Sudahkah anda membuat penamaan???. KA dan suami sudah!. Walau x banyak mana pown duit dalam akaun tu macam orang2 lain. He He He. Sebabnyer, kita tak dapat menjangka apa yang akan menimpa kita di masa akan datang. Janganlah kita menganggap hanya disebabkan keadaan kita yang sihat, segar dan bertenaga sekarang, tidak mungkin kejadian yang malang akan menimpa kita kelak. Ajal maut dan semuanyer bergantung kepada yang Maha Esa, Allah swt. So, buatlah penamaan agar ada jaminan untuk kesejahteraan hidup anak2 dan keluarga andainyer berlaku kematian. Disamping terus panjatkan doa, agar kita semua dikurniakan tubuh badan yang sihat dan umur yang panjang!. Sekadar ingat mengingatkan sesama kita ye!
Penamaan KWSP Menjamin Masa Depan Mereka
Pernahkah terfikir bagaimana keluarga anda akan menguruskan kewangan
mereka andai kata terjadi sesuatu tragedi? Dapatkah mereka
mengharunginya sendiri?
Dengan perancangan awal, anda mampu melindungi mereka daripada penderitaan. Hanya dengan menamakan ahli keluarga anda sebagai penama simpanan KWSP, ia akan memberikan satu perlindungan kewangan kepada mereka, sekiranya kematian terjadi secara tiba-tiba.
Nasib keluarga berada dalam tangan anda. Sekiranya anda berusia 18 tahun dan ke atas, lengkapkan Borang Penamaan KWSP 4 dan serahkannya ke cawangan KWSP yang terdekat. Borang boleh diperoleh di mana-mana cawangan KWSP atau dimuat turun dari laman web myEPF. Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai penamaan atau hubungi:
a. Maklum balas online melalui enquiry
b. Pusat Panggilan KWSP di talian
03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP.
Dengan perancangan awal, anda mampu melindungi mereka daripada penderitaan. Hanya dengan menamakan ahli keluarga anda sebagai penama simpanan KWSP, ia akan memberikan satu perlindungan kewangan kepada mereka, sekiranya kematian terjadi secara tiba-tiba.
Nasib keluarga berada dalam tangan anda. Sekiranya anda berusia 18 tahun dan ke atas, lengkapkan Borang Penamaan KWSP 4 dan serahkannya ke cawangan KWSP yang terdekat. Borang boleh diperoleh di mana-mana cawangan KWSP atau dimuat turun dari laman web myEPF. Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai penamaan atau hubungi:
a. Maklum balas online melalui enquiry
b. Pusat Panggilan KWSP di talian
03-89226000 c. Mana-mana Pejabat KWSP.
Pengenalan
Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir
(Wasi) untuk menerima/ mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli
meninggal dunia.
Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan
urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu
apabila berlakunya kematian. Rasional, sekiranya anda tidak membuat
penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran
untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.
Adakah Anda Layak Membuat Penamaan?
Anda layak menamakan sesiapa sahaja sebagai penama sekiranya:
- Anda berumur 18 tahun atau lebih.
- Anda seorang warganegara Malaysia.
ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk mencarum semula dengan KWSP;
ATAU
Bukan Warganegara Malaysia yang- Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998;
ATAU- Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
LAIN MAKLUMAT DI KWSP INI
( N3 AUTO PUBLISH YE )
25 comments:
betul tue
sgt penting
alamak..saya masih belum buat penamaan lagi ni. aritu dh bgtau en hubby. sudahnya, dua2 lupa. hehehe
setuju tu... takut nanti duit akan jatuh ke tangan yang tak sepatutnya
dah buat penama..masa bujang n keje dulu..harus nama mak.. ;)
wah header KA dah cantik la :)
dah abis licin la KA...hehheheehe..dalam akaun dah kosong...:P
ermm..yana pon dh lupa ler. dah buat ke blom ek. kene semak cpt2 nie ^^
suami dah buat dah... tp liya belum lagi.. thanks sbb mengigatkan pasal nie.. ^_~
betul tu, perancangan awal adalah perlu...
settle .. :D
siap di bahagikan :)
*** cantik header tu
rsa mcm belum buat lgi.
alamat pun belum tukar.. adehh
thanks...memang i ada plan nak tukar penama ke nama anak dara i tu...cuma x pergi jer lagi...thanks for sharing KA
Dh lama buat penama walaupun sy dh hampir 16thn tak bekerja makan gaji....tp sy masih ada simpanan dlm epf ni. Walaupun ketika tu cuma RM3k tp disebabkan tiap2 thn ada dividen..duit simpanan laa ni dh tambah lagi 10k..hehe....Harapkan dividen laa yg tlg tambahkan psl dh tak keje.
Mmg penting penama utk epf ni...sy dh melaluinya baru2 ni selepas mak meninggal dunia. Alhamdulillah, disebabkan mak ada buat penama...segala proses penutupan akaun epf sgt memudahkan. Kami pun leh urus duit tu ngan sebaiknya utk kesenangan arwah di sana...insyaAllah.
Belum buat lagi owh KWSP.. ap bezanya kalau simpan dlm bank sahaja?
kalo dulu da.. ^_^ sbb masa tu blum kawin.. sekang ni blum agi.. hampir2 lupa.. :)
Dah buat dah... eh, tapi lama tak cek la pulak..
Assalamualaikum Kesuma Angsana,
Sangat baik N3 ni...Suami Kak Ros pun dah buat dah...
perlu rancang awal kan..
saya yang belum bekerja pula, tak nak memeningkan kepala dulu..
haha!=p
Alhamdulillah KA,kami dah KA. Betul kata KA,lebih baik buat awal2, tak naklah sampai menyusahkan orang yang kita tinggalkan.
sudah...tapi belum tambah my wani jer
dah buat lama dh tp yg terkini blum update :)
Alahai...lum buat dan xsempat lg...
Alhamdulilah KA...dah buat...masa mula2 kerja dulu...
saya amik skim pencen..duit kwsp dah lama abiss..
eh...en hubby dh buat ke lum ek...kena tanya ni
Post a Comment