Tabung Masa Depan ...

Saturday, September 15, 2012

Lagu Teman Pengganti Cedok Lagu NoorKumalasari

Saja2 berkongsi cerita ini di pagi Sabtu!
Sebelum ini banyak dah dengar tentang lagu2 yang dicedok dari lagu2 yang femes dolu2.  Yang terbaru, kecoh katanya tentang intro lagu Black - Teman Pengganti dengan lagu Hati Seorang Kekasih - NoorKumalasari tu! For KA ok aje, cuma mungkin intronyer sedikit kedengaran sama tapi sangat2 berbeza pada keseluruhan lagu dan cara penyampaiannyer.

 

Ini antara cerita yang dipetik dari mStar Online

PETALING JAYA: Pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Mallique yang popular ketika ini adalah ilham yang dicedok daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.

Perkara itu menjadi buah mulut segelintir pihak kononnya populariti lagu tersebut adalah disebabkan kehebatan melodi nyanyian Noorkumalasari yang merupakan bintang popular suatu ketika dahulu.
Malah ada yang berkata tindakan Mallique selaku komposer lagu Teman Pengganti dikatakan tidak profesional apabila dia diberitakan tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd.

Bagaimanapun Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad yang dihubungi bagi mengulas perkara tersebut berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan ‘dicedok’ itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.
"Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah.

"Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan.
"Lebih-lebih lagi apabila penggunaan kod muzik yang sama, ia tidak perlu menjadi satu 'perbalahan'. Melainkan keseluruhan melodi dalam sesebuah lagu baru itu sama," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.








NoorKumalasari yang menyepi selepas berhijrah !

17 comments:

azievee said...

ohh yer ker...tp lagu teman pengganti tu mmg best..

NoorVictory said...

Morning KA! :D

Pas ni saya nak cari lagu NoorKumalasari tu la nak dengar.

TiranaAduka said...

Assalamualaikum wbth KA...

huhuhuhu....noor kumalasari....teringat masa dia berduit........kalau tak silap dengan hail amir kot....masa tu dengar kat radio je........

Kakzakie said...

Lagu NoorKumalasari tu kakak rasa kakak ingat tapi yg diadaptasi ke apa oleh penyanyi baru ini memang kakak tak dengar lagi dah rasanya belum dengar kot..

Norhaizan said...

Masa dengar intro teman pengganti, memang ingatkan remix dgn lagu Noor..tapi lagu Black tu memang menyentuh perassan juga..

ALoNa CintamaniszLite said...

Kurang gemar laa tgk gambar noorkumalasari kat entry ni. Dh ler tudung mcm tu...pegang lak rantai mcm tu, mm...menyerupai agama lain laa. Gambar bila ni, ye??

Azee Hana said...

eh,,cam tu pulak..sekarang memang byk lagu ambk dari dulu..kalau saya y x pernah dgr lagu dulu mmg x tau la..haha

adyna said...

terbaik lagu nie..

KA sibbaik gtau pic tak nampak..saya pun tak persan pic tu rosak ;) tq yer

Wanieys said...

teman pengganti diri tu best...wanu suka dengar hehe

Haryati Faizal said...

ermm...tak brp cam lg la lagu ni.... nk pi cari n dgr lah...

Riri Yoorin said...

tulah riri pon dok cari2 lagu asal ye sebab time mula2 dengar melodi tu mcm penah degar.. tapi apa2 pon lagu tu best jer..jgn dikontro2 kan

shaiful zaidi said...

ya Ka... saya lum dgr lg lagu tu..

izzah said...

lama dh xlayan lagu2 gini...hehe..dulu slalu jgk bkk radio...

babycomel said...

nanti nk kena dengar lagu Noorkumalasari pulak lah

pizli said...

Lagu ni ok jgk.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

teman penganti diberi nafas baharu erk.

kay_are said...

banyak je lagu yang kedengaran same melodi die so rase bukan isu sangat r kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...