Salam Pagi Jumaat !
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari
Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah
berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul
Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya
Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir
(datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita
adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab
lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan
petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang
Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini
(Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa
(Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari
yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari
Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari
yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat
Tirmidzi).
Moga bermanafaat untuk semua ye! In Shaa Allah.................

24 comments:
perkonsgian ilmu yang bagus KA.. thanks..
tq share.. teringt time blaja dlu =)
salam jumaat juga buat KA..semoga diberkati Allah swt..
thanks for share
Salam Jumaat KA.. selamat pagi.
Semoga kita semua buat yg terbaik utk hari ini..
info menarik nie KA...tq
info menarik nie KA...tq
Jumaat penghulu hari...
Assalamualaikum..
subhanallah, takutnya bila datangnya hari kiamat nanti. minta dijauhkan perkara syirik dan patuh kepada kebenaran yang diredhai-Nya. amin.
terima kasih berkongsi ilmu :)
tq for sharing KA...
smemangnya Jumaat adlh ari yg byk klbhn dan berkat :)
Salam Jumaat KA! semoga hari ini dan hari seterusnya lebih bahagia..ameen
info menarik ni kak
Hari Arafah...hari ni kan?hari ni Jumaat...Ya Allah...moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita..amin..Allah lebih mengetahui...
jumaat penghulu segala hari...salam jumaat KA..:)
info menarik di hari jumaat. tq KA. ;)
thanks Kak! banyak gak perkara baik yg berlaku pada saya pada hari jumaat alhamdulillah :)
di hari yg mulia ni saya mendoakan agar semua sahabat blog saya dilimpahi dengan rahmat. kesihatan yang baik dan berbahagia selalu.
salam jumaat kak, terima kasih berkongsi ilmu :)
perkongsian yg bagus..moga dapatlah kita sama2 manfaatkan hari jumaat ni kan
Banyak sanagt kelebihan hari jumaat ni... rebut peluang yang ada..
Tq untuk ilmu yg bermanfaat ni KA..
terima kasih berkongsi ilmu ye KA.
Nice sharing kak
Post a Comment