Banyak kerja yang nak dan perlu disettlekan. So rehat lunch2 ni KA buat N3 maraton lagi yek! Jangan marah ye!. Kena taip laju2 ni.
1 - HUKUM MENYAMBUT HARI LAHIR
Kadang2 terpikir juga bila saban tahun dan saban waktu kita meraikan sambutan hari lahir dan juga ulangtahun yang lain2 tu. Kongsikan yang ini untuk manafaat bersama ye!.
Soalan : Saya ingin mendapat pandangan ustaz berkenaan dengan amalan menyambut hari jadi ahli keluarga dan ulang tahun perkahwinan. Apa hukumnya?
Jawapan;
Mengadakan sambutan hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni Allah dan Rasul). Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syari’at yang wajib kita ikuti. Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bid’ah) dalam hal-hal agama. Adapun dalam hal-hal keduniaan, terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syari’at yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia.
Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan masyarakat. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya; “…Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.
Wallahu A’lam.
2 - SELAMAT HARI LAHIR BRO !
Aduhai, macam mana boleh terlupa. Semalam 25/9 hari lahir salah seorang adik lelaki KA. Tulah sibuk2 ngan birthday blog, sampai terlupa birthday adik sendiri. So, to my brother MH, KA & family nak wish selamat hari lahir (even belated one), moga panjang umur, dimurahkan rezeki, & cepat temu jodoh. Seorang Pak Alang yang sangat2 digeruni oleh anak2 buah but paling disayangi juga kerana punya hati yang baik & sangat2 pemurah sebenarnya.
![]() |
| ( GOOGLE ) |
So, to my brother & my sisters2 yang len2 semua, tak reti2 nak belanja ke. Nanti roger2 hokeyh! Boleh kita jalan2 cari makan cam kat bawah ni lagi. Kih Kih Kih
3 - CERITA SI BONGSU LAGI
Kan si Adik pergi bersukan semalam
Peringkat Negeri Selangor Di Shah Alam
Balik jauh petang nak dekat malam
Amboi dia betul2 seronok sakan walau berdiam
Dia penat sangat2 tu KA faham
Dia penat sangat2 tu KA faham
Bila KA tanya menang ke tidak
Dia nampak keletihan so malas nak borak
Siap kata, Umi nanti2 kita cerita boleh tak
Sambil tangan tunjukkan pingat plak
Umi kat atas sini boleh letak dulu tak ?????
Umi kat atas sini boleh letak dulu tak ?????
He He He ( TQ to MR PETRASIS 1 yang suka sangat baca N3 tentang anak2 KA ). Dan menjawab pertanyaan Mrs LyD pulak, entahlah si bongsu KA ni apa saja sukan or pertandingan or acara2 kat sekolah semua dia nak turut serta. Menurun ikut macam KA kecik2 dulu2 kot dan satu lagi, masa preggie dia ni dulu, KA sangat2 aktif even ada diabetes !
Nah, amik kau abis dah 3 cerita !
( BLOGLIST DAH TAMAT, TUNGGU NANTI KEPUTUSANNYE YER )





29 comments:
tahniah utk anak KA .. aktif sggh ^^
Happy Belated Birthday utk adik KA.. moga dipjgkan umur dan dimurahkan rezeki..
Wahh anak KA aktif sukan yer.. menang siap dpt pingat lagi.. caya laa. :)
Wah, sungguh sibuk nampaknya ya.. kena taip laju-laju.. ha ha, pasal gambar dengan Fetri Yahya tu, sebenarnya muka tak cukup tido la KA, takut tak terbangun awal, langsung tak boleh tido...
KA...hepy belated besday utk adikknya...
info tu sangat bgos...thx share it...:)
dah lama tak datang melawat sini, dah header baru rupanya :)
selamat hari lahir untuk adik KA :)
waa dapat jugak pingat tu, terbaik la! :)
SERONOKKAN kalau tgk anak2 berjaya x kira dlm bidang apa pun..
dalam Islam ni x susah.. apa pun boleh je nak sambut asalkan x terkeluar dari syariat dan panduan yg ditetapkan dlm Islam tu sendiri... yg penting niat kita itu..
Salam...
Follow dari blog Lyd.
Very informative entry :)
selamat hari lahir untuk adik KA...tahniah untuk anak bongsu KA..baguslah kalau aktif bersukan...
slmt hari lhir utknya..tahniah untuk anak sis pula ya =)
happy birthday tuk adik KA walaupun tak kenal... hehehe
n tahniah buat dsi bungsu coz dpat pinggat emas...
buatlah majlis apa pun..asal berlandaskan islam..masa solat,tuan rumah bersedia utk solat,bila tuan rumah bersiap2 solat dgn sendirinya tetamu juga turut solat..berjemaahlah..lg bagus.
tahniah utk si anak kecil itu...bakal olahragawati ni..kayo nanti.
yg penting niat kita ... selagi ianya tak melanggar hukum islam mmg blh sambut...
tahniah buat anak kak KA ... msti dia seronok..
1. boleh sambut asal jgn langgar syariat
2. happy belated birthday Alang
3. Tahniah adik. Suka auntie lihat adik berjaya:)
thks KA sharing psl celebration bday tu...
hppy belated bday to Adik lelaki KA..
wahhh..tahniah ank KA...
3 cerita tersendiri - masing2 ada isinya. :)
Happy belated blog birthday KA!
Happy belated birthday to ur brother!
Congrats gurl sbb dpt gold gitu! ^_^
anak2 dh makin besar pandai bila tiba besday mesti nak kek...
hepi besday buat Alang...
tahniah...tahniah
wah kak banyak kisah nie ..
semua nak komen ekeke ;)
eppy bday buat adik lelaki KA dan tahniah buat anak dara KA ..
sure dia bangga kan ;)
tahniah tuk anak KA, menang ye...
tu dia tunjuk pingat pon jadilah...slmat hari lahir adik KA.smga murah rezeki.nak sambut nnt jgn lebih2 plak...mcm info tu..beringat2x.thanks KA info :)
taniah untuk anak KA.. anak akak,.. bawa p hari sukan taski, tanya napa kakak x masuk acara,.. kakak masuk tapi cikgu x bagi kain nombor... rupa2nya kakak x antar borang kebenaran ibu bapa... apalah pelupa betul...
Tahniah untuk si Bongsu...
kalau aktif mcm ni mesti dah dapat banyak pinggat
happy bufday utk adik KA, dan tahniah pd si dara tue..aktif
Tahniah.. utk anak KA dan nice sharing info:)
tahniah buat si bongsu KA...semoga terus aktif ye..
tahniah adik
Hehe.. pandai dia buat 'surprise-dalam-tenang'... :-D
Sanah helwah bro..wah tahniah pada si cilik...
tahniah adik ka!!
ka ada sue tulisa sesuatu untuk ka di sini
http://nurputribatrisyasuri.blogspot.com/2012/09/aku-jumpak-ramai-kawan-baru-kat-blog.html
Post a Comment