Tabung Masa Depan ...

Wednesday, November 28, 2012

Tak Habis2 Aidil Zafuan & Rita Rudaini

Tak habis2 lagi ye kisah ni !
 
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak telah difailkan saman kerana gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada anak dan isterinya, pelakon Rita Rudaini.
Peguam syarie Rita (plaintif), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, surat saman telahpun dihantar ke alamat rumah ibu bapa Aidil di Seremban, Negeri Sembilan, namun tiada sebarang maklum balas yang diberikan.
“Sebenarnya kami telah memfailkan saman sejak dua bulan yang lepas tetapi pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Aidil. Justeru itu kami memohon penyampaian secara tampalan daripada pihak mahkamah.
“Ia merupakan saman gantian dimana pihak kami akan menampal notis saman di rumah Aidil di Seremban, tempat kerja Aidil iaitu di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Angkatan tentera Malaysia (ATM),” katanya.
 
( google  image)
 
Zaidi ditemui selepas kes sebutan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin. Beliau hadir seorang diri tanpa ditemani anak guamnya, Rita.
Hakim syarie, Abdl Halim Abu Samah telah menetapkan 13 Disember depan sebagai tarikh kes sebutan berkenaan dengan permohonan yang dibuat oleh pihak plaintif.
Sementara itu, Aidil, yang dihubungi mStar Online berkata, sehingga kini dia tidak mendapat sebarang surat saman daripada pihak isterinya itu.
“Walau sesibuk mana sekalipun, saya tidak akan mengabaikan hal-hal berkaitan mahkamah dan jujur saya katakan, saya atau pihak keluarga tidak mendapat sebarang surat saman daripada Rita.
“Kalau ada, sudah semestinya saya akan memberi surat balas atau membawa perkara ini merujuk kepada peguam saya,” tegasnya.
Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.-Mstar
 
Apapun, jom tengok perlawanan bola piala AFF Suzuki 2012, perlawanan mesti menang buat Malaysia yang menentang Laos malam ini !.   GO GO GO HARIMAU MALAYA


35 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

ishhhh kesiannkan.. panjang betul kes ni berlangsung tanpa kata putus..

intanfirdaus247 said...

Bila la nak settle hal depa ni kan..kita doakan yg terbaik je la ..

Cik Nurul Siezuka said...

Tak profesional langsung Aidil ni...

Knor said...

suaminya tu muda lagi KA tak matang lagi kut..

Nooriah Abdullah said...

macam2 je tak tau mana satu yg betul kan ..

aTieYusof Family said...

ermm...bila ntah kisah depa ni nak berakhir.. :(

kinara kinatara said...

macam2 dunia artis sekarang kan KA..:)

nora said...

kes rumah tangga..sama2 kita doakan yg baik2 utk mereka..

IntaNBerliaN said...

moga dapat diselesaikan dgn baik..

ieda said...

siannn rita dan anak2 ...
yg lain2 malas nak cara
huhuh

ainnoraini said...

biar la selesai cara baik...

shaiful zaidi said...

kesian Kat anak-anaku depa.

LYAfrina said...

moga cpt2 diselesaikan..kesian kat anak2

LYAfrina said...

moga cpt2 diselesaikan..kesian kat anak2

hainom OKje said...

Kalau dah bercerai...macam nilah jadinya... tak habis2 saman menyaman!

N.Aima K said...

ish3x mudah2an urusan dipermudahkan dan cepat selesai...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza minat kak rita rudaini.
aidil leeza suka dia di padang.
apa berlaku pd mrk.. haizzz. no komen.

wantie said...

sebenarnya si wartawan tu yg kaypo. ni hal rumahtangga dorang. dah tak de citer lain ke nak tulis.

org pun dah naik muak baca. prosuder biasa le tu kalau dah gaduh dalam rumahtangga. mula naik mahkamah . pas tu bla.. bla.. bla..

bila tak bagi nafkah inilah akibatnya, kena saman. pas tu nek mahkamah lagi.

wartawan yg tulis tu nak buktikan apa lagi. kalau kes orang lain pun prosudernya sama gak.

MulutPayau said...

bila agaknya kisah dia orang ni akan brakhir....

Anonymous said...

keja main bola lagaknya artist

ummuaidan said...

tak habis2 diorang nie..senang2 berdamai balik jer lah

mama aryan said...

kesian sungguh..moga dpt diselesaikan dgn baik..sedih bila baca benda2 mcm ni

Suraya Baharun said...

tu la bila la nak selesai...

ape pun..yeah!!malaysia menang...

Myra Jay said...

Kesian dengan anak2 yang makin membesar...

syiela said...

lama betul kes depa ni

Mrs Velentine said...

selesaikan lah dengan baik..bagi nafkah apa yg patut

Atia Adina said...

kesian lah kat diaorang ni.....

Cinta Misteri said...

Hurmm, tktau mana btul mana salah. Tp seriously, kawin tanpa restu bonda psti akn hadapi kesulitan kelak. Jgn ingat waktu kita kawin tu, ibu tersenyum tnda gembira, tanyalah isi hatinya.

NoEn said...

huhu...kesian

Ikhwan Suhaimi said...

Tahniah untuk malaysia... but jgan suke sngat.. real enemy after this.

* isu ni, ntah la.. why dont aidil bagi kerja sama, dtg ke mahkamah setiap kali perbicaraan.. so takkan ada masaalh taktahu or tak diberitahu. kalau sekali tak dtang tu mungkinj la.. ada hal.. kalau dah 2-3 kali.. acaner??

Jna marcello said...

ape pun issue mereka ni..Na tetap kesian kat rita sbb Namcm dpt rasakan kesedihan dye dan kekecewaan yg dye alami

Ena's Palace said...

nthla kan...gini la jadi bila da de kes...sblm kawen cakp len..da kwen jadi len...papepun tu suma da di takdirkan...harap² hal ni dpt diselesaikn cepat..

Ira said...

Semoga Allah memberikan yg terbaik buat mereka.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

la xhabis2 lg kes dorang ni..lama betul la..apapun doakan yg terbaik utk mereka

Noraziha said...

Semoga dpt yg terbaik dlm kehidupan diorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...