Tabung Masa Depan ...

Saturday, December 01, 2012

Betulkah Cara Kita Makan Mi Segera ?

Happy weekend semua!.  Mi segera apapun jenamanya, KA rasa ramai yang suka makankan.  Satu sebab mudah, ringkas dan cepat untuk disediakan.  Tapi KA nak kongsikan yang ini untuk makluman kita semua !

 ( pinjam google )
Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk dimakan. Ia mudah dan praktikal.  Namun harus diingat akan bahayanya. Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya kepada tubuh. 
Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak. 

Mi segera mengandungi beberapa ramuan berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan. 
"Bagi memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera," ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan agar jangan terlalu kerap makan mi segera. 

Sementara itu pakar pemakanan dari Universiti Hasanuddin, Andi Imam Arundhana menjelaskan bahawa mengikut prinsip diet seimbang, apa yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mempunyai nilai pemakanan.  "Bukan hanya karbohidrat, makanan juga harus mengandungi lemak, protein dan vitamin.  Tidak cukup dengan kenyang saja," katanya.

 Jelas Andi, hidangan sarapan perlulah mengandungi lebih kurang 15-25 peratus daripada keperluan zat makanan.  Manakala mi segera hanya memenuhi kira-kira 16 peratus daripada keperluan karbohidrat dan lemak (seseorang lelaki memerlukan 2,000 kcal). 
Menurut Andi lagi, bahan pengawet dalam mi segera memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar.  "Melalui sistem perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan," ujarnya. 

Maka jika terpaksa makan mi segera, pastikan kekerapan memakannya adalah sekurang-kurangnya empat hingga lima hari sekali. “Contohnya, jika hari ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah kita bole makan mi segera lagi," jelasnya.
Dalam pada itu Andi dan Afrinia bersependapat tentang cara betul memasak mi segera serta keperluan menambah bahan makanan lain ke dalam mi segera, demi kesihatan. Kedua-duanya mengesyorkan agar apabila memasak mi segera, air rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang bahan pengawetnya. 
"Setelah bahan pengawetnya disingkirkan, barulah mi segera dimasukkan ke dalam air mendidih yang baru," jelas Andi. 

Satu lagi cara ialah dengan tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera. "Kita boleh mengolah perencahnya sendiri seperti ketika memasak," kata Andi.  Jika tidak pun, kurangkanlah penggunaan perencah mi segera. Ini juga bagi mengurangkan kadar bahan pengawet yang masuk ke tubuh kita.
"Apabila rasanya sudah cukup, sisa perencah itu boleh dibuang saja. Jika ingin lebih masin, adalah lebih baik diganti dengan garam," katanya.  Tambah beliau, cara-cara itu tadi boleh dilakukan sekiranya kita memang tidak dapat mengelak daripada makan mi segera.
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah ketika membeli mi segera.  Jelas Afrinia, selain tarikh luput, kandungan dan logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak.  Jika bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas mencemari mi segera itu.

So, KA rasa lepas baca N3 ni tepuk dada, jawab sendirilah bunyi apa ye !

14 comments:

Dayana Bahar said...

suka makan mi segera huhu nak nak kaalu kelaparan di tengah malam

Acik Erna said...

Assalam KA..acik memang jarang sangat makan mee segera ni..tahun 2011 dan 2012 sekali pun tak mkaan..nanti nak beli jugak la..cuma kalau makan acik suka yang dalam cawan..

nora said...

kat umah mmg sllu ada stok mi segera...utk ank2..kdg diorg suka bw kwn mengejut..tp bunda sendiri tak blh mkn sgt mi segera ni...skit perut..

ieda said...

TQ sharing kak
sbb tuu budak2 yg cerdik x leh makan maggie .. banyak kesannya ..
tapi kak saya still konpius smpai skrg sbb

2 adik sepupu saya jadi DR dgn makan maggie nie di asrama setiap mlm kak

sbb mlas nak kuar beli makanan ..
tapi mereka berdua amalkan kismis juga ...

ha logik tak ??

depends atas penerimaan body kita dok kak huhuhu

baby lydia said...

ooo..bru lh thu KA..but dya pn lama x mkn magie..hihihih

shaiful zaidi said...

makan minggu segera sekali-sekala jer...

mummY daniSha said...

dulu masa asrama ,benda haram ni hehe

mummY daniSha said...

dulu masa asrama ,benda haram ni hehe

intanfirdaus247 said...

kalau intan tambah sayur sawi dengan tlor ja..kadang2 ada cili..huhu

Haryati Faizal said...

tq 4 sharing KA!

MarliaMarble said...

Tapi kalau dah nama student u macam mar ni..kalau tak makan maggi memang tak sah..! hehe..tapi sekarang dah kurang makan maggi..Maybe sebab makin lama perencah dia makin masin pulak rasanya.makin kuat flavor dalam tu.

syiela said...

kalau makan.. makan curi2 tk nk anak tengok... tak kasi dorang makan :)

mama aryan said...

klu saya nak makan pun..tggu anak2 tido..sbb xnk bg diorg makan sama

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani pn sama dgn kak syiela n mama aryan kena mkn sorok2 dr qalief haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...