KA pasti ramai wanita2 diluar sana, terutamanya yang bercermin mata, tercari2 tips dan cara solekan terbaik dan bersesuaian. Lebih2 lagi sekarang ni, dah hujung2 tahun biasalah, berbagai majlis dan kenduri kendara yang terpaksa dihadirikan. Semestinyer, tak banyak sikit2 nak solek2 juga wajah kita tukan!. So, KA kongsikan sama2 tips dan info ini, yang KA dapat dari pembacaan di internet .
1) Perkara yang paling mudah dilakukan ialah dengan
memberi tumpuan kepada solekan pada bibir. Pilih lipstik berwarna
terang, seperti merah, oren atau fuchsia. Rona-rona terang seperti ini
juga amat sesuai dikenakan oleh mereka yang berkulit sawo matang. Lihat
saja Rihanna yang berani tampil dengan lipstik rona fuchsia. Warna itu
sesuai sekali dengan kulitnya yang keperang-perangan, bukan?
2)
Apabila mengenakan lipstik berwarna terang, solekan mata biarlah
tipis-tipis sahaja. Caranya, ialah dengan menggunakan warna muda
misalnya menyapukan pembayang mata berkilau warna kulit di seluruh
kelopak mata dan menggabungkannya dengan pembayang mata coklat muda.
Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakanlah penggaris mata berwarna hitam
di bahagian atas bulu mata dan juga bahagian garis bawah mata.
Hasilnya, mata akan terbentuk dengan cantik dan tetap terserlah walaupun
memakai cermin mata.
3)
Perkara lain yang perlu diingat apabila memakai cermin mata ialah,
memastikan yang kening atau alis tersusun rapi. Sekiranya tidak pandai
membentuk kening sendiri, pergilah ke salun kecantikan dan mintalah
bantuan profesional untuk merapikan kening agar sesuai dengan bentuk
wajah.
4) Gunakanlah pensil kening atau perona kening yang
berbentuk serbuk bagi menyempurnakan warna bulu kening. Elakkan
daripada mewarnakan kening dengan terang atau menggunakan satu gerakan
sahaja kerana hasilnya akan kelihatan kaku. Seelok-eloknya, warnakan
sedikit-sedikit seperti membuat 'shading' pada lukisan dan warnakan
mengikut arah tumbuhnya bulu kening.
Moga boleh dijadikan panduan untuk semua ye !
Kredit Info Sini
(N3 AUTO PUBLISH)
34 comments:
yak pernah bersolek hehe...yg ada cuma compact powder dan lip gloss...
Tq share.. ira pakai cermin mata jgk. tp ira x make up. x reti. Hehe.. Kalau ada tips bertudung utk org2 berkata mata ok jgk KA.
sya tak pakai cermin mata
Assalamualaikum KA,
Tip yang sangat baik nih...terima kasih ya KA kongsi...
Tak bersolek pon ☺☺. Natural beauty...ahaks...
Assalamualaikum KA, wahh ada tips. bestnya. bolehlah sheila tampil berani bermake up walaupun pakai spek. hihii. thanks for the tips :)
saya pulak suka perempuan yang pakai lip gloss.. sesuai digayakan dengan spek..hehehe
Saya specky..
Tapi takde solek menda..tepek compact powder & lipstick color lembut je.
KA bg nice info..Ka buat info kepada org yg tataw bersolek..tp nk nampak cantikk ade x? sbb Na teringin Nak nampak cantikk gituu huhuh
ohh yeah berguna ni.
Saya x pakai cemin mata walaupun saya termasuk geng rabun2 manjew gitu….hehehhe
biasa pakai eyeliner, powder je...
Hehe sy kkdg je pkai spek. org ngegade cm sy mmg cmtu. thnk 4 the info kak..
tak suka bersolek juga sekadar berbedak dan lipstik tu aje....
suke tgk wanita bercermin mata , tapi kalau saya adalah sangat ta comel , macam nenek tua :(
Kadang2 je pakai spek...tq 4 sharing
Nurul x suka bersolek.. hanya pakai bedak & lipstick jer.. :)
Salam perkenalan :)
Jom join Give Away dot my. 10 domain bakal di hadiahkan percuma. Easy n simple saje
http://www.khairul-zamri.com/2012/11/give-away-dot-my.html
Terima kasih atas perkongsian entri kali nie. Sangat-sangat berguna dan membantu bagi Mieya.
x pernah bersolek pun...
Alahai.. bab2 bersolek ni memang tak pandai.
Pakai spek bila drive aje..so tips ni berguna masa driving kan KA..he..he anyway kita suka make up Nampak fresh especially lipstik...
bagus2.. tapi hana xmakeup.
terima kasih kak KA, saya sepatutnya kena pakai spek mata tp bila pakai nampak lain sgt2 jadi xjadilah pakai.. tips yg sgt berguna.. cuma saya xreti nak bersolek dah skg ni :)
x pandai nak bersolek..
dan akak x pakai cermin mata :)
x pandai nak bersolek..
dan akak x pakai cermin mata :)
kening mee xtratur . Huk
its me!hahaha..skrg tgh blja bntuk kening..wlupun tak slalu make up :p
ha.. bagus ni. saya kan berkaca mata.
saya tak pandai nak make up. tepek2 bedak dengan krim je. pastu pakai lipstik/lip gloss je. hihi
saya tak bermekap la..tp bagus juga tips ni,mana tau tetiba rasa nak bermekap nanti..
KA akak berkaca mata ...tp akak bukan jenis bersolek wajah..setakat sapu2 bedak cukup..heheeeee...
saya tk reti nak bersolek bagai ni KA.
Wani xpkai kaca mata
Post a Comment