Tabung Masa Depan ...

Tuesday, October 02, 2012

Bolehkah Tenangkan Hati Ini Dengan Coklat... Hurmmm

Terbaca tentang artikel ini. So, kongsi dengan semua. Makan coklat boleh kurangkan risiko strok. (BOLEHKAH HILANGKAN RESAH HATI KA DENGAN MAKAN COKLAT JUGA  ?)



Coklat mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida.

SUAMI, bapa, abang atau adik lelaki anda penggemar coklat? Jangan risau, coklat memberikan manfaat buat lelaki yang 'mencintainya'. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden menunjukkan lelaki yang kerap makan coklat kurang risiko diserang strok. Hasil kajian itu telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.

Sukatan coklat yang dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat. Dengan pengambilan kerap padaan sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17 peratus risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat.

Ini bukanlah kajian pertama yang menyatakan manfaat coklat pada kesihatan kardiovaskular manusia.

Sebelum ini banyak kajian lain menunjukkan penggemar coklat mempunyai risiko rendah mendapat penyakit berkaitan sistem tersebut seperti penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

"Apa yang mengurangkan risiko penggemar coklat ini kepada penyakit strok adalah kandungan flavonoid yang terdapat di dalamnya," kata Susanna Larsson, penyelidik dari Institut Karolinska di Stockholm yang juga ketua kepada penyelidikan terbabit. Larsson turut melakukan kajian yang sama terhadap golongan wanita tahun lalu dan turut menemukan hasil yang sama. Menurut kajian tersebut, flavonoid adalah satu kompaun yang bertindak sebagai antioksida. Ia mempunyai kesan yang amat baik terhadap tekanan darah, kolesterol dan fungsi saluran darah.

Dalam kajian tersebut, lelaki Sweden berusia lingkungan 49 hingga 75 tahun dilaporkan makan seperti biasa dan juga makan coklat sebagai makanan sampingan mereka.

Selepas 10 tahun tempoh pemantauan, hanya 1,995 daripada jumlah keseluruhan lelaki yang terbabit dalam kajian tersebut mengalami serangan strok buat pertama kali.

Kumpulan penyelidik Larsson itu juga menyenaraikan faktor-faktor lain yang terlibat dalam kajian mereka seperti berat badan, cara pemakanan dan sama ada mereka mempunyai tekanan darah tinggi atau sebaliknya.

"Walaupun faktor yang dinyatakan di atas telah diambil kira tetapi lelaki yang makan banyak coklat mendapat pengurangan risiko sebanyak 17 peratus diserang strok," jelasnya.

Sementara itu, seorang penyelidik, Richard Libman, yang juga Naib Pengerusi Jabatan Neurologi di Institut Cushing Neuroscience Manhasset, New York, Amerika Syarikat berkata, flavanoid bukan saja terdapat dalam coklat malah makanan lain seperti epal, brokoli, soya, teh dan kekacang.

"Begitupun dengan fakta yang didapati di atas bukan bermakna orang ramai boleh makan coklat sesuka hati.

"Fikirkan juga kesan negatif akibat pengambilan coklat tersebut seperti obesiti dan diabetes jenis 2," tegasnya.


Masih x hilang2keresahan dalam hati ni.  Menanti2 dalam debar. Ya Allah, permudahkanlah segalanyer !

36 comments:

Everything's Everythings said...

Kena amalkan cokelat lah lps ni, tpi kalau byk2 sgt boleh kena kencing manis plak nnti ;P

mama maman aka yana said...

hhmm.. i like coklat.. :p

Mrs Velentine said...

iya ker..hubby mmg suka makan coklat...

beta kupu said...

saya suka coklat!

KA: harap smuanya ok2 aje, xde bnda bruk yg jda...insya'

Marsita yahya said...

KA,
akak a bit worry about you...what's happening? Akak harap sangat semuanya okay ya...

ALoNa CintamaniszLite said...

hehe...ingat coklat...ingat kesedapan coklat jika ada kekacangnya sekali..
tp tu laa...takleh makan byk2..cik suami bising nanti, hehe..

~Cik Sweety~ said...

thnks for info kak..saya adalah chocholic..huhu

Wilma said...

Rasanya semua orang tentu menggemari coklat...
Tapi, tak boleh la makan banyak...
Ambil dalam kuantiti yang sedang2 sahaja...

♥MAMASYAZA♥ said...

mmg betul mkn coklat dpt tenangkan fikiran, tambah2 coklat cadbury...hehehehehe

LYAfrina said...

coklat anti stress & dpt mghasilkan mood happy...

Miss Uya said...

Yes.. i pun suke coklat. tp kalo da marah, bapak coklat pun tak dpt redakan.. hehe

lek-lek r KA... jgn gelisah ye.

Norhaizan hakim said...

pernah bertemankan coklat ketika menghadapi satu episod kemurungan suatu ketika,resultnya badan naik bulat macam panda.

Fuat Gencal said...

Çok leziz ve iştah kabartan bir görüntüsü var. Ellerinize, emeğinize sağlık.

Saygılar..

Aishah Jahirah said...

masa study dulu....memang xblh pisah dengan coklat.tensen je coklat...coklat letak bawah tilam sebab xmo dia cair...huhuu
amin...moga dipermudahkan..

NUR said...

Banyakkan istighfar KA..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani penah baca satu artikel dulu kt majalah yg kata coklat ni kalau makan boleh hilangkan stress...tp xtau la kesahihannya tu...

Mira Adzlia said...

suke coklat..tp coklat utk saya, melaparkn..huhu..mst nk mkn bende lain pas mkn coklat..haish

mummY daniSha said...

betul!tp makin gemokla sy hehee

C'Jai said...

ada khasiat tersendiri..tapi sy tak suka sangat benda yg manis..makan juga tapi tak beriya...

hainom OKje said...

Baru lepas makan coklat ketupat ...hamper hari raya baru bukak tadi...he...

Raudzah Zahari said...

Coklat is always my favorite..agak-agaknya itu sebab hati ni selalu tenang aje...he..he...

Ena's Palace said...

tak sangka coklat ni ada kelebihan camni yer..
saya penggemar coklat jugak...bila tgh tension mesti nak mkn coklat...pas mkn mesti rasa cam release jer...

ummiross said...

KA terima kasih atas info yang sangat menarik ni, pengetahuan baru untuk ummi ni.

Zie said...

suka cokelat tapi beroada....

Zara said...

yap.. mmg betul.. coklat banyak kebaikannya.. ^_^

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Apapun makanan kalau di ambil dlm kuantiti yg sepatutnya jd penawar tp kalau berlebihan jd racun.. :D

N.Aima K said...

jarang lelaki suka mkn coklat mcm wanita makan coklat kaan?

- Lordz Lucyferz - said...

coklat menggemukkan dan boleh terkena diabetis...makan sikit2 boleh la..=D

eLL said...

hihi, selalu jugak makan coklat tapi takut diabetes plak,

mama aryan said...

suka juga makan coklat..kdg2 mmg dpt tenangkan fikiran..

Jna marcello said...

yups KA mmg pun cokelat ni bole buat kita tenang..tp jgn laa terlalu over ye..
jd lain plak nty ;)

Rai Ourkizuna said...

suka coklat...especially cadbury..

TiranaAduka said...

suka mkan coklat

ayut said...

boleh...tp ikut org jugak..klu org tu tak tenang..ttp takk leh gak :) ap pon sabar ye KA :)

syiela said...

suka makan coklat tak kira sedih ka gembira ka belasah je

*** moga KA makin tenang lepas makan coklat

sal ya said...

boleh je KA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...