Tabung Masa Depan ...

Tuesday, September 18, 2012

Setiap Anak Ada Rezeki Masing2

Salam Pagi Selasa semua!

Membaca akhbar pagi2 ini, buat KA terpana bila membaca berita ini.  Sesungguhnyer benarlah setiap anak itu ada rezeki mereka masing2.

KATA sesetengah orang, sakit bersalin itu ibarat beberapa tulang rusuk dipatahkan serentak atau kuku dicabut daripada isinya. Sebahagian wanita pula mengalami loya dan muntah-muntah sepanjang sembilan bulan tempoh kehamilan.
Namun, bagi seorang ibu, Fariza Ibrahim, dia bagaikan sudah lali dengan kepayahan dan kesakitan itu. Fariza, 47, yang berkahwin pada usia 19 tahun sudah dikurniakan 14 orang anak – fenomena yang jarang ditemui di Malaysia memandangkan purata sebuah keluarga moden sekarang memiliki antara tiga hingga lima orang anak sahaja. Secara purata, dia hamil selama 126 bulan atau lebih 10 tahun.
“Semua anak saya dilahirkan secara normal,” ujar pemegang ijazah dalam bidang kimia daripada Universiti Queensland, Australia ini.
Fariza yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, bertemu jejaka Negeri Sembilan, Abdul Halim Abdullah, di universiti yang sama pada tahun 1984. Pasangan berkenaan berkahwin di Australia.




Anugerah

“Jika diikutkan saya ingin ada 20 orang anak. Memang bukan senang untuk membesarkan seorang anak lebih-lebih lagi terpaksa merasai sakit bersalin, tetapi saya seronok melihat pelbagai telatah dan ragam mereka,” celah si isteri, Fariza Ibrahim, 47.
Sebelum ini, seorang wanita Amerika Syarikat, Michelle Duggar, menjadi terkenal kerana melahirkan anak yang ke-19 pada tahun 2009 pada usia 42 tahun. Angka 19 memeranjatkan Michelle sendiri sebelum dia hamil lagi pada hujung tahun lalu. Bagaimanapun, anak ke-20 pasangan Michelle dan Jim Bon itu mengalami keguguran.
Menurut Fariza, dia menyangka kelahiran anak yang ketujuh, Ahmad Muktaz pada tahun 1997 merupakan zuriat yang terakhir.
“Rupa-rupanya saya dikurniakan tujuh orang anak lagi selepas itu. Buat masa ini 14 orang anak sudah memadai bagi saya tetapi tidak menolak jika saya bakal mengandung lagi pada masa hadapan,” katanya yang berhenti kerja sebagai guru sekolah agama swasta selepas mendapat anak yang ke-12.
Jika keluarga besar, perbelanjaan mingguan juga bertambah. Itu satu perkiraan matematik yang mudah.
“Saya mengamalkan perbelanjaan secara mingguan untuk keperluan dapur. Biasanya saya akan beli tiga ekor ayam, tiga hingga lima kilogram daging (kg), 5kg ikan dan 30 biji telur selain makanan kering dan susu bayi.
“Bila masak terasa seperti sedang menyediakan hidangan untuk majlis kenduri pula,” katanya ketawa.
Dari segi pengangkutan, keluarga ini menggunakan dua buah kereta iaitu Perodua Kelisa dan Toyota Avanza untuk pergi ke destinasi pilihan.
“Suami berasal dari Seremban manakala saya dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Jika balik kampung, kedua-dua kenderaan digunakan,” ujar Fariza yang memanggil anaknya dengan nama gelaran mengikut kedudukan anak dalam keluarga seperti along, angah, ateh dan alang.
Walaupun mempunyai anak yang ramai, soal didikan agama menjadi keutamaan pasangan ini.
“Tiga orang anak saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Jika tiada aral, kesemua mereka akan dihantar belajar di sana.
“Persekitaran beragama masih kuat di Mesir. Di sebalik kisah kezaliman Firaun, ia juga sebenarnya bumi anbiya. Kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf, misalnya, berlaku di Mesir. Negara itu juga melahirkan banyak ulama terkenal sejak lebih 1,400 tahun lalu. Jadi mungkin disebabkan itu suasana Islam agak kuat di sana. 

