Masalah ketuat yang selalu dipandang remeh !.
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang
dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus
dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma
(HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit
yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang
sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai
masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem
pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga
kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
Jenis-jenis ketuat
Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan:
- Ketuat biasa
- Ketuat kaki (Plantar warts)
- Ketuat filiform (Filiform warts)
- Ketuat planar
- Ketuat kelamin Genital warts
Rawatan ketuat
Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak
acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan
ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun,
pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan
menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti
kawasan lain.
- Salap asid salisilik
- Terapi cryo
- Podophyllin
- Interferon & asid trichloracetic (TCA)
- Pembedahan membuang ketuat
Nak hilangkan ketuat ?....
Yang ini cara paling mudah tapi kena rajin sikitlah!. Kalau ada minyak masak yang telah digunakan dan berwarna hitam tu, jangan dibuang dulu. Sapukan pada ketuat tu 1 - 2 hari sekali. Ulang lagi sampai ketuat tu hilang!. InsyaAllah!. KA pun ada terbaca di satu blog lain yang syorkan petua yang lebih kurang sama.
Satu lagi, orang kata boleh juga gunakan kapur sirih. Sapukan sedikit dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali hingga ia tanggal dengan sendirinyer!
So, boleh dicubalah, yang penting kita hanya berusahakan !

51 comments:
nak cari ada ketuat ke ni..ALHAMDULILLAH TAK ADA.
baiknya KA BAGI INFO2 MACAM NI..TQ
guna getah batang daun betik pun boleh juga kan
thanks 4 sharing KA ..good info
Info yg menarik dan petua yg sgt.. bagus.. utk dicuba.. :)
takut plak anum tgk gambar nie
oh,,cmtu petua nyer yea...
Anak kakak dulu kena kakak beli di sinseh ada ubat titik bila kena pada ketuat tu dia jadi putih. Seminggu lebih kurang tanggal. Masa tu tak tahu petua macam KA bagi ni..
KA thanks for the info, manfaat ni
takutnya tgk..hahaha...
saya ade ketuat kat tapak kaki ibu jari. mmg sakit jugaklah. tapi selalu guna losyen je. hehehehe. thanks for sharing tips!
bagus info nie.sy ade ketuat kaki
nice info:)btw salam perkenalan~
dah lama tak tgk pasal ketuat nih..masa budak2 dulu je
zana pernah dgr petus guna getah betik.. tp x taulah berkesan ke x.. hehehe...
sy dulu ada masalah ni..kene kat jari sebab tulis tekan kat situ....hampir setaun bubuh ubat yg farmasi bg...baik pastu kene balik...last2 sy try makan roselle hpa...alhamdulillah,x habes sebotol..baru 2 weeks makan dah baik sepenunhnya....uppps sy x jual ye hehe
masa sekolah rendah, saya pernah dapat ketuat. mak selalu suruh saya tepek kapur sirih. selalu amal, pastu terus hilang.
**orang tua-tua kata ketuat naik sebab 'pemalas' ye ke. hehehe.
mmg tak selesa ada ketuat ni...
petua yang bagus juga.....
dulu ada gak...pastu sapu ubt apa ntah..klu letak sejuk jer tu..hihihi..skrg xde dh..kna dulu time kecik2x...
Baru tahu ketuat ini boleh menjangkit. Ingatkan lapisan kulit keras.
dulu ada 2 biji ketuat. ntah mcm mana hilang pun tak tau da...
sekarang dah tak de
sy guna ubat moden je kak..
sennag aja dah tanggal..
sy guna ubat moden je kak..
sennag aja dah tanggal..
TQ sharing, harap dijauhkan la... ;)
oo..cmtu ke? tq KA share petua ni..
1st time, baru tahu ketuat tu boleh bjangkit....
masa sekolah ada kena ketuat... jumpa doc.. kena buat small surgery..
INFO YG BAGUS KA!! TQ SHARING ;)
salam,
saya dulu ada jugak ketuat penuh kat tangan. lepas bersalinkan adam terus hilang.
Jangan lah hendaknya ada ketuat dan yang sewaktu dengannya...apa2 pun TQ for sharing...
thanks sharing..dulu tyme kecik2 rasa prnah kot kene..besela,,mana pandai bersih2 ni tyme kecik2..haha
saya selalu suruh patient saya sapu collomax/duofilm aja..:P
Alhamdulillah...nasib baik tak der ketuat...
Thanks for sharing kak. Banyak rupanya jenis2 ketuat ni yer.
thx KA..mana tau kot2 ada ketuat leh bukak entry ni :)
alamak...x pernah kena..tp pernah la tgok adik beradik yg kena..
as salam,
bagus petua ni..mekasih tapi kalau kutil buleh guna cara yg sama tak..?
aku takd e ketuat tp doktor saran kan aku letak salap tu kat tapak kaki yg kematu ...hmmmm
bagus ada petua ni,..sesiapa yg ada masalah boleh cuba nih
tak penah kena ketuat...
Sha slalu pakai rumput yang ada getah putih tu. Slalu benda tu tumbuh melata je...so amik tu letak...hilang.
Slalu jadi ketuat nieh bila kaki kena air lecak, pakai kasut dan tak perasan air tu air gatal:)
Tp advice KA nieh okay juga. Boleh la nanti Sha buat juga:)
oh, bolehlah ajar dekat adik yg ketuatnya tak baik2...
nice sharing KA :)
terima kasih KA..bolehlah ema cuba nanti..kat dahi ni konpius samada ketuat atau tahi lalat,,hehehe
kecik2 dulu ada...tp tak sedar bila masa ilang...
dulu kena jugak....tpi beli ubat kt farmasi je...macm krim...seminggu guna semua hilang
ketuat takde. tahi lalat ada :P
setakat ni yg paling berkesan bg sy ialah getah betik muda. sapu tiap2 hari in sha Allah hilang
nice sharing kak
Good info ni..Tq for sharing KA..
boleh cuba ni.
bru tahu ade penyakit mcm ni. thanks sharing,,
Post a Comment