Saja KA nak kongsi2 tentang BAYI.
Bayi ialah kategori termuda untuk kanak-kanak.
Bayi ialah kategori termuda untuk kanak-kanak.
Dagu dan pinggul bayi yang baru lahir adalah sempit, dengan perut buncit sedikit, serta lengan dan kaki yang agak pendek. Berat puratnya lebih kurang 7.5 paun (3.2 kilogram) dan panjangnya 14-20 inci (35.6-50.8 sentimeter, walaupun bayi baru lahir pramasa adalah lebih kecil. Skor Apgar ialah ukuran peralihan bayi baru lahir dari rahim semasa sepuluh minit yang pertama.
Kepala bayi baru lahir adalah amat besar berbanding bahagian-bahagian badan yang lain, dan kraniumnya juga besar berbanding mukanya. Sedangkan tengkorak manusia dewasa
adalah lebih kurang satu perlapan panjang badan penuh, bayi baru lahir
adalah dua kali ganda ini. Ketika dilahir, banyak tempat tengkorak bayi
baru lahir masih belum lagi dijadikan tulang. "Tempat-tempat lembut" ini digelarkan fontan. Dua tempat yang terbesar ialah fontanel anterior berbentuk intan dan yang terletak di bahagian depan kepala, serta fontanel posterior yang lebih kecil dan terletak di belakang kepala.
Semasa pelahiran dan kelahiran, tengkorak bayi bertukar bentuk untuk menyesuaikan dengan salur lahir
dan oleh itu, kekadangnya menyebabkan bayi dilahir dengan kepala yang
cacat atau panjang. Bagaimanapun, keadaan ini biasanya kembali ke
keadaan normal dengan sendiri dalam jangka masa beberapa hari atau
beberapa minggu. Senaman khas seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan boleh membantu proses ini.
Sesetengah bayi baru lahir mempunyai bulu halus yang digelarkan lanugo, khususnya di belakang, bahu, dan dahi bayi pramasa. Lanugo hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.
Bukan semua bayi mempunyai rambut
yang banyak. Ada yang botak, sedangkan ada yang mempunyai rambut yang
terlalu halus sehingga hampir tidak dapat dilihat. Kulit kepala mungkin
juga lebam-lebam atau bengkak sementara waktu, khususnya bagi bayi baru
lahir yang botak, dan kawasan di sekeliling mata mereka mungkin bengkak juga.
Sebaik sahaja selepas kelahiran, kulit bayi baru lahir sering berwarna kekelabu-kelabuan hingga biru
suram. Dan sebaik sahaja bayi memulakan penafasan, biasanya dalam
seminit atau dua, warna kulitnya akan berpulih ke warna yang biasa. Bayi
baru lahir adalah basah dan diliputi oleh tanda jalur darah serta bahan putih yang digelarkan verniks kaseosa dan yang dianggap bertindak sebagai rintangan antibakteria. Bayi baru lahir mungkin juga mempunyai bintik Mongolia, pelbagai tanda lahir, atau kulit mengelupas, khususnya di bahagian pergelangan tangan, tangan, mata kaki, dan kaki.
Alat sulit bayi baru lahir adalah besar dan merah, dengan bayi lelaki mempunyai skrotum yang amat besar. Dadanya mungkin besar juga, walaupun bayi lelaki. Ini disebabkan oleh hormon ibu dan merupakan keadaan yang sementara. Bayi perempuan mungkin mengeluarkan susu dari putingnya, dan/atau bahan darah atau (bahan seakan-akan susu) dari farajnya. Bagaimanapun, kesemua ini dianggap biasa dan akan hilang dengan peredaran masa.
Tali pusat
bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Selepas kelahiran, pakar
perubatan akan memotong tali pusat untuk meninggalkan 1-2 inci. Tali
pusat yang kontot itu akan menjadi kering dan kerepot, serta gelap, dan
jatuh sendiri dalam tempoh kira-kira tiga minggu. Kadang-kala, pihak hospital akan meletakkan pencelup ganda tiga (triple dye) pada tali pusat yang kontot itu bagi mencegahkan jangkitan dan oleh itu, menjadikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya bertukar menjadi warna ungu.
Bayi baru lahir hilang banyak daripada ciri-ciri fizikal yang
tersebut dengan pantas dan oleh itu, bayi yang lebih tua kelihatan amat
berbeza. Sedangkan bayi yang lebih tua dianggap "comel", bayi baru lahir
mungkin kelihatan "tidak menarik" dan oleh itu, ibu bapa pertama kali
mungkin harus dididik mengenai perkara ini.
So, to my luvly nephew yang baru IRFAN HIJRI, jangan lupa pakai baju2 & barang2 yang Untie KA belikan itu ye ! He He He ( Puan Siti & Encik Rizal, pinjam gambar anak tepek kat blog ini ye, sebab dier cute & comey sangat !)




35 comments:
comelnya bby
hmmm.... sweet nye.... seronok ada baby ni...
sukanya tengok baby baru lahir...muka suci jerr....
alaaa... tomei..tomei...tetiba rindu nak anak kecik... izan cukup2 sudah.. sori KA ter emo pulak.. :D
geramnye tngk baby yg baru lahir..bau pon wangi
wahh ... detail mengenai bby .... suka ^^
rajinnyer search pasal babyni.. tapi yang penting dapat pegang baby memang bestler... dapat cium dia lagi best.. dapat gomol dia lagiler teramat best...
Geram tengok gambaq baby.... comei...
bgusnya info bayi ni kak! suka saya baca..
hihihi baca pasal baby nie terus teringin nak ada baby..
aduhh..comelnya... paling suka bau baby..wangii..cam nak gigit je.. hahaha..
rindu nak bau baby..
good info KA thanks for sharing..
KA, intan suka tengok dan pegang baby..dan sedang usaha untuk dapt baby..doakan intan yer..:) baby sanagt cute kan..geram tgk pipi, kaki, tangan dan semua la…
tetiba rasa nak baby pulakkkkk :)
comeynya baby tdo...
alamak KA...awat cite pasal bb nie...dayyan dah besar dah, bukan bb lagi...ni rase nak beranak lagi ni heheeheheh
nice info psl baby nih...comei je baby tu..
Suka bau baby.. wangi jer..
info menarik tq for sharing...
Comel. Rasa mcm nak baby lagi plak...ekekeke...
comel sungguhkan baby
tengok gambar baby teringin nak tambah lagi...
suka bau newborn baby. wangi je :D
tetber rsa xsbr nk ada baby..haha
hye Irfan yg comeyyy...KA tq for this entry...menambah ilmu pengetahuan hiks ;)
comelnya
ada baby memang seronok..tak sunyi rumah..tapi selagi baby tak membesar rasa risau tu tetap ada sebab kita belum tahu macam mana proses perkembangannya..
alolo comeynya bb ni;D
suka tgk pic bb tenang,cool..
wah..ni yg cam nak bb lg.hehe
Tq for this info KA..
klu ayut nk pgg bb yg baru seminggu tu mmg takkan la..hohoo...tkut..tlg ye msh lmbut..
rindu nk ada baby lagi.. hehehe.. suka bau baby..
comeynyer baby tu tgh tido..rindu pulak nk ada baby lagi *tetiba*
menarik infonya KA... boleh la ber bb lagi lepas ni KA..heee
Post a Comment