa salah tafsiran, kita yang kena pandai menerangkan kan KA
ada baiknya bdk tu ckp gitu, bila tersebar gini automatik mcm bg dakwah kat org lain.
shila mmg suara mantap pun, layak menang.
bdk skrg..tu kna pantau je ap yg dyorg bt dan apa yang dyorg tgk... :)
rezeki shila..all the best ye shiela :)
budak2 sekrang bijak belaka . .
makin lawa dia ni
suara dia mmg sedap sangat..akak suka!!
hhahaha.. budak tu jerit kuat ke? budak kecik da makin pandai skrg.huhu
pape pun tahniah la
suka shila .. selepas dia berhijab ... lg suka. sweetttt
Pandai!^_^
Semoga generasi baru kita terus mengamalkan sikap seperti itu..
risau dengan dunia sekarang ni. huhu..
Tahniah Shila Hamzah!!^^
hahahha..ok lah tu, walaupun masih kecik, dia tahu haram, cuma salah faham je hihih
hihi...pandainya budak tu, tp klu salah mak bapak kena explain balik... takut dia tersalah fhm...
bijak bijak..ank sapalah tu ya..
kalau xsilap sy la shila ni penah bersekolah di SJKC kn?
no wonder la dia boleh menyanyikan lagu manderin tu dgn baik..
dan kalu dia boleh bertutur dlm bahasa tu, lg bersinar bintang dia kelak..
selamba je budak tu yer...ye la dh dia tgk cm tu , pompuan btdg cium laki..salah la kan...
tp dia x taw yg tu halal...hhehe..kena xplain kt dia..
Alhamdulillah bertuah!
dia nyanyi besh pun.. mmg patut menang..:)
lps ni..berhenti nanyi pulak..masjlis tertutup khas utk wanita jekan...dah bertudung tu cantik dah..pelan2 ye..bijak adik tu..biar ckp kuat2..biar org dengar sentap sikit..
Assalam KA..Alhamdulillah kecik2 dah tau mana yang salah..cuma dia tak tau itu ayah pada syila..
budak2 sekarang memang cepat jer cerdik
Alahai..kiut lak ble bdak tu ckp secara spontan. bijak sungguh ble da tahu hukum hakam ni.
ahahah budak2 skrg kan ..
bukan x tahu bezakan mana yg baik dan x baik ..
bila dah besar nie kadang2 tuu pelik sbb mereka buat2 x tahu ..
nasib baik mak dia cepat explain..kalau tak...nanti dia fikir negatif..
mesti cerdik budak tu...
anak2 zaman sekarang ni dah tak boleh dipandang sebelah mata,maknanya diaorang tu faham lah tu kan,alahmdulillah baru tau shila ni dah bertudung hidayah ALLAH tiada sapa dpt menyangkal kan
salam,
:)
cantik kan die...
hmmmmm.... lawaklah budak tu. hihokkkk....
kelakar..
Hehe...suspen jer tajuk..
pandai budak tu..kecik2 da tahu dosa pahala..hehe..
Budak kecik pun dah tahu batas pergaulan...;-)
salam,
bdk tu mesti rse die lbh islam dri org lain kn..
KLIK 6 tuntan rakyat kepada cuepacs
tahniah buat syila..
semoga terus berjaya.. :-)
tahniah shila... tengok dlm youtube je...
memang superz persembahan shila...
sore die mmg best. mantop minah ni. ;)
Cr memang minat suara shila....mantap...best...
Suara Shila ni mmg best..MANTOP sesangat...
Post a Comment