Tabung Masa Depan ...

Sunday, November 18, 2012

Berkongsi Tentang Kanser Payudara

Sepatutnyer KA sharekan N3 ni bulan lepas. Tapi takpelah. Nak berkongsi ilmu pengetahuan tu tak kisahlah bila2 kan.
( pinjam google )
Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.


Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik. 
( N3 AUTO PUBLISH NI )



39 comments:

Lelaki Ini said...

Thanks for sharing.

kay_are said...

memang bahaye kanser ni terutamanya dekat perempuan.. mintak dijauhkan..

ieda said...

subhanallahhh
minta dijauhkan dari musibah penyakit sebegini rupa .. aminnn

Ujie said...

baru tengok tajuk je dah gerun.

zulaiha megat said...

tq atas perkongsian ..

TiranaAduka said...

salam sis ka
Bonda ta penah hidap kenser ni. Tebuk 3 lubang.ta ari2 antar klinik untk cuci luka.ta carikan ikan haruan biar daging cepat timbul dan pulih dgn segera..alhamdulillah..hanya sekali dlm sejarah idup .pas tu bonda buat langkah penjagaan rapi..

Knor said...

assalamualaikum KA

Kakak saya juga penghidap kanser..sudah pulang di jemput Allah.

sal ya said...

tu la... kena selalu jugak check kan.

Tihara said...

as salam

kawan saya dah meninggal baru2 ni akibat breast cancer..teringat saat susah senang dengan arwah dulu..walaupun kenal dia 5 bulan je tapi dia banyak membantu..moga Allah merahmatinya dan ditempatkan di kalangan org beriman..sebab dia baik sangat.

wantie said...

T ada pending memogram kat spital tak buat lagi. doktor suruh datang bila umur 40.

sejak ada lump that day memang doktor selalu pantau la KA

rieda_ffya said...

mintak dijauhkan le...

aiNa yaZiD said...

tq share.. breast cancer mmg perkara yg di geruni oleh kaum wanita..
mintak di jauhkan. amin..

KY said...

penyakit yg sangat ditakuti oelh kaum wanitakan?

Norhaizan hakim said...

Saya juga kehilangan 2 saudara dan 2 teman sekerja kerana barah ini.

MulutPayau said...

terima kasih KA atas pkongsian..kanser yg menakutkan utk wanita...

cci said...

bila baca mmg takut.. ya allah.. selamatkanlah aku dr terkena penyakit ni.. amin..

Wak Gelas™ said...

wak pon kesian pompuan kena kanser breast nii.. uuHHuu

yan's cottage said...

salam KA....
penyakit yang di takuti oleh semua wanita....sepupu yan pun kena kenser masa mengandung lepas bersalin meninggal dunia....

makchaq said...

Kanser payudara sekarang ni dah jadi macam penyakit common, ikut MAKNA ratio orang Melayu 1 dlm 24 org. agak mengerikan.. Baru2 ni kakak ipar makchaq disahkan kanser payudara.

MystoryPic said...

tak kira la kanser apa pun saya sangat takut... minta di jauhkan dari semua penyakit

eita said...

takut sangat...

mintak di jauhkan lah..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza sntiasa berwaspada. mas atu pernah pg check then disebabkanarwah mama leeza meninggal kerana penyakit ini (al-fatihah utk arwah), leeza perlu dirujuk ke hosp... lbh kurang setahun dua juga lah under medical utk pastikan yg x ada virus tu.. then now dh make sure virus tu tak ada. but nasihat doktor perlu juga ke hosp jika rasa smthng yg tak kena.. nasihat leeza, kalau ada keluarga yg kena, better pg uat medical lanjutan. kadang2 bukan sbb kita ada, cuma nk pastikan virus itu tiada. MENCEGAH LBH BAIK DRIPD MENGUBATI. lagi pun bukan kena kos yg tinggi. cuma perlu pengorbanan masa sahaja.

Pykaa Pdott said...

takot la .selalunya kaum wanita yang slalu kena , mntak dijauhkan la segala pnyakit . amin .

ummiross said...

MasyaAllah..risiko mengidap 1 dalam 8,tinggi tu. Memang takutkan,cousin ummi pun ada yang meninggal kerana kanser ni.

adyna said...

Memang bahaya penyakit ni

❤Kamsiah❤ said...

mamogram..pap smear...'wajib' dibuat walau hanya seklai...

Mrs Velentine said...

tq kak share..mmg kena jaga2

mama aryan said...

penyakit yg berbahaya//moga kita dijauhkan dari penyakit spt ini ye

MizzTina said...

adik perempuan kpd arwah abah sy menghidap breast cancer, meninggal.. isteri pak long sy juga, tp alhamdulillah dia sampai skang sihat selepas pembedahan buang sebelah payudaranya.. bila mcm ni, sy jd risau.. pernah buat pemerikasaan sekali, tp xterperinci..

Ratu Hatiku said...

Tq for sharing KA.
Opsmate saya ada sorang kena kanser nie tp dia mmg seorang yang kuat alhamdulillah dia dah pulih dari kanser nie.

mummy alisha said...

penting untuk dapatkan pemeriksaan awal kan KA..

SURIA AMANDA said...

tahun depan kena check lagi...umur 35 kena buat full medical check up..company tanggung..nasib baik

ayut said...

mintak dijauhkan...amin.kdg2x bila kite tak alert tibe2x je muncul...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Subhanallah minta dijauhkan

izan mama mia said...

wanita kena prihatin nie..kn cek tiap2 bln...bt pemeriksaan sendiri...

fiza said...

Thanks for sharing kak. Semoga kita dijauhkan dari penyakit nih.

Jna marcello said...

TQ for sharing this kA

Si Matatajam said...

Gud info KA..Tq...

human said...

Adakah punca awal kanser payudara ter gatal2 di bhgian payudara??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...