Berkongsi cerita sambil ingat mengingatkan sesama kita!
Bercerita tentang kematian yang kita sendiri tidak pasti bila, apa punca dan sebab dan bagaimana kita akan mati nanti. Namun sesungguhnyer 'Mati Itu Pasti'. Dimana kita pasti akan kembali kepada pemilik kita yang hakiki, Allah swt.
Sama2lah kita panjatkan doa buat insan2 yang kita sayangi yang telah pergi dulu mendahului kita. Terima dengan rela dan redha ketentuan tuhan kerana sesungguhnyer Allah swt lebih menyayangi mereka.
Sayangi & hargailah insan2 yang masih ada disekeliling kita sementara kita masih ada waktu ini.
Menjawab pertanyaan tentang punca kematian salah saudara KA semalam. Cuma apa yang boleh dikatakan sebagai 'kematian mengejut'. Elok duduk bersembang di tempat kerja, tiba2 jatuh x sedarkan diri, dihantar ke hopital dan ditempatkan di ICU dan terus saja menyahut panggilan Ilahi. Senang dan mudahnyer cara kematian beliau yang tak terjangka dan pergi dalam usia yang masih muda. Benarlah, ajal maut itu ditangan tuhankan!. Itu bahagian arwah, bahagian kita tak tahu lagi dan apakah kita sudah bersedia ???
Sekadar renungan bersama di pagi Jumaat yang mulai ini.
Nota kaki : Ada kerja nak dibereskan dulu, free2 KA BW lagi nanti ye!

22 comments:
setuju
al-fatihah ~
ya mati itu pasti cuma masa kita tak tahu bila..al-fatihah
Pasti kite semua akan mati
tapi tak pasti dlm keadaan bagaimana matinya kita
moga kite mati dlm keadaan yg baik, InsyaAllah...
Al-Fatihah............
Oo.. mudahnya kematian dia. MUngkin kematian husnul khatimah tu. Mati dalam keadaan yg baik. Terima kasih KA, sbb jawab soklan saye.. hihi.
ALFATIHAH...
mcm tu ceritanya...thks KA sharing kt sini...
#alfatihah utk arwah MIL saya..
al-fatihah.
mati memang pasti, kalau saya le, nak mati dalam keadaan baik baik je.
emmm... betul tu... Allah tu lebih tahu bagaimana kesudahan kita nanti.. banyak2lah berdoa semoga kita mati dengan cara yang terbaik... Amiinnn..
Betul kata awk...sy setuju:))) Bila bila masa jugak kita boleh mati :')
Al fatihah untuk saudara KA
di kg sweety pun baru2 ne ada saudara meninggal dgn cara begini..elok ja lepas lupa kayuh sampan,smpai rumah,terus jatuh depan pintu..bawa ke hspital dah disahkan meninggal.. al fatihah utk mereka
setuju.... sama2 lah mengingati.
Thanks for reminding ^^
terbaca kt blog org, malaikat Izrail melawat kita 70 kali sehari.. jadi sama2 kita sentiasa memperinganti kematian..
Al fatihah buat saudara KA
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...
al-fatihah..betul tu,ajal & maut tu tetap dtg walapon kita bersedia @ tidak..
tetiba teringat arwah mak ngan ayah saya,moga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg diredhai
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...
Mati itu pasti..
Al-Fatihah buat arwah saudara KA..
moga ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...
Al-Fatihah moga rohnyaa dicucuri rahmaat..dan ditempatkan bersama² org yang beriman..
mati adalah pasti hidup insyaAllah...
al fatihah buat arwah.
Al fatihah buat arwah...moga dia ditempatkam di kalangan orang2 yang beriman,insyaAllah...
Al fatihah untuk saudara KA...Mati itu pasti...cuma kita tak tahu jer bila..
Post a Comment