Tabung Masa Depan ...

Wednesday, December 19, 2012

Bila Ikan Pun Boleh Berjalan

Menarik sangat2 bila KA baca cerita dari Akhbar Kosmo hari ini.

 
HANOI - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.
Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu.
Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China.
Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam.
Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti seekor ular.
Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara Vietnam.
Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand. - Agensi

(P/S: KENAPALAH  TAK TEPEK GAMBAR IKAN TENGAH BERJALAN TU HE HE HE !)

22 comments:

Kazman / Sue said...

macam ikan pelaga je yee....

Sheila Salim said...

Assalamualaikum..
ikan berjalan? unik namanya hehehehe

Knor said...

oo ye ke baru tahu aje ni..

kagum dgn ciptaan Allah

suka suka said...

Salam..ikan dua alam ke ni?

*SiRibenMerah said...

igtkan dpt tgk gambar ikan berjalan.. hehehehehe~

ieda said...

aduhaii takut lak saya baca nie
adakah dunia dah di penghujungnyaaa

yana aina said...

yana prnh tgk ikn yg mata bsr tue jerk kat sg2 mlysia nie .. heheh

ArELeEz said...

aah. klu ade gambar, br buleh jdkn bukti. he3..

shaiful zaidi said...

Salam..Jemput ke Kota..

Mrs Velentine said...

xda gambar ikan tue ker??

izan mama mia said...

ish ikan apa nih..pelik kan

ALoNa CintamaniszLite said...

Ada ke KA gambar ikan tu berjalan??...kalo ada nanti..KA amek tempek kat sini pulak, ye..hehe..
Ikan apa yg leh berjalan tu? ikan tembakul??

Kasih Salina said...

ishhh..biar betol ni..

Si Matatajam said...

Semuanya terjadi ngan Kuasa Allah...

nuyui a.k.a miss YUI said...

haah, mcm ikan pelaga skali tgk.

mama aryan said...

nak tgk ikan berjalan...

Fiza Rahman said...

Indah sungguh ciptaanNYA kan.

9n0L4 said...

masha Allah. kuasa Allah melangkaui sume.

ayut said...

Biar btul WWF ni...berjalan gan menyanyi bagai..

Ira said...

Tiada yg mustahil didunia ini. Ini menunjukkan kekuasaan & kebesaran Allah pd makhluk dimuka bumi.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semua tu kuasa Allah S.W.T yg menjadikannya

C'Jai said...

Kekuasaan Allah dalam penciptaanNya..kekadang tak terjangkau oleh akal dan fikiran kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...