Sebenarnyer, si Bongsu KA yang beria2 bertanya tentang Unta ini. Alang2 dah ada info tu, KA sharekan bersama uols juga ye !
Unta. Antara haiwan yang sangat2 istimewa dan berbeza !
Ketahanan dari lapar dan dahaga
Unta dapat hidup tanpa makan dan air selama 8 hari
di bawah suhu 50°C. Selama periode ini, unta kehilangan 22% berat tubuhnya.
Namun ia dapat bertahan hidup meskipun kehilangan 40% air dalam tubuhnya,
sementara itu kehilangan 12% saja dapat menyebabkan kematian manusia. Sebab
ketahanannya yang lain terhadap kehausan adalah suatu mekanisme yang
memungkinkan unta untuk meningkatkan suhu internal tubuhnya hingga 41°C. Berkat
kelebihannya ini, unta dapat menahan kehilangan air pada tingkat minimal dalam
iklim yang sangat panas di padang pasir. Unta juga dapat menurunkan temperatur
internal tubuhnya hingga 30°C di tengah malam yang dingin di padang pasir.
Unta (bahasa Inggeris: camel) ialah mana-mana satu daripada dua spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu:
- Camelus dromedarius (ponok tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat;
- Camelus bactrianus (ponok kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia tengah.
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae: dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika Selatan: Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna. Nama unta dalam bahasa Inggeris camel datang melalui bahasa Greek κάμηλος (kámēlos) daripada bahasa Arab جمل (jamal) atau bahasa Ibrani גמל (gahmal).
Unta Camelus Bactrianus mempunyai dua lapis bulu:
selapis bulu halus yang hangat di dalam, serta selapis bulu yang
panjang dan kasar di luar. Haiwan ini menggugur kedua-dua lapis bulunya
dalam gumpalan yang biasanya dikumpul. Struktur bulunya serupa dengan sakhlat kashmir. Bulu halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8 sentimeter) dipintal menjadi yan untuk kaitan. Unta menghasilkan 5 paun (2 kilogram) bulu setahun.
Manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua jenis Camelus dromedarius dan Camelus Bactrianus masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, untuk dagingnya, dan sebagai haiwan tenaga.
info : Kredit Info

27 comments:
pernah jugak Amirul ckp.unta tu simpan air kat bonggol. kalau kat padang pasir tak de air.boleh la mandi dalambonggol tu. hahaha...
nice sharing KA na yg tatw pun da jd taw info nye hehe TQ KA
salam KA, unta binatang yg kuat & blh tahan dahaga..nak tgk unta kena pergi ke Mekah la..
tq KA, coz kongsi citer mengenai unta ni...
Tq for info..hehe
mcm pernah baca je...hihi...nice sharing :)
Ye! Saya impress dengan unta sebab unta ada ciri-ciri yang saya tak ada. Guess what KA? Teringin sekali makan daging unta ini sebenarnya. Sungguh.
Satu haiwan yang tabah:)
tq for sharing KA..
dptilmu bru arini
Haiwan yang tahan lasak...
Ya lah, kabilah-kabilah Arab dulu berdagang jauh jauh dengan unta unta macam ni kan....memang tahan lasak.
ni baru tau..selama ni tak tau pun
Good info kak..
unta...ada disebut dlm al quran :)
unta...ada disebut dlm al quran :)
tapi kan, unta tak comel. heheee :D
content yg baik ttg unta. jarang org buat.
heeeee
unta oh unta.
tq kak kongsi pasal unta ni
kongsi tentang unta.. menarik...
menarik kan tentang unta ni
memang unta ni makhluak yang agak istimewa kan sebab boleh simpan air dalam badan die.. huu
Unta bulu pjg tu tahu...tp lg suke unta yg sebulu je tu...hihihi.blh kan sesuke ati nk pilih suke unta mane..adehhhh
tq ka...kongsi cerita
baru tgk gambar sekor unta dlm keadaan seperti bersujud ngadap kiblat sebelah seorang lelaki yg sdg solat. Allahuakbar..
bestnye kalau dpt pegang unta ni. :)
nice sharing KA
Nice info KA
tima kasih kak share citer psl unta ni
Post a Comment