Tabung Masa Depan ...

Thursday, October 25, 2012

Bila Banyak Peragut2 Yang Terkorban

Itu tandanyer, dah dekat dan hampir sangat kita nak merayakan hari raya aidil adha atau kita panggil juga hari raya korban.  Dimana peragut2 rumput seperti lembu  & kambing contohnyer, akan dikorbankan waktu ini!

Berkongsi sedikit info tentang ibadah korban sesama kita.

 ( DARI GOOGLE )

IBADAH KORBAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
SEJARAH ASAL USUL KORBAN

1. Korban Zaman Nabi Adam A.S (Rujuk Surah Al-Maidah : 27- 31)
2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S
3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S
4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S
5. Korban Zaman Nabi Musa A.S
6. Korban Bangsa Yunani dan Rom
7. Korban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

ANTARA DALIL AL-QURAN

Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

Info & maklumat lanjut di sini

Di kesempatan ini, KA nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha, selamat bercuti dan mana2 yang akan berjalan jauh tu (pasti ramai yang balik kampungkan), hati2 diperjalanan. Moga selamat pergi dan selamat juga kembali ye!  Ampun maaf juga andai ada salah & silap selama kita kenal ye!

17 comments:

Anum said...

Selamat Hari Raya Korban

Kakcik Nur said...

Salam Aidil Adha, KA. :)

Wak Gelas™ said...

gemok2 rupanye peragut bukan tempatan ni kannn.. ehhheEe

slmt ariraya qurban akak KA tuuu

ummuaidan said...

thanks for the info & reminder KA, sgt berguna..

Nur-nba said...

Salam Aidiladha buat Kak KA sekeluarga.. Akak balik mana?

Asmar Arafad said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Juga KA

Mrs Velentine said...

salam aidiladha kak

Dunia Wilma said...

Nice sharing KA ^_^

Ira said...

Ingatkan peragut mana la tadi..hehe.
Selamat Hari Raya AidilAdha buat KA sekeluarga.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice sharing kak :)

Marsita yahya said...

Thanks for sharing KA, selamat hari raya ya...

Arina Shamsul said...

Salam Eid ul Adha :)

Ema Blog said...

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk KA

kiera'sakura said...

Salam Aidiladha KA.. maaf zahir batin :)

syiela said...

Salam Aidil Adha KA

Jna marcello said...

nice sharingggg KA!!!! tq for the info... makin xcited nk beraya weee~!

izan mama mia said...

slmt hr raya haji,.KA,.tq berkongsi info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...