Tabung Masa Depan ...

Thursday, November 01, 2012

Ada RM 1000 Bolehlah Buang Sampah Merata !

KA cuma nak kongsi yang ini aje !
 
 ( google )
PUTRAJAYA: Kompaun maksimum RM1000 akan dikenakan bagi kesalahan membuang sampah di tempat awam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata walaupun peraturan itu masih belum dikuatkuasakan kerana masih di peringkat mendidik orang ramai mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan di tempat awam, namun bagi individu yang kerap kali diberikan notis amaran bagi kesalahan itu, kes mereka akan diserah kepada Peguam Negara untuk tindakan.
"Kalau kerap kali seseorang itu melakukan kesalahan itu (diberi notis amaran kerana membuang sampah di tempat awam)...kita akan buka fail siasatan dan diserahkan kepada Peguam Negara. Beliau akan putuskan sama ada untuk mengambil tindakan atau tidak.
"Tetapi buat masa ini kita hanya mahu mendidik orang ramai melalui kempen bagi memberi tahu peranan dan tanggungjawab mereka. Selepas suatu jangka masa, kita akan putuskan untuk menguatkuasa peraturan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen Bulan 3R dan Benci Sampah serta memperkenalkan pakaian seragam anggota penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) di sini, Khamis.

Chor berkata dalam masa terdekat, pegawai penguatkuasa PPSPPA akan diberi kuasa untuk mengeluarkan notis amaran kepada orang ramai yang didapati membuang sampah di tempat awam dan notis amaran itu akan direkodkan dalam sistem PPSPPA.
 "Kita (kerajaan) nak bagi rakyat peluang untuk mengamalkan amalan yang patutdibuat," katanya.

Beliau juga berkata kompaun sehingga RM100,000 akan dikenakan kepada syarikat konsesi, syarikat swasta dan orang ramai yang sengaja membuang sisa pembinaan, sisa industri, bahan buangan makanan dan longgokan sampah sarap di lokasi tertentu.

Katanya sebanyak 575 anggota PPSPPA ditempatkan di 38 cawangan di sembilanbuah negeri di Semenanjung bagi mengawal selia dan memantau perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.
Beliau berkata mereka akan dibekalkan dengan alat khas iaitu 'Handheld' yangmengandungi teknologi 'Intelligent Monitoring An Enforcement Management System'(i-Mems) yang akan merekodkan kedudukan dan waktu pemunggahan sampah oleh syarikat konsesi tersebut.
Katanya orang ramai juga boleh membuat aduan berkaitan sampah, longkang dan rumput dengan menghubungi talian 1-800-88-7472 dan menurutnya tindakan segera akan diambil
 
.
( N3 AUTO PUBLISH )

28 comments:

Cik Kay Jue said...

biasa la tu... org banyak duit... boleh la buat apa yang dorg nk.. huh.. tapi yg ckj perasaan tindakkan yang diambil tu cm tak tegas...

Lelaki Ini said...

ada ke org kena notis amaran buang sampah???
tak pernah dgr..
sebba tak ada implementation!

Hazmin Hamudin said...

Tu la.. Orang malaysia ni pengotor sangat sampai sampah pun buang merata2.. Kerajaan terpaksalah ambik tindakan tegas macam ni kan.

Herma Julianny said...

ala, tak perlu amaran..
denda je...
org yg xda kesedaran sivik..
tak terfikir ke, generasi akan datang nak juga menikmati keindahan bumi...?

MarliaMarble said...

EM1000 boleh beli macam2..!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Jagalh kebersihan bandar & negara kita!!

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

kesedaran kebersihan semakin pupus skrg ni kan

Jna marcello said...

benda ni smua bergantung sikap kita kan..klau denda 1m pun ade jugak yg xpedulik smua ni..

Acik Erna said...

sah sah acik tak boleh ni KA..tak dapat nak bayar nanti he he

azievee said...

Harap2 lepas nie x de la org buang sampah merata...lemas la dengan sampah nie

4feet8 said...

saya cukup tak suka org buang sampah thru cermin kereta. ingat ada org nak kutipkan ke..geram betul.

-meeSUPERGIRL- said...

org yg brtggjwb kne ambik tindakan keras tuu ..

QA's ~ mamapapa said...

yela..org msia ni mmg kurang bgdisiplin dlm bnda2 camni ...lg 1 pnguatkuasaan tu prlu lbih tegas..ye x?ehehe!!!

leakedknowledge said...

senang jer nk elak denda.buang tgh2 mlm time org lain tido =.='

boni kacak said...

pelik betul.. orang2 yang suka buang sampah merata2 ni orang yang selekeh sebenarnya...

mama aryan said...

sepatutnya kebersihan perlu dijaga sama2 kan,x perlu sampai nak kena denda,kdg2 tu ada tulis kena denda pun org tetap buang sampah merata2 juga rasanya

eLL said...

naper la dibuang merata ye. susah nak ubah sikap orang ni...

QasehnyaRania said...

betul2 tapi nk tunggu tgk juga bpa lama

camat pagi akak..dah sarapan kew?

Mrs Velentine said...

harap2 bila ada denda mcm ni kurang lah membuang sampah..ehm ikut mcm kat singapore..buang smph terus saman

ayut said...

Betul...btla klu ada RM1000.hihihihi

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kalau sorang dah buang, 10 orang akan ikut buang kat tempat yang sama..

SURIA AMANDA said...

mak oii...kompaun banyaknya...tp ada ke diorang ni kisah...hehehehe

Zura@Iwan said...

kat singapore x slh negara dorang bersih...sbb kalau sapa2 yg nmpk smph x kutip kena denda kut..hehe..

lelamaisara said...

harap2 diorang sedar la kan...jgn buang sampah merat2..sakit mate tgok kan.....

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

denda terus senang

Nurfara Hani said...

kalaw la semua rakyat MALAYSIA bersikap begini, dunia ni penuh dengan sampah.

wan nurul hezrina said...

eii biarkan dorgnie..tak geti disiplin toll.biar kena denda banyak2 sikit mcm kat singapore2..baru takder sampah

C'Jai said...

Keeedaran sivik dikalangan masyarakat kita masih lg ditahap yg rendah kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...