Tabung Masa Depan ...

Friday, November 02, 2012

Sama2 Kita Doakan ! Ini Hari Dia ...........

Pernah buat N3 tentang pelakon veteran ini sebelum  ini.  Ini kisah terbaru beliau !. Apapun sama2 kita doakan ye !


Wajah terbaharu Kuswadinata yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit.
 
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, akan dimasukkan semula ke Hospital Ampang dalam waktu terdekat bagi menjalani rawatan susulan terhadap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata, selain rawatan susulan, suaminya itu akan menjalani kemoterapi yang dijadualkan pada 23 November depan.
"Selepas dibenarkan keluar daripada hospital pada 24 Oktober lalu keadaan beliau stabil namun doktor mahu suami saya dimasukkan ke hospital semula bagi memantau keadaan dan menjalani rawatan susulan terhadap penyakit yang dihidapinya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui semasa lawatan Ketua Wanita Umno, Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, di kediaman pelakon veteran itu di Ampang di sini pada Rabu.

Turut hadir Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan seniwati, Datuk Sarimah Ahmad.

Dalam pada itu, Kamariah memberitahu, suaminya itu hilang selera makan sejak dimasukkan ke hospital namun masih mempunyai semangat tinggi untuk melawan penyakitnya yang kritikal.
"Kami sentiasa memberi dorongan kepadanya supaya kuat semangat untuk melawan penyakit dan Alhamdulillahlah saya lihat beliau sangat tabah menghadapi dugaan ini," jelasnya.

Manakala Kuswadinata yang kelihatan ceria dengan kehadiran rakan-rakan memberitahu sangat terharu dengan sokongan yang diberikan kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus melawat dan menghulurkan bantuan.
"Tidak dapat saya balas jasa mereka sehingga akhir hayat saya kerana tidak jemu-jemu keluarga dan rakan-rakan datang menziarahi saya dari hari saya dimasukkan ke hospital sehingga kini.
"Mereka adalah insan yang membuatkan saya terus bersemangat untuk melawan penyakit yang dihidapi," ujarnya.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Sebelum ini, anak bongsunya Rizal, 23, memberitahu keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa.

Dalam perkembangan sama, Sarimah memberitahu sebagai rakan seangkatan beliau sangat bersimpati dengan keadaan Kuswadinata dan akan berusaha sebaik mungkin untuk membantunya.

Selain Rizal, Kuswadinata mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.



37 comments:

mama aryan said...

semoga beliau terus sihat hendaknya

Ujie said...

Kesiannya..kita doakn dia dpt sembuh & tabah melalui detik sukar ni.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum..
kasihan beliau. saya suka tengok lakonannya. lasgi2 masa zaman P. Ramlee dulu. Semoga beliau panjang umur dan sihat kembali :)

ieda said...

Aduhh sya da bca juga tadi, kesiannn dia kak, kuruss sgt2 huhuh

shaiful zaidi said...

Semoga beliau pulih drp penyakitnya...

man said...

betul2..kita sepatutnya berdoa supaya beliau cepat sembuh..

Che Rosliza Che mat said...

Alahai! kesiannya...

:: Mrs.Eady :: said...

Semoga Allah permudahkan semua utk mereka,amin~

kinara kinatara said...

moga keadaannya di permudahkan.:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Semoga Artis kuswadinata cepat sembuh...suka tgk dia brlakon dulu2..hencem!hikhik

baby comel said...

moga mereka terus tabah,

Mieya Atiera said...

Moga beliau kembali sembuh seperti sedia kala.

maszmadi said...

semoga beliau kembali sembuh.....

Hazmin Hamudin said...

Semoga beliau cepat sembuh seperti sediakala..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

LEEZA doakan yg terbiak...

Pykaa Pdott said...

hope dia cepat sembuh . amin .

*pyka dtang sggah n follow sini ea :)

ummiross said...

KA..ummi tengok kat fb dia dah meninggal hari ni, betul ke, kalau betul, Alfatihah.

wantie said...

ya betul tu KA ini hari dia.

samasamalkita berdoa

Nora Karim said...

syafakallah...

adyna said...

semoga beliau cepat sembuh ..amin

boni kacak said...

sama-samalah kita doakan kesihatan beliau...semoga disembuhkan penyakit beliau tu..amin...

azievee said...

tolong delete komen saya sebelum ini kerana sy baru dapat info yg beliau belum meninggal dulu...sorry...

Jna marcello said...

sama-sama kita doa supaya beliau cepat sembuh ;)

Tihara said...

as salam

insya Allah moga dia beroleh kesihatan yg lebih baik..

ummiross said...

MasayaAllah berita kat fb tu tak betul, keluarganya menafikan. Ya Allah kau sembuhkanlah dia dan berilah dia kesihatan yang baik, amin2x..

Noraziha said...

Semoga beliau cepat sembuh..

NoEn said...

moga beliau cepat sembuh

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kesian dia kan..dh kurus...semoga kesihatan dia akan pulih,,Insyaallah

Si Matatajam said...

Semoga memberi kesembuhan kod beliau..

Si Matatajam said...

Semoga Allah memberikan kesembuhan kpd beliau..Aaminn..

Pink Lavender said...

kesiannyer...kurus skrg dah dia

Mrs Velentine said...

semoga cepat sembuh

Nurfara Hani said...

kesian dia kan. semoga cepat sembuh la.

wan nurul hezrina said...

semoga dia akan terus sihat..kurus dah nampakkan,.yelah kena kanserkan bahaya penyakit2..

ayut said...

hari ni hari mereka...marilah kita doakan same2x..smoga diringankan dugaan yer..amin..

C'Jai said...

Inilah putran hidup....hidup ini tak selamanya sihat.... ada ketika kita akan sakit...moga beliau tabah...dan moga diberi kemudahan untuk melakukan ibadah dalam keadaan begini.....

mselim3 said...

moga beliau cepat sembuh dan sama2 kita doakan agar seniman kus nie sihat k...

mselim3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...