Tabung Masa Depan ...

Friday, October 05, 2012

6 Simpang KL Boleh Belok Kiri Walau Lampu Merah

Nak share dengan mana2 yang tak tau lagi.  Nak elak sesak lah ni gamaknyer! (Pown tetap sesak juga)

( pinjam en google )
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Pengguna jalan raya di enam persimpangan utama di ibu negara kini dibenarkan membelok ke kiri biarpun lampu isyarat masih belum bertukar hijau.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, lokasi tersebut adalah persimpangan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja ke Jalan Parlimen.
''Persimpangan lain termasuklah dari Jalan Raja Abdullah ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Semarak ke Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz ke Jalan Tuanku Abdul Rahman,'' katanya.

Bagaimanapun ujar Ahmad Phesal, pengguna di lorong paling kiri hanya dibenarkan berbuat demikian selepas memastikan tiada kenderaan dari arah kanan dan tiada pejalan kaki yang melintas.

''DBKL melaksanakan perkara ini dengan menggunakan garis panduan daripada Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) sebagai salah satu kaedah pengurusan lalulintas di laluan utama,'' katanya pada majlis pelancaran 'Authorised Left Turn' di Jalan Raja hari ini. 



( INI N3 AUTO PUBLISH )

31 comments:

Anum said...

ooo baru anum tau.. thanks

Mrs Velentine said...

biasalah tue nak cepat kan..huhu

Rasp said...

walaupun ada pelonggaran nie...
kita tetap kena berhati-hati...

♥ Wina ♥ said...

hurmmm semua kat area KL ek..mmg x tahan jem kat situ

tapi bahaya jugaklah..

Cik Saila said...

err..bkn KL tetap sesak walau apa cara sekali pun kan? hehehe..

Sue-Rya Qistina said...

hehehehehe..aritu masuk town KL, sekali kena horn la pulak dr blkg sbb xtau pun bole belok ke kiri wpun trafik lite merah. dh tau ni, lega skit. hehehe. thanks sharing kak! :D

wantie said...

ha.. cenggitu pun boleh. kat penang tak nak declare gak ke?

sebok ja saya ni. dah le datang kerja nek motor nak complain jam plak. hahaha

ayut said...

jgn bertembung sudah..kang ada makin sesak.hihi :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

blh elak sesak lalulintas juga ker huhu

Suraya Baharun said...

kalau kat putrajaya memang dah praktik kaedah ni..kat tiang lampu isyarat pun ada tampal signboard belok ke kiri jika tiada kenderaan..

QasehnyaRania said...

tetap jem juga.
tensen tau kalau masuk kl..huhu

Ujie said...

Kalo kat Pontian, johor mmg ada buat gini. Ada sign board kecik tulis 'belok kiri jika tiada kenderaan dari kanan'.
Tapi kat KL ni jlnnya beso sgt..takut tak perasan ada knderaan/org dok jln.

adyna said...

mana yang terbaik n menyenangkan tapi jangan jadi penyebab kemalangan .. ;)

eita said...

kalau gi KL...
memang blur..lalu jalan sama pun masih lupa jugak...

nasib baik tak duk KL

Masz Sidek said...

kat tempat sy mcm tu jugak, boleh belok b=kira walaupun lampu merah... dan dekat lampu isyarat tu ada papan kecil yg tulis.... belok ke kiri sekiranya tiada kenderaan..

Raudzah Zahari said...

Kan bagus kalau dia orang bagi kelonggaran ni kat semua simpang...Dapat kurangkan waktu kesesakan especially waktu pagi and balik kerja...

ALoNa CintamaniszLite said...

Tambah pd berita tu.....
Tidak akan dikenakan saman kalo langgar lampu merah di tempat tersebut....hehe..

Zura@Iwan said...

ooo br taw info ni....thks KA...

maszmadi said...

tapi kalu dah lampu merah, rasanya x berani lah nak jalan... nanti kena saman pulak x pasal2... huhu

Kazman / Sue said...

kat putrajaya banyak persimpangan macam ni... barulah aliran traffic lancar waktu nak pi kerjaa...

Aishah Jahirah said...

dah macam kat putrajaya....kebanyakan tulis, belok kiri jika tiada kenderaan...

tirahzairi said...

lalulintas skarang mmg susa nk kawal....org bawak kndraan mcm xsyg diri...huhu

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ohh gitu erk.. hiiiiiii like like.

Mama Gee said...

heheeh mcm putrajayalah... :)

Cho Zila said...

penah kena kejar ngan polis kat simpang empat kat rumahtu, padahal kat simpangtu der tulis kalau tiada kenderaan belok kiri... mengeletar gak... nasib jalan tu kita biasa...

Haryati Faizal said...

bagus jugak takyah nak tunggu lama2 kan?

~Cik Sweety~ said...

ooo cenggitu yea.sy kt sarawak ne..hehe

Dunia Wilma said...

Thanks for the info :-)
Next time, kalau pergi KL, dah tahu la...

Everything's Everythings said...

Org ckp driver kt KL ni hardcore xD
hebat betul traffic dia smpai mcm tu sekali ;P

NUR said...

Tq info..

sal ya said...

pernah sekali drive kat tengah bandar KL tu. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...