Salam Pagi Selasa. Mulakan hari kita dengan kisah teladan ini pula.
Rasulullah
SAW dengan sebiji limau.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan
Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para
sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Moga cerita yang bermanafaat untuk kita semua ambil pengajaran disebaliknyer !

35 comments:
.....Rasulullah sifat baginda sungguh terpuji....
Ada riwayat yg mengatakan wanita Yahudi tersebut memeluk Islam kerana terlalu kagum dgn keperibadian Rasulullah.
Kalau saya, mungkin saya tidak akan makan buah limau itu..huhuhu..masamnyaaaaa..
thanks KA atas perkongsian nie..rsnya kalau kita alamak habislah menjerit ngan limau masam begitu..itulah akhlak Rasulullah saw sbg contoh mulia..
sikap baginda yang sangat agung. moga kita mampu meneladaninya amin
Tidak terikut oleh kita kemuliaan akhlak Baginda, namun setidak2nya kita mengambil pelajaran dan pengajaran dari kisah2nya...
hebat sungguh akhlak baginda. semoga kita dapat mencontohi baginda.. :)
tq for sharing...
moga kite semua dapat pengajaran/kesedaran :)
tak ramai yg mmpu jadikan sikap rasulullah sebagai teladan..
Bila bercerita tentang yang ini, tiba-tiba hati saya sayu. Saya pernah bawa lauk ke pejabat. Dan saya tak pandai hendak makan seorang. Walau sikit macam mana pun, saya mesti hulur pada kawan-kawan sikit seorang. Tapi bila kita berkongsi, dapat pula komen-komen yang tak menyenangkan. Susah nak makanlah, lecehlah. Sampai satu tahap, dia campak lauk saya dan terus kata; MALAS DAH NAK MAKAN. Siapa tak terasa hati kan? Saya menangis dalam hati masa itu. Perut lapar, terus jadi kenyang. Hati gembira terus jadi duka.
Sikap baginda sgt terpuji... patut ditelandani kan..
moga2. amin..
Assalamualaikum..masyallah, baiknya Rasullulah, menjaga hati org bukan Islam sedangkan org tu berbuat jahat padanya. Ya Allah, kagumnya sheila :)
moga kita dapat mencontohi beliau.. ameen
subhanallah mulia nya peribadi Baginda supaya kita mencontohi peribadi baginda yg sangat menjaga hati walaupun orang yg dijaga hati tu orang kafir..
sikap Rasulullah yg sgt terpuji
saya pun rasa sedih bila baca komen dari faraherda.razalan.. sampai hati bt makanan dpn tuannya.
motivasi hari ini utk diri sendiri, jgn memburukkan sesiapa,jgn byk komplen, bersangka baik selalu..kan KA? :D
Kecur airliur baca entry ni sambil byg kan betapa masamnya buah limau tu.
TERHARU BACA KISAH NI..MMG TERPUJI SUNGGUH RASUL KITA KAN
akhlak yang tepuji :)
sifat baginda sangat terpujikan.. kalau kita compom terkenyit mata
ikutlah al-Quran dan sunnah.
Indah nya akhlak Rasulullah...
tak perlu berdakwah dengan kata2 cukup dengan perbuatan dan sifat terpuji pun dah dapat menarik orang untuk menerima ISLAM..
baca saja pun dahi saya da berkerut.. mulianya akhlak rasulullah..
akhlak terpuji..bole ke diamalkan bersama kawan2 nanti..?
terharunya...sy pun mungkin xmampu nak mkn limau tu.
itulah kan. kita ni harus berbaik sangka. setiap manusia tu mesti ada sebab mengapa dorang bertindak begitu dan begini...
sesungguhnya sifat rasulallah itu sangat terpuji. kalau T la kan, bila masam, terus je ckp masammmmm... ish jauh benor sifat tu kan..
sememangnya Rasullulah SAW sgt mulia peribadinya..tiada tolok tandingnya
teringin nak berakhlak macam tu..tp belum ada kemampuan..lebih bnyk sifat amarah...huish, teruk nya!
apapun,kisah rasulullah S.A.W dan akhlak baginda mmg kisah yg harus dibaca dan diteladani :)
selagi kita memegang title manusia, kita bukanlah manusia yang maksum di muka bumi ini (-____-)
mulia sungguh akhlak peribadi Rasulallah...semoga kita semua dpt mencontohi akhlak Rasulallah
sifat yg sgt terpuji..
baru minggu lepas bercerita ttg ini dgn adik beradik sambil makan durian..ni KA buat n3 pasal ni lak
thankz kak atas perkongsian
kalau kita yang kne camtu mau kne baling balik wanita tu ngan limau tadi agaknye.. =__= silap2 kalau orang lain leh masuk paper wanita kne bunuh sebab bagi limau masam.. ish ish..
Akhlak Rasulullah mmg tiada tandingan.itulah contoh terbaik.In shaa Allah..same2x berusaha utk jd lbh baik ..
Post a Comment