Saja2 berkongsi N3 ini. Rentetan dari peristiwa kematian mengejut salah seorang saudara KA baru2 ini. Arwah tidak sakit, bertubuh sihat, masih bujang dan meninggal dunia dalam usia yang muda. Dan pihak keluarga arwah enggan dilakukan post morten untuk mengetahui punca kematian kerana sudah redha dan menerima takdir Ilahi.
![]() |
| ( DARI GOOGLE ) |
Apakah hukum melakukan pembedahan ke atas mayat samada untuk tujuan forensik ataupun pembelajaran?
JAWAPAN:
Dinyatakan di sini bahawa Lembaga Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi
telah membincangkan isu ini dan bagi mereka isu ini dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu:
1. Pembedahan mayat untuk tujuan forensik iaitu mencari bukti tentang perlakuan sesuatu jenayah.
2. Pembedahan mayat untuk tujuan mengesan penyakit berjangkit bagi mencari langkah-langkah yang boleh mengawasinya.
3. Pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
Setelah mengadakan perbincangan dan kajian mendalam dalam isu ini, majlis memutuskan sebagaimana berikut:
Bahagian yang pertama dan kedua, majlis mengharuskannya kerana
mengandungi maslahat yang besar kepada lapangan keselamatan, keadilan
dan penjagaan masyarakat daripada penyakit berjangkit. Kerosakan akibat
pencerobohan kehormatan jenazah yang dibedah, tenggelam dalam
kepentingan yang besar dan umum, yang terdapat di sebaliknya.
Dan bahagian yang ketiga, majlis telah memperakui dengan sebulat
suara tentang keharusan melakukan pembedahan untuk tujuan pembelajaran.
Ini memandangkan syariat yang datang dengan tujuan menghasilkan maslahat
dan memperbanyakkannya dan membendung kerosakan dan mengurangkannya.
Juga bertujuan melakukan salah satu daripada dua bentuk kemudaratan yang
lebih ringan dengan menghilangkan kemudaratan yang lebih besar.
Tambahan pula, pembedahan yang dilakukan ke atas binatang tidak
mencukupi untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk pembedahan
manusia. Pembedahan yang dilakukan ke atas manusia mendatangkan banyak
maslahat, iaitu memajukan lapangan sains perubatan lagi.
KEPUTUSAN FATWA
Fatwa tentang bedah siasat mayat:
“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post-mortem atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.” – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989.
Dan berhubung bedah siasat mayat yang kematiannya bukan dikategorikan sebagai kes jenayah:
“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenal pasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan.” – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004.ETIKA BEDAH SIASAT MAYAT DARI PERSPEKTIF ISLAM
1. Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.
2. Menyegerakan urusan bedah siasat mayat.
3. Kebenaran Waris.
4. Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar).
5. Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja.
6. Menjaga aurat mayat.
7. Menjaga rahsia mayat.
8. Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayat.
9. Mengambil langkah-langkah keselamatan.
10. Menguruskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknya.
11. Tidak mengambil tisu atau organ mayat.
12. Hanya petugas bedah siasat mayat dan pihak berkuasa yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik bedah siasat semasa bedah siasat dijalankan.
Wallahu’alam.
Credit Info DARI SINI
( N3 Auto publish )

28 comments:
nak komen pun tak pandai.bila jatuh hukumnya harus jadi kalau nak bedah pun tak tak bedah pun tak pe. betul tak.
bila difikirkan tujuan pembedahan di buat tu memang tuk benda baik. jika tak buat pembedahan pulak, tak de la tersiksa mayat tu.
tu la...rse mcm menyeksa mayat kan bile post mortem ni..tp dlm hal ttntu, post mortem itu adlh perlu...
nice entry kak
betul tu KA. klau nk buat postmortem, mmg kena dptkan pengesahan drp warisnya. cuma kdg2 saya rasa sedih tgk mayat seakan2 terseksa je bila wt post mortem ni. huhuhu
Hari tu ada orang approach pasal organ donation, saya seram dan cakap nanti-nanti.
kalau ada sbb tertentu yg memerlukan mayat tersebut dibuat postmoterm terpaksalah benarkan.. tp kalau xde keperluan mmg keluarga sya xkn membenarkan...
Baru jelas dul tak berapa jelas tentang hukumnya ada yang kata haram ada yg kata harus
TQ share .. bertmbh lg pengetahuan nie ^^
sharing is caring..yg x tau dah ada info kat cni..
Nasib baik dalam silibus latihan kejururawatan dulu, menyaksikan bagaimana post mortem dilakukan bukan wajib..tak sanggup nak tengok.
Assalamualaikum Kesuma Angsana,
N3 yang sangat baik..terima kasih ya Kesuma Angsana dengan perkongsian nih...
dulu pernah belajar .
tapi tak dapat tgok dgn mata sendiri .
terima kasih berkongsi .. selama neh pon tertnya2 jugak ..
Bagus pengetahuan mcm ni,tak pernah search plak psl post mortem sebelum ni..
thanks for sharing ^^
Assalam.thks for sharing..utk pengetahuan am nie..:-)
Gud n4 and gud sharing. Tkasih byk2
Salam,
thanks for sharing...
tak semua orang tahu hukum post mortem ni kan..
info yang manarik KA..
thnks for sharing
aurat tu yang penting sebab mayat pun macam kita juga.. malu bila kemaluan terdedah..
gud info..tq for sharing KA..
tapi bila difikirkan semula...rasa terseksa aje mayat bila di post mortem kan
tp kdg2 tu post moterm tu sgt membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dialami oleh simati.....ntah la...macam mana pula masa kite nanti kan...
Good info. Kdgkala kita tk brapa faham dan mahir hukum hakam agama. So n3 ni menarik. Kalau boleh elakkan, kannn..menyeksa mayat je melainkn darurat.
salam KA..nice sharing,tq
Tq for info...
walaupun seseorang tu dh mati,jenazah masih rasa sakit kan KA? kalau dibuat post mortem rasa xsampai hati la dekat jenazah..huhu
tiba2 terbayang mayat dibedah... seriau terbayang mcm2 alat...
Br la tau hukumnya.
Tq share ye
tu dia...hukumnya :)
thks 4 sharing KA...
Post a Comment