Tabung Masa Depan ...

Friday, December 21, 2012

Betul Ke Siti Fazurina Kahwin Lari

KA minta2 berita ini cuma khabar2 angin sajelah ye. Biasalah dunia retis2 ni! Tapi kalau benar, kita doakan  sudahlah ! Mungkin sudah tertulis jodoh beliau. Apapun restu ibu bapa sangat pentingkan. Mungkin hanya dia dan keluarga saja yang tau sebab, punca dan kebenaran cerita. 
 
Siti Fazurina
PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.
"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.
 "Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.
Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

"Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu. "Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu."Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.

36 comments:

Mrs Velentine said...

no komen

Norain Ujang said...

ERRRR.... NO KOMEN

Anum said...

la

Sheila Salim said...

Assalamualaikum, no komen juga. hihi

Rinna said...

Hmm..Moga dia terbuka pintu hati utk berjumpa dgan ibunya utk mendapat restu..

yan's cottage said...

salam KA....
hanya Allah yang tahu....kalau betul moga dia berbahagia...

Rai Ourkizuna said...

alahai..kenapa jadi macam tu.. kisah aib keluarga mcm ni tak payah la nak cerita ngan orang suratkhabar.. buat malu je.. telefon ada call je la anak tu..takpun pegi cari sendiri.. malaysia bukan besar sangat pun..

Ira said...

hrmm... mcm2 cerita. hrp2 x benar la ye..

AnneRaini said...

aiyakkk.. no komenlah..mgkn ada rahsia disebaliknya.

Chekgu Azrine said...

huhu..semoga berbahgia..

atty's said...

macam-macam hal..

Dayana Bahar said...

mungkin ada sebabnya yang kita tak tahu.. elok dapat perjelasan sebnr dripada fazurina sendiri hehe

beta kupu said...

aah mgkin ni hnylah kabar angin

mama aryan said...

taktau nak ckp apa

Kakzakie said...

Harap ada penjernihan dan pencerahan sesama mereka seluruh keluarga.

hajar said...

isk no komen gak lah...

deq's qienz said...

ntah la..salam jumaat KA

ayut said...

klu tiada angin masakan pokok bergoyang...jgnla belakangkn keluarga...payah nnt...

shar90 said...

anita bikin panas... hee
jodoh tetap jodoh tp restu ibubapa pon penting ^^

AZRUL AZMI said...

no komen jugak la...

Knor said...

assalamualaikum KA.

tak baikkan mcm tu..apa2 pun kenalah minta restu..mungkin ada sbbnya kut..

cantik bertudung..tapi awat tongek tu..

wantie said...

rasanya tak kot KA. dorang kawin ok je. sebab dia ni sedara ngan jiran T. semalam dorang ckp pergi kenduri dia. cam no leh jadi kawin lari pulak ni..

dia buat photoshoot sambil berlari kot. hahaha.. nanti T dapatkan kepastian. ecewah.. mcm wartawan la pulak.

maszmadi said...

erm, moga dia ingat kat mak n keluarga dia, jgnlah lari2 gitu, x baik kan...

abah khalisha said...

Kita tunggu aje nanti

kak nora said...

macam2 cerita artis2 kita ni..

aizu's life said...

kawen lari?? ish3..
pe la yg diorg ni suke sgt kawen2 lari ni.. ce kawen lek lok.. majlis kite diraikan lagi, dgn penuh gilang-gemilang.. restu org tua pn kite dpt..
anyway, smoga berbahgia :)

♡ Risha Lieza ♡ said...

harap-2 ni cuma khabar angin je..ermmm..ish3.

Ema Blog said...

harap=harap tak betul

boni kacak said...

harapnya tak betullah cerita ni..

nik ros said...

hanya Allah dan ahli keluarga mereka yg tahu :)
hope boleh selesaikan dgn cara elok.

Kasih Salina said...

itulah kak..sukar tuk percaya jga..

shasha yacob said...

xkenal hihih

hainom OKje said...

Mcm tak sangka pulak dia sanggup buat cam tu...

9n0L4 said...

kalau pasai artis, no komen. huhu.

9n0L4 said...

kalau pasai artis, no komen. huhu.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hurmmmm...mcm2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...