Untuk makluman semua yang menggunakan laluan ini!
![]() |
| Beginilah keadaan tanah runtuh di Jalan Hulu Langat berdekatan Menara Tinjau, Ampang, Selangor. Gambar: Utusan Malaysia |
KUALA LUMPUR: Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara
berikutan tanah runtuh di kawasan berdekatan Menara Tinjau, Bukit Ampang
petang Khamis.
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaludin berkata runtuhan itu
dipercayai berpunca daripada hujan lebat beberapa hari lepas.
"Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif lain," katanya kepada Bernama malam Khamis.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyatakan
runtuhan lereng bukit seluas kira-kira 50 meter persegi itu didapati
telah menutupi jalan berkenaan, menyebabkan lalu lintas tergendala.
Dalam sistem pesanan ringkas, jurucakap jabatan itu berkata pihaknya
menerima maklumat mengenai runtuhan itu pada 6.11 petang Khamis.
Beliau berkata Jabatan Kerja Raya juga telah menutup keseluruhan
jalan dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu
lintas.
"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini," katanya. -BERNAMA
Setakat petang ini, jalan tersebut masih lagi ditutup.!

27 comments:
Tq for info
Cuaca di JB juga hujan lebat dengan kilat dan guruh. Moga tiada kejadian yg tidak diingini berlaku.
TQ for the info kak...skrg musim hujan..macam2 terjadi..hari tu vi on da way balik from KL, tersekat kejap sb banjir kilat kat area batu 3 kalu x silap...
as salam
oo ada tanah runtuh..bagus share
Semoga tiada berlaku kecelakaan dan kerosakan. Moga Allah lindungi kita semua daripada sebarang kecelakaan nan musibah
tulah ada dgr dlm radio ... huhu risau betul !
tulah ada dgr dlm radio ... huhu risau betul !
tu yg tkut ble musim ujan ni...
Musim hujan skrg ni kan...Harap2 xde le bencana Besar yg berlaku.
syukur takde sesiapa yg terlibat dlm tnh runtuh
Semoga Allah peliharaa kita, amin
hujan2 macam ni kawasan tanah ttinggi memang agak bahaya kan KA..apapun tq for d info..:)
Takut betul bila benda macam ni jadi.
good info
nasib baik tiada mangsa !!
bahaya ni. moga2 tak ada lagi kejadian seperti ni lepas ni
seramnya tgk.. teringat tanah runtuh kt bukit antarabangsa tu..
last week g CH, balik tu ikut tapah, sepanjang perjalanan tu hujan je.. risau klu tetibe ada tanah runtuh.. tawakal n zikir je dlm hati.. alhamdulillah selamat sampai KL..
tq for the info KA..
tp bahaya kan tanah runtuh ni...
takot.. Semoga Allah lindungi kita semua
uhuhuh!!!hujung tahun musim2 hjn ni slalu ada kjadian tnh runtuhkn? :) must be extra careful /....
Allahurobbi...
Alhmdulillah tiada melibatkan kehilangan nyawa..
Bahaya tanah runtuh ni...
tak boleh r nak g umah sedare belah2 sane lagi wat mase ni.. hmm..
musim hujan memang kena hati2.
nasib baik takde org yg cedera kan.
macam jalan ranau kk jugakalau hujan mesti tanah runtuh
musim hujan ni mungkin sbb tu la tanah runtuh kan..berhati2 ye semua
skang ni musim hujan2....moga kita semua dilindungi dr perkara buruk
Post a Comment