Tabung Masa Depan ...

Friday, December 07, 2012

Berkongsi Kisah Bilal

Anak2 KA masa kecik2 dulu, selalu duk tanya kenapa orang yang melaungkan azan tu, dipanggil Pak Bilal ?.  So, ni KA nak kongsi & story sikit alkisahnya !  ............ 
( gambar hiasan pinjam google image )

Bilal Yang Teguh Iman

Bilal bin Rabbah r.a ialah seorang hamba abdi berkulit hitam. Dia adalah di antara 7 orang yang pertama yang memeluk Islam meskipun diancam oleh orang kafir Quraisy yang tidak suka dengan kedatangan agama baru ini. Apabila tuannya mengetahui pengislaman Bilal, dia telah disiksa dengan di pakaikan baju besi dan kemudian dijemur di padang pasir yang sangat panas. Ketika ditanya tentang pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan ‘Ahad! Ahad!’ yang bermaksud Allah Yang Esa, Yang Esa.  
Bilal kemudian diseret hingga ke lereng-lereng gunung tetapi dia tetap mengucapkan ‘Ahad! Ahad!’. Imannya kelihatan tidak bergoncang sedikitpun. Apabila melihat tiada perubahan pada diri Bilal, siksaannya kemudian ditambah dan menjadi lebih berat. Sebiji batu besar diletakkan di atas badannya lalu di jemur di tengah padang pasir dibawah panas terik matahari. Namun, tiada perkataan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali ‘Ahad! Ahad!’. Dia ternyata rela mati daripada menukar pegangan agamanya sekarang.  
Apabila Abu Bakar as Siddiq diberitahu tentang seksaan tersebut, dia terus berjumpa Umaiyah yang sedang menyeksa Bilal lalu meminta Bilal dibebaskan. Sebagai pengganti, Abu Bakar menyerahkan seorang hamba berkulit hitam yang lebih kuat sebagai tebusan. Sebaik saja ditebus, Abu Bakar terus memerdekakan Bilal dan membebaskannya dari perhambaan.  
Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.  
Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.  
Sumber Dari Sini  & Dan Sini
 (N3 AUTO PUBLISH) 

38 comments:

Anum said...

salam jumaat

:: Mrs.Eady :: said...

:)

Nizam.Ariff said...

nice sharing...

Jna marcello said...

nice sharing KA :)

Bui Junaidi said...

RUPA2NYA..TQ FOR SHARING CERITA YG BEST NI

Ikhwan Suhaimi said...

teringat zaman sekolah agama rakyat dulu .

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, sheila pernah baca kisah ni. subhanallah, kagum dengan iltizam yang ada dalam dirinya. sampai sekarang nama beliau diabdikan. Allahuakhbar!

Ira said...

Tq sudi share cerita Bilal.
Hebat ujian buat mereka yg menegakkan Islam. Namun iman mereka sgt kuat. Nanti citer pasal sahabat nabi yg lain ye KA..

kay_are said...

owh.. macam tu ke sejarahnye.. baru r tau nape juruazan tu dipanggil bilal.. thanks sudi kongsi info ni =)

QueeN TerataI said...

entri yg sgt bagus.. tak ramai antara kita sbnrnya yg tahu tentang sejarah dan tokoh2 islam ni kan..

baby comel said...

Hebatkan beliau ni.. Gagah di medan perang

ummuaidan said...

bagus perkongsian begini KA wpun kita dah biasa dengar ceritanya,,

boni kacak said...

betapa teguhnya pegangan Bilal bin Rabah ni... Hanya Allah sahaja di dalam hatinya...

Raudzah Zahari said...

Alhamdulillah KA sebagai peringatan untuk kita semua...

Haryati Faizal said...

tq 4 sharing....

Kasih Salina said...

anak2 memang suka bertanya itu dan ini kan..

Mrs Velentine said...

salam jumaat tq share..

mama aryan said...

salam jumaat KA..
cerita yg bagus utk anak2 ni

wantie said...

begitu kuat imannya kan..

lepas ni mesti Amirul lak yang dok tanya ttg ni.

ayut said...

Bilal bin rabah...teringt dulu blaja...dia hitam..tp Allah angkat darjat dia jd bilal yg pertama... :)

anaa said...

walaupun rupanya tak lawa, kulitnya hitam, namun hatinya sungguh bersihh....

Knor said...

tukang azan tu namanya Bilal..SEDAP SUARANYA..ADA BACA KISAH BILAL NI
TERINGAT BETAPA SEDIHNYA DIA KE TIKA RASULLULAH WAFAT..

TQ KONGSI.

shasha yacob said...

nice info KA. :)

salam jumaat

C'Jai said...

Kisah Bilal bin Rabah cukup menyentuh jiwa..terutama selepas kewafatan nabi...sehingga beliau tdk mampu untuk melaungkan azan....

Novel Sejarah Islam Terbitan PTS Tulisan Abdul Latip Talip....baca lah..In shaa Allah meninggalkan kesan di hati..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

nice sharing... like..

QasehnyaRania said...

hebatnya :D
mornink

Che Rosliza Che mat said...

salam jumaat...

Si Matatajam said...

Nice sharing...ada gak terbaca dulu..

ieda said...

nice sharing KA ..
saya pernah baca dah artikel nie ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

beliau ni gagah dimedan perang..hebat sangat....

eita said...

ada baca novel bilal bin rabah....memang sedih kisah dia

deq's qienz said...

nice sharing kak :)

m.u.l.a.n said...

tqs for sharing...

LydSunshine said...

Kalau nak bandingkan iman Bilal dgn kita, huhuhu.. kerdilnya rasa. Dia dah diseksa dengan ujian yang berat, tapi maish teguh. Harap2 kita pun akan seteguh iman Bilal jika diuji.

P.A. said...

tenkiu for sharing ye KA...sgt2 berguna cerita nie...:)

maya amir said...

ingat sgt cite bilal bin rabah ni dari zaman sekolah rendah dok baca pasal ni..:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

singgah rabu kak

hainom OKje said...

Sebab tulah Derapan jalan kaki bilal pun dah berada diSYurga ketika Nabi kita diisrak mikrajkan!...Allahu Akbar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...