MASAK DARI HATI, MASAK DENGAN IMAN
Ingat lagi tak tagline ini
![]() |
| (pinjam cik google ) |
KA pernah buat n3 tentang CHEF INI Sebelum ini. Masa tu show masakan dia tengah meletop2 di TV AlHijrah. Dan uols tahu tak, saban minggu Chef Ammar ni antara KEYWORD yang dicari di blog KA. So, let's share sedikit cerita tentang Chef Ammar Al Ali ini. N3 tentang show BARAKAH dan beliau terus berada di tangga pertama sebagai N3 paling popular sepanjang jalan kenangan di Blog KA.
Yang ini KA petik sedikit cerita dari Akhbar Utusan M'sia!
Nenek ajar Chef Ammar memasak
BIJAK menilai makanan kegemaran masyarakat dunia, beliau
sememangnya kreatif dalam penyediaan pelbagai resipi masakan terutamanya
masakan Mediterranean yang telah sebati dengannya.
Chef Ammar mula serius dalam bidang masakan sejak dari kecil dan banyak belajar daripada ibu dan nenek beliau. Daripada situ, beliau mula mendalami bidang tersebut dengan
mempelajari pelbagai jenis resipi dan cara penyediaan berdasarkan
pengalaman yang diperolehi tanpa sebarang pendidikan formal sejak
berkecimpung dalam bidang tersebut.
"Penglibatan saya dalam bidang masakan atas dasar minat yang mendalam
terhadap makanan yang enak dan di awalnya saya banyak mempelajari
cara-cara memasak daripada ibu dan nenek saya.
"Di tempat kelahiran saya, dapur merupakan tempat buat wanita dan
saya pernah dimarahi oleh nenek dan ibu saya apabila cuba untuk membantu
mereka di dapur," katanya yang berasal dari Jordan.
Walaupun demikian, minat terhadap masakan tidak pernah luntur dan beliau mula bercita-cita untuk menjadi seorang chef. Memandangkan bidang masakan merupakan nadi kehidupan dan rezekinya,
Chef Ammar sentiasa mahukan kelainan gaya ataupun identiti tersendiri
dalam setiap masakkannya. Rempah ratus dari Malaysia sering menjadi perhatiannya untuk mendapatkan ilham dalam penyediaan resipi baru. Mengulas lanjut mengenai bidangnya itu, setiap resipi yang dihasilkan lebih kepada konsep makanan asli.
Ini kerana jelasnya lagi, konsep masakan seperti itu lebih enak
selain dapat mengekalkan budaya yang terdapat pada masakan tersebut
tanpa gabungan daripada mana-mana konsep masakan.
"Saya suka mengekalkan tradisi masakan tersebut kerana ia lebih enak
dimakan. Jika kita masak sesuatu yang diubah, ia memerlukan masa untuk
masyarakat di sekeliling menerima masakan tersebut," jelasnya.
Mungkin ada yang sempat tengok, program masakan beliau waktu hari raya Aidiladha baru2 ini kan. Apapun kalau uols semua nak tahu perkembangan terbaru & nak tahu more tentang beliau boleh lah add beliau di sini (KA sudah juga ! )
&
Yang ini pown KA suka, simple !
Alamak dalam banyak2 keyword tu, ada juga yang mencari2 info tentang si Amar Asyraf itu ! He He He

58 comments:
layannnnnnnnn
start tgk rancangan dia masa bulan posa ari tu
Kalau di blog kakcik pula, ramai yang singgah kerana Adik Adam Syukri. :)
Sekarang ni memasak juga boleh di jadikan kerjaya, femes dan berjaya.
Done Follow!
x pernah tau pun wujudnya chef ni..thanks KA for the info
Tak pernah tgk rancangan ni...
Suka lelaki yg pandai memasak..^^
Pernah tgk dia memasak. Tapi tu lah, tv al-hijrah tak clear lah. Best dgr dia bercakap ☺☺
huhuhuhu..x pernah tau pun kewujudan beliau. sedih je kan. thanks for sharing KA :D
Salam KA...Agaknya kenapa ramai chef terkenal di kalangan orang lelaki??
lelaki lebih berbakat jd chef dr wanita nampaknya..;)
Tak pernah tau psl ni..
lieya pun tgk ni KA..suke care die ckp tu...n lagi satu tak putus2 zikir dari mulut die time masak...
xpernh tgk yg ni..
