KA nak ucap syabas dan tabik spring pada Afdlin Shauki !
Duta Aqsa Syarif, Afdlin Shauki mengakui berasa agak gementar untuk
berangkat ke bumi Palestin bagi menyertai misi ‘Aqsa Syarif ke Gaza’
(A2G11) pada 3 Disember ini. Afdlin bersama 15 ahli rombongan yang lain
bakal ke Gaza sehingga 10 Disember depan bagi menghulurkan bantuan
kepada mangsa kekejaman Zionis.
Walaupun timbul perasaan takut untuk menjejakkan kaki di bumi Gaza, namun artis serba boleh ini meletakkan ketepi perasaan gementarnya itu dan mengakui harus menguatkan semangat bagi merealisasikan misi tersebut.
“Saya bukan seorang yang berani dan akui rasa takut serta seram untuk pergi ke sana. Tapi, bila bayangkan penduduk di Gaza boleh tinggal di sana setiap hari, kenapa saya tidak boleh. Namun, tidak dinafikan saya agak gementar dan pada masa yang sama sedih kerana harus tinggalkan anak-anak serta isteri.
“Saya juga rasa ralat kerana ketika mengutarakan hasrat saya kepada keluarga untuk ke sana, anak-anak saya menangis. Namun, akhirnya mereka faham dan terima perkara ini. Tidak dinafikan, ramai juga rakan-rakan yang menghalang saya untuk pergi ke sana namun tidak kurang juga ada yang menggalakkan. Apapun, Alhamdulillah kerana isteri dan ibu menyokong saya walaupun mereka berasa berat hati untuk membenarkan saya pergi,” ujar Afdlin mengakui sudah membuat persediaan untuk ke sana.
“Sebagai persiapan, saya jumpa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memohon maaf apa yang mampu. Saya juga bertanya kepada Pengerusi Aqsa Syarif iaitu Prof Madya Dr Hafizi Mohd Noor tentang keadaan di sana memandangkan pihak mereka selalu pergi ke sana. Menurut Prof, budaya penduduk di sana sangat meraikan tetamu. Jadi, mereka akan pastikan keselamatan tetamu didahulukan walaupun mereka terpaksa berkorban nyawa.”

( N3 AUTO PUBLISH )

27 comments:
wow... terbaek...
wahhh kagum!
Respek lah kt Afdlin ni...
semoga semuanya selamat...amin:)
semoga mendapat barakah atas pemergiannya...
In Shaa Allah semuanya selamat
saya teringin sgt nak ikut2 misi2 camni, tapi rasaye hsbnd & anak2 mungkin agak berat nak lepaskan.. mintak2 one day dpt jugak pergi..amin...
semoga misi mereka ke sana dipermudahkan dan sentiasa berada di dlm lindungan Ilahi :)
Semoga usaha ini diberkatiNya dan semoga Allah melindungi mereka yg akan ke sana. Amin..
moga misi mereka berjaya...
moga perjalanan pergi dan balik kumpulan beliau selamat hendakNYA..
alhamdulillah .. kalaulh ramai yg ada semangat mcm artis ini kan molek ^^
semoga artis lain pun ikut jejak langkahnya.
bagus afdlin..semoga dia selamat pergi dan kembali
Tahniah untuk usaha depa..harap ramai lg artis yg buat camni..
in sha Allah..mereka selamat...same2x menjaga diri dan doa kan mereka :)
tabik hormat...teruskan usaha murni ini
Assalamualaikum KA, subhanallah bagusnya tindakan diorang ni. tlg orang dalam peperangan. insyallah selamat pergi dan balik :)
semoga misinye tercapai...susah nak jumpa artis yg camni..
Bagus..artis artis patut tunjukkan contoh tauladan sebegini
syabas2
kagum..done maxis...
Alhamdulillah. Semoga misi mereka di permudahlan olehNYA.
Tabik spring kat Afdlin!
wah.. sangat kagum... ^_^ syabas afdlin..
alhamdulilah...kagum ngan Afdlin
bagusnya dia..sokong2
Alhamdulillah..semoga segalanya dipermudahkan
Post a Comment