Tabung Masa Depan ...

Friday, September 28, 2012

Cerita Endang S Taurina Terbaru Di Malaysia

Bukan KA nak mengagung2kan atau memuja penyanyi2 dari Seberang.  Cumanyer lagu2 dendangan penyanyi yang satu ini, benar2 melekat di hati KA suatu ketika dulu.  Muzik itukan bersifat universal.  Dan antara yang paling terkesan adalah lagu ini, sebab lirik2 yang sangat2 bagus dan ada unsur2 nasihat didalamnyer walaupun disampaikankan dalam cara berlagu. !


 Lagu Indung Indung - Endang S. Taurina

Indung Indung Kepala Lindung
Hujan Di Udik Di Sini Mendung
Anak Siapa Pakai Kerudung
Mata Melirik Kaki Kesandung

Lahawaala Walaquwataa
Mata Melihat Seperti Buta
Tiada Daya Tiada Upaya
Melainkan Tuhan Yang Maha Esa

Duduk Goyang Di Kusi Goyang
Beduk Subuh Hampir Siang
Bangunkan Ibu Suruh Sembahyang
Jadilah Anak Yang Di Sayang

Aduh Aduh Siti Aishah
Mandi Di Kali Rambutnya Basah
Tidak Sembahyang Tidak Puasa
Di Dalam Kubur Mendapat Siksa

 (ehsan Utusan M'sia)
Tu gambar terbaru beliau. Berbeza sedikitkan. Tapi masih tetap segar & cantik  for KA. Dengar cerita lagi,  penyanyi Endang S Taurina yang juga popular dengan lagu Sangkar Emas ini akan turut serta  mengadakan persembahan eksklusif bersama stesen radio yang cukup popular Sinar FM .pada  Konsert Rock & Retro (R&R) 29 September 2012 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.  Ini adalah sebahagian usaha mendekati para pendengar stesen radio itu.  Dijadualkan akan berlangsung selama 3 jam, yang juga merupakan konsert kali ketiga stesen radio ini, turut akan menampilkan barisan artis popular iaitu Datuk David Arumugam, Ramli Sarip, Wann, Azri (Kilauan Emas 2), Ezad Lazim dan kumpulan Jambu manakala Shah (Slam) sebagai pengarah muzik.

Mana2 yang kat Johor or yang berdekatan bolehlah pergi jenguk2 ye!

21 comments:

Zura@Iwan said...

x perasan la cm mn lagu dia...

best gk ek?

Anum said...

layan gak

mamyharraz said...

suka lagu indung ni best.

:: Mrs.Eady :: said...

tak pernah dgr lagi ni...

Rinna said...

Memang suka ngan lagu2 Endang nie.. :)

Rasp said...

tadi pagi rasanya ada kat Sinar kot...
tapi lagu dia mmg evergreen gitu kann....

Hilmirda Daud said...

Bila dengar lagu ni terkenang zaman kecik2 dulu.. Arwah mak Amy selalu buka lagu ni dulu.

Herma Julianny said...

masa kecil-kecil dulu suka karoke lagu dia ni..=)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ermmm xpenah dgr... mungkin kerana bukan dalam zmn saya.. hehe

wantie said...

lagu indung indung tu dodulu ni suka sangat radio siar time subuh . memang best. senikata memang terkesan.

mak kita pandai nyanyi lagu ni tau.

KY said...

eemmm...lama tak dengar kisahnya, tapi lagu2nya masih segar diingatan hihih

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

alamak x tau la lagu ni..angsana dekat je dgn rumah sy tp malas nk bersesak kt sana

Acik Erna said...

Assalam KA..penyanyi yang acik minat masa zaman acik muda2 dulu selain dari hetty koes endang..masih ada lagunya acik simpan di pc dan telefon sampai sekarang

Momo said...

mak saye suke die nie..:)

maszmadi said...

nama pon dah unik, seunik lagu2 dia.....

erm, masz orang johor tapi x dok johor, so x dpt tengok lorrrrr huhu

eB said...

mama eB dolo x silap suker lagu2 dier :)

Kakzakie said...

Nasib baik kakak tahu awal sebab rancang nak ke Plaza Angsana utk anak kakak nak beli buku. Kena pergi malam inilah sebab kakak malas nak bersesak-sesak pada hari tersebut..

mama aryan said...

masa saya kecik2 dulu suka jugak dgr lagu dia,tp dah lupa tajuknya hehe

Ema Blog said...

maaf, ema tak kenal pun dia KA..huhuhu

Mrs Velentine said...

alamak..tak kenal lah pulak..

Anonymous said...

Attractive part of content. I simply stumbled upon your
website and in accession capital to assert that I acquire
actually enjoyed account your blog posts. Any way I will
be subscribing to your feeds and even I achievement you get admission to constantly quickly.


Feel free to surf to my homepage ... buy instagram followers with itunes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...