Tabung Masa Depan ...

Thursday, October 04, 2012

Cuka Pun Ada Khasiat Tersendiri

Cuka kalau kat rumah KA hanya dicari bila nak buat pelbagai jenis acar or nak buat sos cili sendiri yang sedap.  Selebihnyer tersimpan dalam peti sejuk itulah. Kadang2 ada juga digunakan untuk buat ubat2an secara tradisional.  Yang ini KA baca dari Kosmo Online pagi ini.

Banyak khasiat juga ye cuka makan ni.! Share with uols...........


CUKA sering dijadikan bahan tambahan dalam masakan seperti garam dan gula. Rasanya yang masam sesuai digunakan untuk membuat acar buah ataupun sebagai bahan melembutkan mi.

Namun, ia sebenarnya telah wujud sejak berkurun lamanya. Masyarakat Greek dan Mesir misalnya, menjadikan cuka sebagai tonik kesihatan.

Walaupun baunya yang kurang menyenangkan, khasiat cuka boleh mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti gangguan pencernaan, pemecahan molekul lemak sekali gus membantu proses pengurangan berat badan.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar barangan kesihatan, Nu Lifestyle mencipta inovasi terbaharu dengan memperkenalkan cuka sebagai bahan minuman seharian iaitu Natural Vinegar.

Produk ini diproses daripada beras berkualiti tinggi dan diadun bersama ekstrak buah-buahan serta herba-herba terpilih.

Hadir dengan pelbagai perisa, ia mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan, meningkatkan metabolisme, pencegah antioksida dan mengawal paras pH.

Natural Vinegar menggunakan bahan-bahan berkualiti ketika proses penapaian selain tidak mengandungi perasa tiruan, warna atau perasa tambahan.

Minuman kesihatan ini turut mendapat pengiktirafan daripada Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Sijil Halal dan pengiktirafan International Organization for Standarzation (ISO). 

Lanjut Di SINI
 

45 comments:

Anum said...

thanks for sharing

Mira Adzlia said...

xsangka cuka byk klbihan..slalu pkir, cuka ni xelok utk ksihatan...

Yana Aina said...

slalu yana pkai cuka bila nk msk lauk kicap jerk..heheh ^^

Norhaizan hakim said...

Thanks for the info.

Kakcik Nur said...

Kakcik 'hampir tak pernah' menggunakan cuka dalam masakan. Baru2 ini anak bujang kakcik beli cuka untuk buat kek. Kek apa, kakcik pun tak tahu! ;-)

Marsita yahya said...

good sharing info...

LydSunshine said...

Saya sebelum preknen dulu selalu amalkan cuka kurma. Malahan di awal2 kehamilan masa saya belum tau saya pregnant pun saya makan lagi. Masa tu kandungan sebulan. Bila dah tau terus tak berani la nak makan. Tapi bagus makan cuka ni. Ada banyak jenis, cuka epal [masam giler], cuka anggur, cuka delima.

:: Mrs.Eady :: said...

nice info..

Acik Erna said...

Asalam KA..acik pernah nak beli..dn nak cuba minum untuk mengurangkan berat badan..tapi bila penjual tau acik ada gastrik yang teruk jugak..semua tak bagi..tak boleh katanya

Knor said...

assalamualaikum KA
kak guna cuka kurma.mmg utk buang lemak..mahal sikit harganya dan susah nak dpt..

Mama Gee said...

g jarang masak guna cuka...hehe

Wilma said...

Pernah dengar tentang khasiat cuka nie...
Tapi, tak pernah cuba...
Coz baunya yang kurang menyenangkan tu ^_^

MizzTina said...

sy xsuke cuke.. :(

Riri Yoorin said...

itulah cuka ni ada kebaikan ye jugak

rieda_ffya said...

haaa...ramai la makan cuka nnti..

Kella said...

terima aksih atas entri yang sangat bermanfaat ini!!! =)

Haryati Faizal said...

byk khasiat dia ye...

Pizli Mat Wazip said...

Saya banyak guna applle cider vinegar untuk masak.

yan's cottage said...

salam KA....
yan memang minum cuka ni sebagai amalan harian setiap hari....

Deq's Qienz said...

owhh bgus upenya cuka nih..mmg tak tahan gan bau dia..sabo jelahhh

atty's said...

cuka memang banyak khasiat.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

owh br tau ni cuka juga blh sembuh penyakit

Aishah Jahirah said...

banyak juga tu khasiat cuka. tp kalau mak saya dia tak tahan perut makan makanan bercuka,mgkn sbb ada gastrik kot...

Ujie said...

kat rumah saya cuka kurma tu ada la. suami mkn utk tujuan mengurangkan berat bdn.

adyna said...

betul KA mak saya pun mesti ada cuka nie kat umah..banyak khasiat nye :)

Mayang ABDUL RAZAK said...

tengah biasa2 kan diri dengan cuka epal terutama dalam masakan walaupun bau nyer agak kuat...

Suraya Baharun said...

betul tu..kami sekeluarga pun tengah amalkan makan cuka epal 2sudu setiap pagi dan sebelum tido...amalan sunnah Rasulullah...

BERT said...

sy suke gune cuka bile buat sos atau mkn dgn mee goreng..sdp..

Chekgu Azrine said...

jarang sangat guna cuka..unless nak buat jelatah..hehehe

Zura@Iwan said...

ye la..cuka kn mcm asid...tu psl leh bntu kurang berat bdn..hikss

wantie said...

saya minum cuka dengan pysillium dusk.

memang membantu proses pencernaan.

Kancil 8349 said...

info yang bagus...terima kasih...

Mrs Velentine said...

tq for info...cubit2 nuffnang akak

maszmadi said...

oho, baru tau... x pernah simpan cuka kat umah setakat nieh... huhu

┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌ said...

info baru ni tapi apa rasanye erk kalo cuka buat air kan.

ummuaidan said...

Ooo..baru tau..tks for info

Cikgu Ma said...

khasiat cuka - tambah kesedapan dalam sambal belacan juga..hihihi

SURIA AMANDA said...

boleh kurangkan berat badan? haaa...ini dah cukup bagus...murah pun murah..x yah pi slimworld...kan?

fiza said...

Ok..balik ni nak beli cuka ☺☺

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih kongsi info ni akak.. :-)

Sue-Rya Qistina said...

saya mmg xtau khasiat cuka. hehehehe. teringat kt arwah nenek yg selalu letak cuka dlm masakannya. saya mmg x pernah letak cuka dlm masakan. huhuhu

Dylla Abas said...

sy x pernah ambil tahu ttg kebaikan or keburukan cuka ni..hee :p but anyway nice info!

Rai Ourkizuna said...

macam macam jenis cuka kan..saya pernah rasa cuka epal dengan cuka buatan je.. hahaha..

ayut said...

lame gak dh xgna cuka ni... :)

ALoNa CintamaniszLite said...

Dulu penah amalkan cuka epal konon2 nk kurus. Tp tak abes satu botol pun. Last2 guna utk masakan. Dh abes...guna cuka biasa semula.
Skang ni baru dgr kurma pun ada cuka...cuka kurma, mm...
Tp paling bahaya adalah cuka getah, hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...