Tabung Masa Depan ...

Monday, September 17, 2012

Percayalah, TerKadang Luka & Kecewa Itu Perlu

Salam 1  Zulkaedah hari ini.  InsyaAllah umur panjang bertemu lagi Syawal akan datang.

Hari ini ceri beri ada sikit kurang walaupun pagi2 dah terjah cik T. He He He

Nak bercerita tentang ujian dan dugaan dalam hidup kita ini.  2 - 3 hari lepas, KA terima panggilan telefon dari salah seorang sahabat nun jauh tentang hidupnyer yang berantakan sekarang.  Apa yang boleh KA dari jauh ini kata, hanyalah nasihat agar beliau terus bersabar banyak2, mohon doa & pertolongan dari Allah swt kerana pasti ada hikmah sebalik semua yang berlaku.  Sesungguhnya ujian & dugaan yang mendatang dalam hidup adalah asam garam dalam kehidupan.  Cuma KA kurang setuju dengan apa yang beliau katakan, berat beban yang ditanggung tak semudah apa yang KA katakan, kerana KA tak pernah mengalaminyer. Sepanjang hidupnyer, inilah pertama kali beliau diuji sebegini hebat. Mungkin dalam telefon tak dapat berbual lebih panjang, so KA tulis diblog.  Harap2 beliau baca juga.

Bercakap tentang dugaan, KA sendiri pernah alami situasi yang sama walau cara, cerita dan dugaannyer berbeza.  Tapi atas dasar kita redha dan terima semua dugaan yang diturunkan, KA cuba bangun juga walau bertatih2 pada mulanyer hingga mampu berdiri sehingga ke hari ini.  Percaya dan yakinlah, sesungguhnya Allah swt hanya akan menguji kita setakat mana kemampuan hambanyer.

Sabahatku,
Sesungguhnyer,  kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang telah ditakdirkan bukan milik kita.  Redha ajelah.  Ada benda2 yang hanya dipinjamkan sementara buat kita  .Dan kadang2 juga kelukaan dan kekecewaan itu perlu untuk mematangkan kita. Tanamkan dalam diri, setiap kepayahan atau kegagalan dalam hidup kita, bukanlah satu penamat hidup atau cita2 kita, juga bukan penutup sebuah bahagia.  Tetapi jadikan semua itu sebagai satu cetusan semangat untuk kita berusaha lebih gigih, tabah & berani untuk menghadapi hari2 yang mendatang.  InsyaAllah akan ada sinar kebahagiaan menanti untuk kita.

Oklah, jom kita tengok warna2 hijau keliling rumah KA untuk menenangkan jiwa kita.  Kata orang tengok hijau2 ni selain menenangkan, pown bagus untuk mata kita jugakan.  Jom!





Nak kena buat operasi bersih membersih lak lepas ni !.  Kalau tak jadi hutan belantara lak rumah KA nanti. He He He

26 comments:

NoorVictory said...

Setiap orang ada dugaan yang merubah persepsi masing-masing. Kita tak boleh cakap dugaan kita lagi berat sebab ALLAH menguji manusia sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Saya suka quote ini :)
Be grateful for the wound that pushes you towards God. -Yasmin Mogahed

kakcik said...

Nyawa kita pun hanya pinjaman semata...

Zati Novelis said...

Trust HIM .... :)

Norhaizan hakim said...

Kenapalah pagi2 ni ramai yg bersedih..subuh tadi n3 NoorVictory pun berlagu sedih juga..tapi itulah yg dinamakan manusia, ada turun naiknya..semoga kita semua tabah dan saling memberi sokongan moral..itulah fungsi seorang teman...

~MakLady~ said...

Salam KA

Betul kata2 KA. Apa yg ALLAH turunkan ke atas umatnya merupakan Ujian utk hamba yg terpilih. Kenapa kita dipilih? Itu rahsia ALLAH tapi nescaya itu semua ada hikmah utk kita. InsyaALLAH - percaya pda Qadha & Qadar - nescaya hidup kita akn diRahmati.
Tabah dan banyak2 bersabar, Bersolat dan berdoa... Allah ada disisi kita 24/7

Miss Uya said...

everything happen have a reason...

nice entry!!

& bestnyer rumah KA byk pokok!

syiela said...

Allah menguji mengikut kemampuan kita... InsyaAllah ada hikmah di sebalik pa yang berlaku

*** bestnya laman KA luas

Chekgu Azrine said...

get closer to HIM..

Nizam.Ariff said...

hmm.. segar....
banyak oksigen...

Orga said...

sayu pulak baca citer KA nih, anyway...dont give up!

Sue PeLik said...

betul tuh ka. setuju sangat. hurm...

ღ cik faye ღ said...

kadang2 kata nasihat tak mampu nak meredakan perasaan kita, jadi kalau rasa nak menangis & sedih sbb ujian tu...just nangis & sedih sampai dah tak larat. akan tiba saatnya nnt kita akan macam 'pasrah, reda & menyerah' dgn ketentuan Allah. kalau masih boleh diusahakan, jgn putus asa...usaha sampai okey semula!

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Moga sahabat KA tabah untuk menghadapinye..pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku...

inazamri said...

segala2nya hanyalah pinjaman.Setiap dugaan yg menimpa pasti ada hikmah disebaliknya.

ALoNa CintamaniszLite said...

Apabila kita tak penah melalui sesuatu kesukaran...kita mmg tak tau bagaimana sebuah dugaan. Bila sudah melaluinya...perlu menghadapinya....tanganilah ia sewaras-warasnya kerana kita masih umat Islam. Dapatkan sokongan moral dari orang2 yg rapat ngan kita....

MamaEma said...

muga kawan KA tabah meghadapi segala perkara yang bakal terjadi..pasti ada hikmah di sebaliknya

mama maman aka yana said...

Dugaan hidup utk mematangkan diri Dan Iman :-)

babycomel said...

yeah betul tu. hidup ni tak selalunya indah. langit tu tak senantiasa akan cerah.. apa2 pun, kita masih ada DIA yg boleh kita mintak petunjuk

kasihredha said...

bila kita "sakit"...setelah itu "antibody" akan bertambah dan menguatkan kita :)

tirahzairi said...

semoga tabah k...

Cik Aini said...

semua tu ujian Tuhan kan,setiap org ada ujian yg Allah berikan..hrp2 semoga kwn TA tabah mghadapinya :)

kay_are said...

ikutkan kalau nak bagi nasihat lebih2 pun.. kita hanya leh cakap tapi yang rase tu lagi tau cane.. tapi ape pun harap kawan tu dapat r bersabar ngan dugaan ni..

Zatil Hulwani said...

KB x reti nak nasihat orang...huhuhu tapi ape yg slalu KB katakan setiap kali nasihat orang...sabarlah...Allah nak menguji hambaNya...jangan putus asa..

Dylla Abas said...

sebab DIA sygkan kita la DIA beri kekecewaan dalam hidup kita..supaya kita lebih dekat dengan-Nya :)

Everything's Everythings said...

Betul tu lain orang lain pula dugaannya.. jadi jangan disangkakan org lain tak merasai kesusahan.. malahan mungkin mereka menanggung ujian yg lebih teruk daripada kita kan? ^^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

setiap dugaan tu tanda DIA sayangkan kita...semoga kita semua lebih tabah dlm menghadapi dugaan dan cabaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...