Uols tau tak kat mana Restoran Cheng Ho ni!
Dulu2, waktu office En Hubby dekat dengan kawasan Wangsa Maju ini (area Carefour), selalu juga terserempak dengan Amy Search dan keluarganye. Kadang2 nampak juga Amy dalam kereta mewahnyer tu!. Masa tu memang tengah meletop2 bisnes Restoran Cheng Ho beliau kat situ. Lepas tu, ade pulak kes pelanggan saman Restoran ni juga. Entah apa cerita lepas tu KA tak berapa nak ambil tahu. Ingatkan semuanyer ok je. Tapi tiba2, KA terbaca cerita ni pulak di MSTAR ONLINE !
PETALING JAYA: Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy
(Search) akhirnya terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa
Maju dekat sini pada Selasa.
Menurut laporan Kosmo pada Rabu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan itu berdepan pelbagai masalah.
“Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup,” katanya.
Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya.
Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.
Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini.
Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.
Amy kini mencari pelabur baharu bagi mengusahakan kembali restoran itu atas jenama sama di lokasi lain yang sedang dikenalpasti.
Katanya, pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama boleh menghantar e-mel di amysearch@gmail.com.

Ada ke antara uols out there yang berminat nak bekerjasama dengan Amy Search ni !...... Apa pun yang pasti rezeki di bumi Allah ini sangat2 luas dan ada dimana2 !

43 comments:
Semoga terus dimurahkan rezeki satu hari nanti.
ala sayangnya
moga amy search berjaya untuk next restoran
baru ingat nak pegi makan,,, haha..
ooo...
X pernah cuba pun..konon nak pegi la try jugak tup2 da tutup..xde rezki nk rasa..hehe lain kali la tggu bisnes ni beroperasi semula... :D
tutup dah ke...
pernah makan kat kedai ni, sedap dan harga berpatutan! sedih dia dah tutup,,,
tak dan nak g makan situ dah pun tutup.kenapalah agaknya kan..
Itu lah masalahnya bila bisnes di uruskan kepada orang, tanpa pengawasan berkala..lebih lebih lagi bisnes makan..
assalammualaikum KA,
sampai la ni akak tak pernah ke restoran Amy ni..hurm tutup pulak dah..anyway hepi belated birthday to you.. :)
Tak pernah merasa, dulu masa nak pergi macam sentiasa penuh je.
sayangnya kan KA.. takpe cari tempat lain pulak Amy
Alamak..sedihnya KA...rasa macam Amy Search berenti menyanyi je. Agak2 apa masalahnye eh?
moga amy search dpt pelabur yg terbaik lepas nie..syg la kalau tutup kan :)
takpe... rezeki ada kat mana2... gagal sekali bukan bererti gagal selamanya...
boleh cuba lagi.. ada resam dunia bisnes :)
semoga yang baru ni lebih baik dari yang lepas. =)
ni yg payah kalau ada org yg tlg urus
Hehe...modalnya takde nk minat camne, ye dak??
hehe..
susah nyer bukak kedai makan
lebih afdal lg berhenti aje nyanyi..belajar masak fokus pd bisnes restoran nya..kang dah susah.
jgn harap pd org sgt..apa nak buat..ada hikmah di sebaliknya..mungkin
KA..cam berminat je akak nak bekerjasama ngn Amy ni...
eceh..heheheee! bau ke duit kau ...kelaaaaas kau maria...
Ye ke dah tutup.. Sayangnyaaa.. Dekat je dgn rumah mak dara tu..
Semoga Amy dimurahkan rezeki di restoran barunya nanti ^_^
adat resam berniaga..moga success utk kali yg ke2 nnt..
Akak x pernah mkn, Tp pernah tau ttg resto ni...sayang Kalau ditutup
Nurul ade jugak baca pasal ni...
yan pun ada pengalaman buka restoren nie banyak cabaran dan dugaannya bila ada rakan kongsi nie......
Siannya ttp..tp bisnes ada naik dan turun..sabar je mgkn ada rezeki lain amy..hehe
orang tepeng ni lagilah tak pernah sampai ke restoren cheng ho nih..hehe
moga rezekinya dimurahkan..
rasa mcm berminat je nak jd rakan kongsi..haha tp x layak la saya nih
Penah gak la sekali makan kat sana..dekat kawasan Wangsa Walk tu. Tak sangka leh tutup lak restoran dia tu
mmg byk cabaran kalau berbisnes..semoga amy search murah rezeki
tbace gak ni td :) takpe...mesti ada rezeki len utk dia kan
alahai, belum sempat makan kat sini, dah tutup pulak... harap2 amy dapat cari pelabur baru n buka semula restoran tu...
tu la... fames jgk restoran ni. ada la rezeki kat mana2 tu.
rezeki ade dimana...InsyaAllah..
tak sempat nak merasa..
xder rezeki dia dh kn nk buat mcm mn
pernah kena saman kan dulu kedai dia tu..
bukan bau..tp banyak..hehe..typing error..huhu..
Combien de billet de blog que je devrais avoir avant de commencer sa promotion?
Post a Comment