En Hubby KA baru je belikan si bongsu KA dua buah dictionary bergambar. Istimewanyer kamus ni, ianyer ditulis dalam 5 bahasa. Dan 2 hari ni, dia duk telek & baca je kamus tu. Semalam dia siap tanya soalan kat KA !
She : Ummi, Apa bunga kebangsaan Malaysia
KA : Bunga raya lah, senang sangatlah soalan Adik tu !.
She : Pandai, Dalam Bahasa Inggeris kita panggil apa ?
KA : Lagi senang tu Hibiscus lah....
She : Or senang ye, Kalau bahasa Arab panggil apa ?
KA : Eeeeeeeeeeee...........
She : Bahasa Tamil ?
KA : Aaaaaaaaaa........
She : Bahasa Mandarin
KA : Lagilah tak tau !. Tanya soalan lain lah !
She : Ha Ha Ha, Nah Ummi pinjam buku Adik ni dulu baca dan hafal tau ! Lepas tu baru Adik boleh tanya soalan lain lagi ye !
KA : Bertuah punyer anak!
She : He He He
![]() | ||
| ( COPY DARI BUKU SI BONGSU KA ) |
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu [1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan
tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak
berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna
bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu
lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan
bagi mengilat kasut di sebahagian India.
( Aduhai, kena gigih membalas jejak ni ! )

43 comments:
lawak sangat anak ka ,
*ttbe ta saba ade anak , hahaha
bijaknya anak KA...^__^
saya sendiri tak pernah terfikir sebelum ni eh..
hehehe..
bijaknya dia
bertuahnya ank KA .. hehehh
Pandai anak akak buat teka teki yea.. :-)
terkena ummi dia..hehe..budak2 sekarang ni cerdik2 belaka :P
klaka la anak KA, ummi plak kene hafal.. bijak2..
Eh bagus nyer dictionary tu.. Beli mane? Siap ade 5 bahasa..
Tak pasal ummi plak yang kena belajar dari anak ye :)
hahaha.. sekali dia bagi kamus bergambar da....
Kesian KA kena dengan anak, hehee
haaaa.. hafal ya!! hihi
bijaknya
ahahaha.. terkena
hahahahahahahahahahahhahaha....
kelakar lah....
senang sangat kan...
tak terjawab soklan cepumas tu hahahahahaha....
comel pulak anak KA, tnye2 ni.. hehehe teringat kat adik saya yg 5 tahun tu
Masa anak tanya soalan dlm bahasa inggeris tu mesti KA rasa 'ala kacang'. Tetiba tanya dlm bahasa arab, pastu tamil then mandarin. Hahaha. Lawak je bila imagine. Bagus la kamus tu KA.
Baru adik tanya bunga raya belum yg lain-lain tu KA:)
bagus lah kamus tu.. sng la nnti bile da blaja byk bahasa :)
hihi..bijak sgt ank KA tu..hehe
memang pintar dan cerdik anak2 KA.....
hahahaha...kenakan mamam dia ...
hahaha..bijak anak KA...
bdk2 skrg bijak...
as salam
seronoknye ade anak..nice sharing :)
lawak la adik ni..pekena mak dia haha...hafal yer kak kang adik tanya lagi hahaha
hihii terkena plak.. :-)
Poning palo omak eiii... :)
Hehe...selalunya ada dlm kamus bergambar utk budak2 tabika tu, kan?? ngee..
ini fakta:) thanks share..
bagus juga kamus ni....sekali baca, dapat tahu 5 bahasa! aahahaha
bestnye kamus ni!
adik mmg kelakar..ummi jgk yg kene heheh
mencabar soalan dia..hahaa.best jugak kamus 5 bahasa sekali...
haha..bertuah punya anak ye..mak juga yg terkena..
vah vah vah adik...
hehehe
wahh KA zaman skangniekan.kalau tahu banyak bahasa selain eng n bm mmg bonus tau..senang dpat keje=)nak2 kalau tahu bahasa cina,jepun..
sronok adik knakan KA..hihihi..sabar jela..
Adiiiik... apa ni...asik pekena kan ummi jeee.... heheeeee....
hihi..
tq 4 sharing...
haa nice sharing KA klau KA x share na pun tatw hihih
BIJAK SUNGGUH DIA.. ^_^
Bijaknya anak KA :-)
lawak la adik nih..ada2 je idea dia nak kenakan ummi dia ye..
bagus juga kamus tu..bole beli bg adam nanti
Post a Comment