KA terbaca tentang ini, sewaktu jalan2 mencari info di internet. Rasanyer bagus dan tak rugi kalau KA sharekan sesama kitakan. Sebab uols2 semualah, antara sahabat2 terbaik yang KA pernah kenal!
![]() |
| ( GOOGLE ) |
a. Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan
kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya
disamping memenuhi keperluan masing masing tanpa dipinta.
b. Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau di belakangnya.
c. Sentiasa menjaga percakapan masing masing dengan kata kata yang
menggembirakan dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.
d. Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.
e. Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang
disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan
nasihat dan teguran yang baik.
f. Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
g. Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaanya.
h. Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta
bersedia untuk sama sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan
sentiasa berbuat baik kepadanya.
i. Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.
j. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya
Moga kita semua sama2 mendapat manafaatnyer ye!
(N3 AUTO PUBLISH )

16 comments:
sahabat selamanya .. saling hormat menghormati ^^
nice tips sis :)
(wow! header baru. cantik!)
benar semua apa yang KA kongsikan diatas...
kawan kak boleh di bilang dgn jari je..rapat dgn adik beradik.
ye sahabat selamanya & saling hormat menghormati bagi mewujudkan keharmonian..
kwn sy berapa kerat la yg mcm ni.. hurmmmm.. sbb tu xde istilah bff dlm hidup.. xsuke..
insyaallah.....
KA,
kwn senang cari tapi sahabat?....kita boleh kenal yang mana satu bila kita susah...
Dulu saya tak suka berkawan KA. Sekarang bila dah makin tua ni, rasa mcm suka kalo dpt bersahabat dgn ramai org. Macam luas pengetahuan. Sahabat2 baru saya tentulah drpd kalangan bloggers. Wp tak pernah berjumpa, tapi di alam maya boleh bersahabat juga kan.
KA suke tak ayut pngl KA ni?ke nk kena panggil len..hihihi :) smga ukhwah yg terjalin berkekalan....
Susah nak cari sahabat mcm yg disenaraikan tu.
Cantik header baru.
Eh... pagi tadi rumah lain petang nie rumah dah renovate KA. Cantik.
Sama-sama kita berusaha utk jadi kawan/sahabat yg terbaik KA.
insyallah, dengan kemudahan terkini yang jauh didekat2kan
susah nak cari sahabat sejati sakang ni...yang penting kita sendiri kene jadi sahabat sejadi dalam persahabatan...
Tip yg bagus KA...Sahabat yg sebenar ialah ketika kita susah dan senang dan tidak tikam kita dari belakang...
InsyaALLAH, semoga persahabatan kita berkekalan walaupun hanya di alam maya (betul ke ni..) he..he
Post a Comment