Salahkah kalau seseorang itu mahu merahsiakan berita pertunangannye. Tepuk dada dan fikir2kan sendirilah ye!. Apapown KA suka tengok dia ni, selepas dirinyer bertudung.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Diana Amir berkata
keputusan merahsiakan majlis pertunangannya baru-baru ini adalah
mengikut syariat Islam yang tidak mengesyorkan ia dihebohkan melainkan
jika berkahwin.
Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, berkata, dia
berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat
sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A.
Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok,
Kedah.
“Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis
bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara
pasangan kekasih.
“Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah.
“Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia
(Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk
keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Difahamkan, Habib yang berusia 20-an itu bertugas di Jabatan Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Merbok dan sedang mengikuti
pengajian di peringkat Sarjana.
Mereka yang berkenalan menerusi seorang teman Diana kurang setahun
yang lalu melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu di sini, pada
baru-baru ini.
Lelaki bernama Habib yang didakwa tunang kepada Diana.
Terpulanglah masing2kan! Cuma nak ucapkan tahniahlah buat tuan empunya badan, moga kekal hingga ke alam rumahtangga.


31 comments:
Baguslah dia nk rahsiakan ^^
Semoga kekal jodohnya inshaAllah
setuju...baru tunang pun bukan kahwin//cubit2 nuffnang
mmg terserlah cntik dia ni bila dh pkai tudung... suka dgr dh bertunang dah..
da tunang da.. tahniah la ek diana.. ^_^
suke tol tgok muka diana ni..
sopan dan ayu je..
KA, kalau bertunang tu, tak perlu dihebohkan ke?
memang sepadan...
atas orang lh....kadang2 tu ada yg suke heboh...kdang2 tu ada yg diam kan aje...
betul juga sebenarnya.
saya juga akan rahsiakan pertunangan kalau saya bertunang nanti. kawin karang baru kasi heboh. hihihi~
Seeloknya masa bertunang tu diam2 ja..bila nikah nnt hebohkan pada semua...bagus cara Diana tu
bazi pon suka diana amir ni pas ddie dah bertudung. sweet sgt
Tahniah buat mereka...
setiap org ada hak..ade baiknyer x hebohkan majlis btunang.. sbb btunang baru satu kaki melangkah ke gerbang pkahwinan..tp itu bkn jaminan... y membawa kepada ikatan sah.. insyallah..ada jodoh x kemana..
Semoga dipanjangkan jodoh mereka hingga ke Jannah. Hak dia untuk mendiamkan perkara tunang ni kan...memang betul apa yang Diana cakap tu.
smuge diana amir & tunangnya berjodoh.... :)
satu tindakan yg bijak.. sepatutnya pertunangan perlulah dirahsiakan..
ye ke? setahu dee haram lelaki lain masuk meminang org yg dh dipinang tp kalau dah rahsia mana nak tau kan...wallahualam...
btul tu KA...itu hak peribadi masing2...kite kena hormati...
mmg diana amir ni ramai yg suka dia sejak dia berhijrah..
Tu laa...dh tgk kat Galaksi tv9 jumaat ari tu. Dia ngaku dh tunang..alhamdulillah. Biasalah..dh nama selebriti..kalo buat tertutup pun ada yg dpt korek punya. Tambah2 ada yg takleh nk simpan rahsia ni, kan..hehe..
same cantik same padan ..
semoga jodoh mereka berkekalan..insyaAllah
nurulpun suka sangat tengok dia nie=)
rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan.. itu yg dituntut dlm islam.. tp skang, ramai yg hebahkan pertunangan.. wallahualam...
suka diana amir sebab lepas dia berhijrah, dia betul2 berhijab ikut islam.. labuhkan tudung, menutup dada.. sedang saya sendiri pun kadang2 tak labuhkan menutup dada, selimpang aje tudung.. perlu belajar dari dia huhuhu..
sepatutnyaa mcm tulah kann........ :)
yg wajib di war2kan adalah pernikahan... bab tunang ni mmg sepatutnya disembunyikan... x perlu nk heboh2 pun... lgpun inikan hal peribadi org.. terpulang kpd empunya diri.. lg pulak zaman skrg ni ramai yg berhati busuk... cakap salah x cakap salah...
tahniah Diana...takpe baru tunang..just pray the best for you k... :)
alhamdulillah dh tunang dia....
ye la..x semua kita nk hebohkan ...
tahniah untuk diana...semoga hubungan mereka kekal hingga nafas terakhir..aminnn
suka jgk tgk dia since dh bertudung nie...
Tahniah untuk mereka..muga cepat2 disatukan sbg suami isteri
Post a Comment