Dalam N3 KA sebelum ini, KA pernah sharekan cerita tentang penemuan seekor kucing ni. ( Walau serius giler penakut kucing KA ni sebenarnyer! ). Boleh tengok kat N3 ni Kisah Haiwan Pelik .
Yang ini gambar kucing tu !
Rasa macam pelik sangat bila nampak meow2 yang punya mata berbeza color. Tup2 KA baca hari ni berita YANG INI PULAK !
SUNGAI PETANI – “Saya tak pernah perasan dua mata berlainan warna pada
kucing putih tersebut sehinggalah selesai memandikannya,” demikian kata
Zubir Zainol, 29, berkenaan seekor kucing liar dan kotor yang
ditemuinya.
Zubir berkata, setiap hari dia dan rakan-rakan sering memberi makan kepada kucing liar yang berkumpul di tempat kerjanya dekat sebuah kedai menjual kereta di sini, namun tidak menyangka akan didatangi seekor kucing unik.
Menurutnya, melihatkan keadaan mata yang berwarna biru dan hijau, dia menganggap kucing tersebut agak istimewa dan membelanya dengan memberi nama Putih kepada haiwan itu.
Walaupun begitu, Zubir berkata, dia tidak pernah menyangka sesuatu yang pelik atau kucing tersebut akan memberinya tuah dan sebagainya tetapi membelanya sekadar menghargai kebesaran makhluk ciptaan ALLAH SWT.
Menurutnya, anak bongsunya, Mohd Zarif Ikhwan, 2, cukup menyayangi Putih yang dianggap pengganti kepada dua arnab dibelanya yang mati sebelum ini.
Zubir berkata, setiap hari dia dan rakan-rakan sering memberi makan kepada kucing liar yang berkumpul di tempat kerjanya dekat sebuah kedai menjual kereta di sini, namun tidak menyangka akan didatangi seekor kucing unik.
Menurutnya, melihatkan keadaan mata yang berwarna biru dan hijau, dia menganggap kucing tersebut agak istimewa dan membelanya dengan memberi nama Putih kepada haiwan itu.
Walaupun begitu, Zubir berkata, dia tidak pernah menyangka sesuatu yang pelik atau kucing tersebut akan memberinya tuah dan sebagainya tetapi membelanya sekadar menghargai kebesaran makhluk ciptaan ALLAH SWT.
Menurutnya, anak bongsunya, Mohd Zarif Ikhwan, 2, cukup menyayangi Putih yang dianggap pengganti kepada dua arnab dibelanya yang mati sebelum ini.
Berfikir2 sekejap !
Adakah kucing yang sama ?? Tak mungkinkan. Kerana kucing yang KA jumpa tu di KL, berita ini pulak nun jauh di Kedah sana. Or memang banyak kucing2 yang punya warna mata yang berbeza. Kebetulan pula warna kucing itu pun sama PUTIH ! Kawan2 tolong jawap !


35 comments:
Cantiknya mata kucing tu...
Unik ^_^
tak sama Kak..berbeza dr mata...
cantik mata dia.. warna lain-lain tu..
memang ada kucing2 macam ni KA. Sha pon pernah jumpa. Tp kisah nieh pada Sha menarik...sbb mengenangkan betapa kotornya kucing tu sebelum dimandikan. kesian...lega bila ada yg pedulikan:0
hahahaha aku gelak dulu boleh tak ...
normal la tu klu kucen ade 2 kaler mate tu ....
dah slalu dh aku tgk ...slalunye kucen berbulu putih mmg mata warna biru @ campur ....
kucing yang lain kot . .
wow comelnya miow nie
bkn kucing yg sama kot. sbb tgk kedudukan warna mata di tempat yg berbeza. hehehe. tp saya pernah jugak jumpa kucing warna mata lain2 :)
penemuan baru tu.. ntah2 sedare kucing tu kot tak.. tapi memang unik kucing mata dua warna tu.. tak pernah jumpe lagi..
nieyl penah jumpe kucing yg mate die lain warna...tapi kucing nie jenis parsi..tapi kat kedai kucing mase tuh nak beli kucing..:) tapi klu nak tahu,kucing de 2 warna mate berbeza harga die sgt3 mahal..:)
kat kampung saya ada seekor gak...warna putih,mata warna lain2.pernah baca kat blog(tak ingat blog sape) dulu kucing ni jenis baka turkish van....unik sbb mata dia warna lain2.
kucing akak pun ada 2 warna
satu biru satu kuning...nama dia putih....sebab dia memang putih ;)
AJ : tq info nyer ye , baru KA tau !
kat umah mak cci pon ade gak kucin yg camtu sama.. ^_^
atau mungkin keturunannya,..hehehe
eh mcm sm je berita tu ngan kucing KA...huhu...
cer tnya berita tsebut...mn taw nnti KA pun masuk news gk..hehe
bkn kucing yg sama... warna mata tak sama kiri dgn kanan... tp best kalau ada... lain mcm skit...
family x?
x sama rasanya.. mata berbeza.. gamba pertama mata biru belah kanan gambar kedua sebaliknya.. sy pun x penah tgk kucing ader kaler mata berlainan..
ada banyak kot kucing yg berbeza warna mata... saya tengok kucing takpe tapi saya memang tak suka kalau kucing melese je dekat2
Pelanduk dua serupa...ehhehhhh bukan...kucing dua serupa la...ehehee...
cantiknya mata kucing tue ... xprnh jupa real
pernah jugak tengok kucing mata berlainan warna ni. Tapi kan, kuciong yg T tengok tu kaler putih gak?
Hah! adakah kucing putih aje yg memiliki mata sebegini?
yeay KA buat entry pasal MEOW!!! kita suka suka suka ;))
kebetulan je tu KA...xkan la.jauh bnor kucing tu nak jalan yer..hihihi
Kucing pun ada 7 jugak ke muka seiras? Heheh. KA, saya pun penah jumpa kucing putih warna mata lain2 ni. Tapi kat Pahang. Pun jauh jugak.
mata dia cntik....kucing tu sbiji kaler cm kucing hery..haha..
Haah banyak jugak kucing mcm ni.
lain kan kak mata dua kucing tuh.. kwn sy ada kucing mcm ni.. putih jugak.. =)
x pernah tau langsung pasal kucing
kot kucing tu muka dia seiras..haha..macam org la pulak ye..
ntahla, sbb sy ni takut kucing so xperasan sgt selama ni.. :-)
takut arr tgk mata dia
Kak KA, memang ada kucing yang ada warna anak mata berbeza. Abang Nur pernah bela.. Kucing parsi tu.
hey. kucing saya sebijik macam ni. warna sebelah hijau, sebelah biru. bulu pun warna putih. kucing tu org panggil heterochromian cat :)
Post a Comment