Bila baca berita macam ni di pagi2 Isnin ni, cuma KA nak ucapkan tahniah dan doakan yang terbaik buat Anne & anak2 ajelah ye! Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan tuhan kan. Kadang2 apa yang dirancang tak kesampaian. Apa yang tak dijangka itulah yang terjadi !.
KUALA LUMPUR: Pelakon Anne Ngasri berharap pertunangannya
dengan seorang ahli politik yang berstatus duda anak satu itu tidak akan
menimbulkan fitnah kononnya dia seorang wanita yang cepat berubah hati
selepas putus cinta dengan penyanyi Aliff Aziz.
Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, kehadiran
lelaki berusia 40 tahun itu dianggap sebagai satu anugerah daripada
Tuhan apabila dia memulakan langkah bertemu keluarga Anne untuk
meminangnya.
"Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja.
"Entah kenapa, selepas putus (dengan Aliff), kami lebih rapat sejak
sebulan yang lalu dan apabila dia melamar, saya terima dia lebih-lebih
lagi melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Mungkin kami saling menepati
antara satu sama lain.
"Saya pun tidak pernah menolak jodoh dan menganggap Aliff mungkin
bukan jodoh saya. Diharap, tiada yang memberi persepsi negatif dengan
perhubungan baru ini walaupun kehadirannya dalam hidup saya datang
terlalu cepat," katanya.
Anne ditemui pada petang Ahad selepas majlis pertunangannya yang
telahpun berlangsung di sebelah pagi di kediaman keluarganya, Jalan Ipoh
dekat sini.
Majlis pertunangannya itu dihadiri seramai 200 orang tetamu yang
terdiri daripada kedua-dua belah pihak keluarga dan pasangan itu bakal
bernikah pada Disember ini.
Bagaimanapun identiti lelaki itu kelahiran negeri Johor itu
dirahsiakan buat sementara waktu sehinggalah pada hari perkahwinannya
nanti.
Tambah ibu kepada Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah
Afrozah, 2, itu, dia juga ingin meminta maaf kepada semua pihak
merahsiakan identiti bakal suaminya itu kerana tidak mahu dianggap
menunjuk-nunjuk.
"Selama ini orang sering menghentam saya macam-macam dan kali ini
saya mahu lebih berhati-hati dan biarlah identiti tunang saya diketahui
pada hari perkahwinan nanti.
"Perjalanan hidup ini adalah takdir buat diri sendiri dan diharap saya mendapat doa yang baik-baik daripada semua," ujarnya.
Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26
Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan tiga
cahayamata.
( Masih bersisa dengan rasa kepenatan hujung minggu dengan kenduri kendera ! )
52 comments:
tahniah utk mereka berdua.
tahniah...
tahniahh..
ingatkan masih dengan aliff..hehe..
tahniah, semoga jodoh berpanjangan selamanya...amin
Tahniah la pada die kan..semoga kali nie berkekalan sampai akhir hayat...Amin.....
gud news.. smoga nasib beliau n anak2 terbela & lebih dhargai lps ni
mood: pening nk attend kenduri member2 kawen.. jg ati punye pasal.. huhu
tahniah ann
Tahniah pada Anne Ngasri..
Moga kali ni kekal hendak nyer :)
serious ai terkejutzzz opocott gituew biler tahu dia bertunang dan tgk pic tunang dia tue...alhamdulliah jodoh dia khen...
tahniah! semoga mereka akan berbahagia hingga ke akhir hayat :)
btw, saya ada tag KA utk GA ye. kalau sudi, jom la join :)
http://suriaqistina.blogspot.com/2012/11/mega-giveaway-dari-wwwyanayassincom.html
Tahniah.. Semoga bahagia menjdi miliknya..
jadi artis ni mcm2 dugaan... benda kecik pon org nak amik taw,..
smga anne lebih succes dalm khdpn rmh tgga slpas ini
jadi artis ni mcm2 dugaan... benda kecik pon org nak amik taw,..
smga anne lebih succes dalm khdpn rmh tgga slpas ini
Anne buat keputusan for her good...
wahh tahniahh..org cantek mesti cepat laku..hikhik
semoga perkahwinan kali ini berkekalan dan bahgia sepanjang hayat.
bagus la dr yg budak2 baik yg dah tua ...kan kan
semoga selamat ke jinjang pelamin dan kekal untuk selamanya....
tahniah utk dia...
cari jgk gmbr pertunangan diorg..xjumpa pulak..
salam sis KA
Tahniah dari Tirana Aduka
tahniah buat anne...smuge berjdoh & jdoh nya kali ni kekal hingga syurga..Amin
no words can says.. tahniah.. :D
Tahniah!!!... rasanya tunangannya itu lebih sesuai compare ngan si aliff aziz tu .
tahniah untuk anne.. :-)
Congratsss utk anne ;)
Assalamualaikum..
lamanya tak dgr berita ttg anne.alhamdullilah semoga anne dgn pasangan bahagia bila berumahtangga nanti :)
Tahniah untuk mereka berdua. Semoga selamat semuanya.
moga berkekalan hingga ke akhir hayat hendakNYA.. amin..
tahniah utk mereka
baguslah...lagi cepat kawin lagi bagus drp tunggu lelamer...
tahniah anne
saya ingat anne dgn alif aziz sbb tgk kat instagram ezuwan (designer tu), masa fitting baju dia pergi bersama.
saya rasa ada rahmat atas perpisahan dia dengan Aliff...mungkin tak sesuai..sebab tulah kita hanya merancang Allah jua menentukan...tahniah!
semoga kekal hingga akhir hayat.. amin =)
Tahniah buat mereka.
Biarlah duda daripada suami orgkan.. moga beroleh kebahagian yg diimpikan..
tahniah2...tu semua jodoh kan..
die nak rahsiakan tp tunang die dah letak gambar dlm fb..hehe
Tahniah buat Anne dan pasangan..
Moga hubungan berkekalan ;D
tahniah anne...memang Alah penentu segalanya :)
Tahniah, moga pilihan yang tepat dan selamat berbahagia.
Dirahsiakan plak. Tapi dah tau dah pun tunang dia siapa. Keke.
that boy too young for her lah..some more anne pun too matured.. dah ada 3 anak lagi pun..
mg jodoh mereka berkekalan...mmg nampak sesuai pilih yg matang
kita doakan yg terbaik utk mereka..
terkejut jugak ni sbb baru putus cinta dgn aliff kan..bercinta dgn org lain,tunang dgn org lain..dah jodoh..=)
tahniah..:)
dah jodoh dia kan...
larh , dye ade bercinta ngn alif kerr ?? CP tataw pown , hahaha , adei .. tp anne nih comel la ..
tahniah juga utk anne dan pasangannya
tahniah :-)
Post a Comment