Tabung Masa Depan ...

Saturday, September 29, 2012

Musim Haji Tiba Lagi

Sama2 berkongsi dengan semua !

Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196) 

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam. 

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97) 

 
Soalan

2.1 Siapakah yang diwajibkan mengerjakan haji dan umrah?


Jawapan

Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu ada perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya sama ada yang pergi bersamanya atau yang ditinggalkan, sihat badan, ada kenderaan, aman perjalanan dan tiudak untuk masa. Orang perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Yang bersuami perlu keizinan suami. Orang yang berhutang yang perlu dibayar pada masa ia hendak pergi perlu membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang punya hutang.


Moga semua para2 haji & hajjah kita memperolehi haji yag mabrur dan dipermudahkan segala urusan mereka hendaknyer! 



Suka KA dengar sambil2 doa ,moga satu hari nanti kita semua akan sampai ke sana jua ye! 

(N3 Auto publish Bila Cuti2 Terpaksa Guna BerukBand)

10 comments:

Kakzakie said...

Seeloknya pergi ketika kudrat masih kuat KA. Sebab ibadah ini memerlukan penggunaan tenaga kita. Kesian bila lihat ketika tawaf/sai/melontar jamrah bila dah uzur.

Yg pasti kakak merindui utk ke sana lagi setiap waktu. Indah dan nikmatnya hanya Allah yg tahu.

anamizu kaito said...

semoga semua jemaah haji selamat pergi & pulang :)

Pizli Mat Wazip said...

Amin.. Semoga dapat pergi jugak nanti.

C'Jai said...

semoga para bakal hj dan hjh dapat melakukan ibadah ini dengan sempurna..diberi kemudahan dn kesihatan yg sewaktu di sana...

cik wanie Lovela (CWL) said...

tak saba nak balik umah raya haji ni

wantie said...

mOGA MOGA KU SAMPAI SERU KE SANA. AMIN..

IntaNBerliaN said...

semoga jemaah haji kita selamat pergi n selamat kembali..

Raudzah Zahari said...

Semoga dipermudahkan ibadah para tetamu ALLAH...InsyaALLAH pasti kesana...

cci said...

tingin nak kesana.. ^_^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Insyaallah semoga kita semua dpt kesana juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...