Tabung Masa Depan ...

Friday, November 09, 2012

Kisah Teladan 3 Budak Hitam

Kongsi sesuatu di pagi Jumaat yang mulia!

 ( google image )
Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".


Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral:

Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri. 
Moga bermanafaat untuk semua ye !

( N3 AUTO PUBLISH - bertungkus lumus menyiapkan report dulu pagi ini )

38 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

pengajaran yg baik~

Kakcik Nur said...

Kerana kebodohan kita, kita mungkin kehilangan apa yang sepatutnya boleh kita miliki...

NM02 said...

mendalam isi moral of the story tu

berkesan betul...

Sue-Rya Qistina said...

itulah sifat2 yg mmg ada dlm setiap diri manusia yg sentiasa x puas dgn apa yg ada. huhuhu

MaMa Rey said...

bersyukurlah apa yg ada dan apa yg telah dkurniakan..

fieda said...

seronok baca..

~ yus ~ said...

dengki dengan rakan akhirnya semua tak dapat apa2....

satu pengajaran yang baik dari cerita ini.

eLL said...

sangat-sangat berguna dan berpengajaran....

10 budak hitam, teringat lagu itu

yana aina said...

nak nyanyi lagu bdk hitam lh ... hehehh

Nyue said...

serius cite ni best la..bnyk pengajaranya..eheheheheeh....

Mrs Velentine said...

suka entry ni kak..penuh masud tersirat

hazwan hairy said...

hahaha semua hitam balik..sng sikit xyh nk cmburu2..haha

atty's said...

salam jumaat KA..
kan dah rugi..ekekekkeke

ummuaidan said...

kesian kawan2 nya kena jadi hitam balik sebab dengki...hohoho

aizu's life said...

bagus la cmtu.. adil.. berdengki x abis2
anyway, mintalah pd yg ESA :)

Aishah Jahirah said...

last2 semua ttp itam..hehee.tu la sebab perasaan dengki semua rugi...

hainom OKje said...

Yelah kan... nak lebih saja.... ada part yg perlu kita redho dgn apa yg ada!

nur anis said...

last last semua tak dapat jadi putih..

Ira said...

Hehe..masing2 tak dpt apa2..

miz ruha said...

janganlah dengki dengan apa yang org lain miliki...
bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang...

moga report tu cepat2 siap... :)

ayut said...

^____^ mmg penuh nasihat ceritanya...tu la..jgn dengki..kan akhirnya masing-masing tak dapat ap...peringtan tu..

izzah said...

memang dengki tu xbagus n xbaik...tp kadang2 tu kita akan ada timbul hasad dengki tu tmbah2 bila apa yg kita nak xdpt,tp org lain plk yg dpat...so, kna istigfar byk2 spaya kita terhindar drp sikap xelok ni...

AnneRaini said...

hai sabor jelah..

TiranaAduka said...

salam sis ka
Nice post di hari jumaat ni!.

boni kacak said...

jin tu pun satu..kenapa la dia tak seimbangkan je terus,bagi semua putih..hahaha

betul tu.. perasaan dengki ni memang elok kita buang jauh2... jangan biarkan dia bersarang dalam hati kita. sebab hati kita boleh hitam dan mati

Kasih Salina said...

peringatan untuk diri saya juga supaya jauh daripada sifat2 yang keji tersebut..

Jna marcello said...

KA naaa sukaa entry2 mcm ni taw...
na pernah dgr cita ni tp lupa TQ mengingat kan semula..

tp btul manusia mmgxkn terlepas dari sikap iri hati cemburu dan dengki

^^harap tuhan jauhkan na dari ade smua perasaan yg buruk tu..Amin

mama aryan said...

betul tu KA..pengajaran yg cukup bermakna,moga dijauhkan sifat dengki itu dr diri saya ni

Ujie said...

kelaka! tapi ada pengajaran.

QueeN TerataI said...

entri yg penuh dgn pengajaran KA.. Queen sgt setuju krn manusia ni sentiasa tidak berpuashati dgn apa yg telah mereka miliki dan sifat hasad dengki atas kelebihan org lain mmg sentiasa ada dalam jiwa.

SURIA AMANDA said...

sgt2 mmberikan pengajaran..apa la budak tu..mintak la jadi kaya raya tido ats duit ke...

adyna said...

abis la KA kalau sikap dengki mendengki ada dalam diri leh jadi parasit tue ;)

tingat lagu 10 budak hitam :)

Ratu Hatiku said...

Mintak d jauhkan dari sifat hasad dengki mcmtu..

m.u.l.a.n said...

jauhkan lah kita semua dari hasad dengki..

Si Matatajam said...

Ishk! Takmo dengki2...tak baik...

C'Jai said...

sikap dengki , khianat dan iri hati satu ketika nanti akan memakan diri sendiri...percayalah..

ALoNa CintamaniszLite said...

kesimpulannya....itulah kesudahan perangai yg sepatutnya dihindari oleh manusia yg Allah berikan akal dan fikiran..

**alamak, KA...kena klik more pulak ye utk baca abes...uwaa...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

banyak pengajaran citer ni kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...