Ni 1st time Nurul tau pasal chef ni.. Ketinggalan zaman kan Nurul.. :(
ok lah tu,,,menerima orang tentang chef amar asyraf nie memang lambat sikit lama2 ok lah, layan aje...
Yang penting masakan ok,
tp hakikat org kata lelaki lagi sedap masak banding perempuan memang terbukti
ta pernah dgr saya KA , nie baru kenal , mmg teruk taw saya nie , heheh
tak pernah tgk tv Al-Hijrah kak..
suka dia sambil masak sambil zikir
saya baru tahu pasal chef nie .. hurmm ;)
eh ada ke...ayut bru dgr je KA..nmpk sgt tak alert bab masak memasak..hihii
mmg ada juga tau juga mengenai chef ini..tak berkesempatan langsung nak menengoknya..
tak knl pun chef nih
sekarang msk bukan org perempuan je..hehehe
saya youtube je nanti. :D
femes dia skrg ni.. suka tengok jgk..
suka dgn chef ni
FIRST TIME DGR PASAL DIA..^_^
pernah tengok dia sekilas je kat tv sebelum ni,sbb mama tengah cuci piring..hahaha.
dia asal malaysia ke ni? fasih je bm dia :)
bestnya kalau suami yg pandai masak hehe...
ada tertengok sepintas lalu ari tu.....cara dia memasak Terbaik la....insyaAllah penuh barakah...
ummi pun suka tengok rancangan chef ni bulan puasa hari tu..
wahhh first time dengar nama chef ni.. next time nak tengok lah rancangan ni
tak pernh tengok plok rancangan ni...
huuu...sbb kat umah takde tv hijrah
chef ni boleh cakap 3 bahasa...paling best bila tgok dia cakap bahasa melayu...:)
saya pun suka tgk masa bln puasa dulu
Jarang chef kalangan wanita yang ngetop.
jarang2 tengok tv, kurang kenallah.. huhu...
sekali dua je saya tengok segmen dia ni...
huhuhu adoiii tak leh betul ler tgok masak2 neh mula ler nak makan huhuhu
hehe kdg2 ad jugak tgk .. chef amar neh kelakor org nyee .. trade mark suka suka hati kamu lah . hahaha
wah..keyword ni banyak masuk ye..
yg paling best dia cakap masak dari hati,masak dengan iman..
jakunyer ai
1st time tahu pasai chef amar ni
nnt ai gi usha2 kat utube ngeee
malu nyer ada org luar masak makanan kita, tapi kita xreti masak. huhu
tak pernah tengok rancangan dia. insya allah, nanti tengok kat youtube jelah.
layannn
tak penah tgk chef ni.. ate tv alhijrah pun baru 2 kali kot layan hihihhii..
suka dengan chef ni.. sonok je tgk.. comel je kan
bln posa dulu pnah tgk skali
Untung Chef Amar tu kan...famous kat tempat orang..
akak pun pernah mention pasal chef ni dlm blog akak...tak ingat yg mana satu..
paling suka bila dia sebut Suka Suka Hati dgn Masyallah...
Suka juga rancangan ni.. :)
mmg bagus la chef ni. masak siap zikir ape sume. :)
seronok tgk dia masak.
tak pernah kenal pon chef ni. ni bru kenal..
dgager le nez et les sinus Le Baume du Tigre [url=http://www.salevivi.com]ルイヴィトン 財布[/url]beans adenoma regrettably quarreled [url=http://www.salevivi.com]ヴィトン バッグ[/url]years Effects of Class IV K-Laser Therapy [url=http://www.salevivi.com]ルイヴィトンのアウトレット[/url]J54 - Note 2 has been amended to cover [url=http://www.salevivi.com]http://www.salevivi.com[/url] time of 6 hours and 30 minutes Media and [url=http://www.salevivi.com]http://www.salevivi.com[/url] touch with the manufacturer to make sure the
Post a Comment