Aduhai suka pulak KA baca kisah cinta yang bersegi2 ni ! He He He. KA baca di MSTAR ONLINE ni............. Suka jugak tengok Che Ta & Zain dalam siri OH, MY ENGLISH yang bersiaran hari tu!

PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar
bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah
faham berhubung isu “rebut” pelakon Rozita Che Wan.
Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun
berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia
dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama
terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.
“Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka
dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu
status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada
apa-apa.
“Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk
bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini.
“Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas
nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami,”
katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Shah berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus terbaharu
yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak
terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam dua bulan lalu sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.
Selain drama bersiri itu, ketiga-tiga mereka digandingkan bersama beberapa minggu lalu dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Zain dilaporkan telah mengirimkan puluhan bunga ros dan patung
beruang ke bilik penginapan Rozita di hotel berkenaan bagi memujuk hati
wanita itu yang dikatakan sedang merajuk.
Dalam pada itu Shah tidak menolak jika ditakdirkan hubungannya
menjadi lebih rapat dengan Rozita pada masa akan datang kerana dia
menyenangi sikap wanita berusia 39 tahun itu.
“Setakat ini belum ada apa-apa yang serius antara saya dan Che Ta.
Kami memang rapat dan tidak dinafikan banyak mata melihat kami bergurau
serta berbual ketika di lokasi.
“Namun seperti dinyatakan tadi, ia hanya berlandaskan hubungan
profesional. Saya tidak tahu pula pada masa akan datang hubungan kami
menjadi lebih intim?
“Apa-apa pun selepas ini saya perlu lebih relaks dan berpada-pada
dalam tindak-tanduk yang akan mengundang perasaan kurang senang kepada
segelintir pihak,” jelasnya yang sedang menjalani penggambaran drama
bersiri Kiah Spy di Perlis.
| ( DARI GOOGLE IMAGE ) |
Sementara itu, Zain yang dihubungi enggan mengulas mengenai dakwaan
kononnya dia terasa hati dengan kemesraan dua pelakon itu sehingga
bertindak membelikan puluhan kuntum bunga ros bagi memujuk hati Rozita.
“Saya tidak mahu komen mengenai gosip itu. Sejak nama saya dikaitkan
dengan Che Ta, macam-macam cerita timbul dan akhirnya saya juga yang
terkena kesannya.
“Saya sudah penat bercerita dan menjawab perkara-perkara begini,” luahnya.
Ditanya mengenai kemesraan Shah dan Rozita, Zain berkata, pada
pengamatannya mereka hanya rapat sebagai rakan artis di tempat kerja.
“Kebetulan mereka berlakon bersama untuk tempoh yang lama. Mungkin sebab itu mereka menjadi rapat dan ia adalah perkara normal.
“Saya tiada masalah mengenai gosip itu dan tidak fikir mereka
mempunyai hubungan yang serius,” kongsinya yang terlibat dalam
penggambaran drama bersiri Evolusi Kl Drift The Series.
Apa2 sajelah ye. Kita sama2 doakan yang baik2 sudah ler !
( Nota: Tak sempat nak BW / terjah laman kawan2, busy sgt hari ni. In Shaa Allah KA terjah pelan2 ye . Tq masih sudi singgah ! )
25 comments:
cerita retis ni susah lah..banyak sgt gosip
laku sungguh che ta nih kan KA..
RCW berlakon tak sehebat man apun...gosip ja lbh...
kes bercuti dgn bekas menteri tu pun belum reda lagi...
Rozita tu cantik semua dah terpikat. Mata dia tu menawan betul hihi...
Tak abes2 kisah RCW ni...
macam2 la artis ni kan...tak berapa ambil tahu sangat sejak dah tua2 ni...heeheeeee..adeh..tua dah akak..
Minat juga kt Shah Iskandar..:)
menyampah ngan citer2 mcm ni...annoying sungguh...benda kecik jer..
retis!
mcm2 gossip la psl che ta ni kan. huhuhu. agak x brp nak sesuai dia dgn pemuda2 ni. huhuhu
tak minat rozita che wan tp minat zain..boleh?? hehe
Macam2 lah kisah Cik Ta ni..
Mcm2.. tp che ta tu mmg cantik, jelita, sape la tak terpikat. hehe.. :)
Che ta & zain tu bercinta ker? Tak tau plak.
Take your time kak. Saya tunggu nih ☺☺
la ni tak berapa nak suka sgt dgn che Ta, seksi sangat. tapi biaq pi kat dio la..
hooooooooooooooo... isu terus jadi isu.
artis takkan putus dengan gosip ,
kerana che ta, berebut2 diorang ni. huhu..
untung jd rozita awwww
wow rozita jadi rebutan.kehkehkeh tak baik lah perempuan bnyk org rebut2.bnyk gosip sana sini.sungguh prmpuan adalah fitnah dunia.sekiranya tak berjaga jaga, maka bnyklah kesan buruk nye
Susah gak jadi org cantik cam Cik Ta ni..ada ja gosip hangat..
macam2...
as salam
rozita yang hot..suka kalau dia jadi muslimah mcm artis lain.:)
Mcm hal la retis ni....
bekerja sbgai artis..lumrah jmpe sana sini sbb keje..nk gan artis tu la efek yer.doakan yg tbaik jela :)
Post a Comment