Salam Pagi Jumaat Yang Indah !.
Hari Jumaat/Friday
Selain
hari dimana bagi kita umat muslim diwajibkan menunaikan ibadah solat
Jumaat, ternyata Allah telah menciptakan Nabi Adam dan Ibu Hawa pada hari
Jumaat, dan kemudian pada hari itu juga Allah mengahwinkannya.
Maka
barang siapa yang akan mengadakan akad Nikah hendaklah dilaksanakan pada
hari Jumaat. Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi Tujuh Pernikahan
antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, yaitu antara
lain :
- Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Hawa,
- Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha,
- Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa,
- Pernikahan antara Nabi Sulaiman as dengan Balqis,
- Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
- Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah ra,
- Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib ra dengan Fatima ra.
![]() |
| ( pinjam google ) |
Hari Jumaat (Friday dalam Bahasa Inggeris) terletak antara Khamis dan Sabtu. Perkataan Jumaat itu berasal dari Bahasa Arab, yang bermakna banyak/ramai. Hari ini dinamakan Jumaat kerana pada hari ini orang-orang Islam akan berkumpul dan mengerjakan solat Jumaat di masjid beramai-ramai pada waktu tengahari bagi menggantikan solat Zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.
Di negara-negara barat yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian, ada sesetengah orang yang percaya akan tahayul percaya jika hari Jumaat jatuh pada 13hb, hari itu dianggap hari yang malang. Di dalam agama Kristian juga, ada satu hari perayaan yang jatuh pada hari Jumaat yang dipanggil Good Friday. Good Friday jatuh pada hari Jumaat sebelum Easter.
Di Malaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak
pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua
kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Ini adalah kerana bagi
syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari
Jumaat adalah hari terakhir.
Kredit Info & DAN INI

32 comments:
1000 1 rahsia disebalik yaumul juma`ah..syaiidul ayyam
sya suka entry ni..banyak info
oh..patut la ada english movie yg saya tgk tajuk dia 13th friday...citer tu kes bunuh2....hmmm, kristian suka menggambarkan sesuatu yg ngeri...
jom banyakkan selawat dan zikir ^_^
Assalamualaikum Kesuma Angsana,
Wahhh...banyaknya perkara yang bersangkutan dengan hari juamaat ni ya Kesuma Angsana....
suka2 entry cm nie
tambah ilmu
Terima kasih atas peringatan. Kelebihan2 hari jumaat dalam sejarah islam pernah di hafal waktu sekolah dulu je. Skrg dah ingat balik...:)
alhamdulillah .. dpt nikah hari jumaat ^^
Oo.. baru saya tau ramai para nabi kawen hari jumaat.
TQ KA.. share info ini.. :)
thanks sharing sis!
btw, mak abah saya pun bertolak ke madinah baru2 ni pada hari Khamis malam Jumaat.
jejakkan kakit ke kota madinah ngam2 hari Jumaat.
syukur alhamdulillah :)
semua orang suka jumaat sampai kedai makan pon namanya Friday. Warna pon merah.
Tapi kalau nama dia Monday...hmmm..mungkin kena pakai perhiasan biru dalam kedai tu:P
Kakak pun menikah hari Jumaat. Tapi majlis keraiannya pada hari Ahad.
Kalau Jumaat terakhir sebelum wukuf di Melah waktu musim haji himpunan jemaah di Masjidilharam melimpah-ruah sehingga semua jalan-jalan raya dan kakilima kedai/hotel penuh dgn jemaah utk bersolat. Bayangkan KA... (kakak rindu sebenarnya situasi itu lagi)
KA dlu msa dya nk nikah teringin sgt ari jummat but x dpt pn..de sdikit hampa lh..
patut la kawan-kawan nikah pada hari jumaat...
begitu rupanya...=)
terima kasih perkongsian ini akak.. terbaik :-)
bagusnyer..semalam cerita pasal khamis..
penghulu segala hari JUMAAT... :)
sangat² informative!
thanks for sharing..
Thanks for the info Sis :-)
gud info...:)
oo..baru tau perkahwinan nabi dan sahabat banyak buat hari jumaat..
info yg menarik :)
entry bagus utk ilmu di pagi Jumaat
hana tau cuti je.hehe nice info
kak ana nikah hari jumaat.. 16 march 2001..eceh ceh..
Selamat Hari Jumaat hehe...
Sebab tu ramai pasangan memilih hari Jumaat :)
MJ nikah hari Ahad... :)
jumaat hari yg mulia dlm islam...
Pagi jumaat selalu sy anggap terlalu pendek tempohnya...sebab pagi2 dh terkocoh2 buat keje, masak pun awal...kul 11.45 kena kuar umah dh gi amek anak sebab dorang abes sekolah awai...ngan jalan sesak lagi sebab semua balik waktu yg sama tak kira darjah berapa, tingkatan berapa dan pelajar sekolah petang pun bas tetap amek dorang waktu yg sama wlpn jadual mula kul 2.30 petang...
Jumaat penghulu hari yg membhgiakn
jumaat penghulu segala hari,sangat elok jika kawin hari jumaat ye..tq for sharing..
tq atas perkongsian ni KA...
Post a Comment