Baca lanjut KAT KOSMO ONLINE

Ada meeting pagi ni.  So nanti2 KA BW yek!

33 comments:

Anum said...

ye betul....

ArELeEz said...

jgn sia2kn anugerah allah. hmm.. meriah betul family ni.

BERT said...

mmg seronok adk bradik rmai ni.. sy pon teringin ank ramai2 hehe..

Zatil Hulwani said...

Seronoknya kan ada anak yang ramai...semua mendoakan ibubapanya...doakan KB cepat-cepat dikurniakan anak ye KA..hukhuk

Ira said...

meriahnya keluarga dia.. best kan ramai2..

Mrs Velentine said...

wah mesti meriah kat rumah kan..cubit nuffnang kak KA

Yana Aina said...

alhmdlh..murah rezeki mrk ^^

Riri Yoorin said...

betul2 sokong pendapat KA

Sue PeLik said...

betul tuh. mcam sue anak tunggal jer. hhuhuhuhuhu

Nieyl said...

Rezeki setiap anak itu berbeza...anak adalah rezeki yang tak ternilai..yang penting adalah didikan yang betul...:)

Norhaizan hakim said...

Alhamdulillah..anak2nya menjadi saya ada saudara yg ad 13 org anak tapiiii tak de sorang pun anaknya yg berpelajaran tinggi..sayang betul.

Ietams said...

Wah meriah keluarga dia

:: Mrs.Eady :: said...

kagummmm.....

Mak Wardah said...

KA, Bangga baca tapi memang benar setiap anak ada rezekinya...

syiela said...

ramai2 best.. nak2 time raya ke.. time kenduri ke mmg tak payah nk minta tlg org dah

ieda said...

fuh !
seyess berpeloh baca
x semua org menerima kurniaan allah sebanyak nie
begitulah ujian allah
dia mampu kerana dah tertulis utk dia mampu menerima ;)

ALoNa CintamaniszLite said...

Seronok tgk keluarga bahagia mcm ni..walaupun ramai tapi mereka bersatu.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Benar... Setuju..

Rai Ourkizuna said...

orang zaman sekarang ni ramai yang malu kalau anak ramai..takut orang kata produktif sangat..sedangkan anak ramai tu sunnah..

nuyui a.k.a miss YUI said...

besh anak ramai..byk ragam kan.

wantie said...

tengok la air muka seorang ibu tu. sungguh manis dan bersih sekali. Umur 47 baru . bertuahnya dia dapat meramaikan umat islam.

Everything's Everythings said...

Meriahnya rumah kalau ramai anak kan? ^^
Lagi satu byk pahalanya kalau semua anak mendoakan kebahagian ibu bapa ;D

nanieybarnieylurviey said...

speechless xthu nk ckp apa.. time raya mesti best menyiapkan persiapan utk anak2. :)

Atia Adina said...

ramai & semua terdidik....sejuk jer mata memandang anak2 dia kan?

ct rahani said...

sgt kagum dgn ibu nih..
sy yg dua anak pun kdg2 mengeluh jugak klu anak2 terlebih lasak.. ermm..

Si Matatajam said...

M setuju sgt..setiap anak ada rezeki masing2... Anak yg soleh juga aset ibu bapa nak masuk syurga...

Zura@Iwan said...

alhamdulillah...seronok anak ramai ni...

Haryati Faizal said...

betul tu jan jadikan alasan tuk takmo anak sebab duit tak cukup...setiap anak tu mang dahde rezki masing2...

teringin gak nk tambah anak lagi...beshnye!

C'Jai said...

teringin sebenarnya punya keluarga besar punya anak yang ramai..:)..meriah kan...

Kancil 8349 said...

betul tu...harta yang paling mahal sebenarnya

Cik Awin said...

meriah sgt2 klu adik beradik ramai camni...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

anak ramai ni best...tambah kalau kumpul ramai2 lg best hehe

kiera'sakura said...

subhanallah sejuknya tengok family nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...