Perististiwa macam ni lah, yang menambahkan ketakutan & kegusaran KA untuk melalui Terowong SMART. Walaupun Terowong SMART kita itu tidaklah sepanjang mana pun. Dan KA pun ada terlibat juga dalam projek SMART ini sebenarnya!
KOSHU 2 Dis. - Sebuah terowong lebuh raya
sepanjang lima kilometer di Jepun runtuh, hari ini menyebabkan
sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan tujuh orang lagi dilaporkan
terperangkap.
Kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi ini di terowong Sasago di
Lebuhraya Chuo, Yamanash, kira-kira 80 kilometer ke barat Tokyo itu,
turut menyebabkan sejumlah kereta rosak dan mencetuskan kebakaran.
Saksi berkata, asap tebal kelihatan akibat sebuah kereta terbakar ekoran runtuhan terowong berkenaan.
Pasukan penyelamat Jepun turut menemui beberapa cebisan mayat.
Operasi mencari dan menyelamat kemudian terpaksa ditangguhkan selama
beberapa jam selepas pasukan jurutera memberi amaran lebih banyak
runtuhan dijangka berlaku.
Pasukan kecemasan yang dikejarkan ke tempat kejadian turut mengalami
kesukaran akibat asap tebal yang menghalang laluan masuk ke terowong
itu.
Berpuluh-puluh pengguna lebuh raya itu meninggalkan kenderaan
masing-masing dan berlari keluar melalui satu daripada laluan kecemasan
sebelum berkumpul beramai-ramai.
Krew kecemasan yang dilengkapi alat bantuan pernafasan turut
mendapati panel konkrit sepanjang 70 meter telah jatuh menghempap
sekurang-kurangnya dua buah kereta.
Beberapa jam selepas kejadian itu, pasukan jurutera memberi amaran
tentang keadaan struktur terowong yang mungkin tidak stabil, menyebabkan
operasi menyelamat ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pasukan
pakar membuat pemeriksaan risiko runtuhan susulan.
Operasi mencari dan menyelamat disambung semula selepas pemeriksaan dibuat.
Seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran berkata,
sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan hilang setakat ini dan jumlah
sebenar mangsa kejadian masih belum dapat disahkan.
Katanya, tiga mangsa yang cedera termasuk seorang wanita berusia 28 tahun, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut wanita itu, dia menaiki sebuah van yang disewa bersama lima penumpang lain ketika kejadian itu berlaku.
"Saya tidak tahu apakah nasib penumpang lain. Saya juga tidak tahu
sama ada banyak kenderaan yang berada di hadapan dan di belakang van
yang saya naiki," katanya.
( Maaf sangat2 KA terlalu busy towards end of the year, menyiapkan tugasan sebelum boleh bercuti , harap2 mengerti ye ! )

28 comments:
Assalamualaikum KA, sheila pun dah baca berita ni. ramai juga yang dah mati kan. kesiannya
ngerinya
err...smart tak kukuh ke???
takutnya
ngerinyer ...
ngerinyer ...
hmm dunia dah smpai penghujung banyak bencana alam berlaku
bahaya dalam terowongf pulak too .
huishhh takut la pulak kak
Uish ngeri dan menakutkan..
wak pon seram nk lalu terowong kalo ingat2 nii.. uuuHUu
Seram juga lalu dalam terowong...
teringat bulan lepas hari2 lalu terowong
harap terowong SMART atau KARAK..kukuh yer kak
PM tak pernah lagi lalu terowong SMART tuh...
takutnye.. >.<
takut nk msuk tmpt gelap mcm terowong ... terfikir2 bila nk smpai hujung ^^
menakutkan..SA memang x suka lalu terowong..
takutnye!
tak penah dgr lagi terowong SMART tu penah retak ke apa...tp kalo terowong menora kat ipoh tu...mmg selalu dok dengar. Bila dorang tgk ada retak2...dorang akan baiki laa..sbb mende ni kejadian alam kan..mmg akan terjadi berulang2 dan maintainance kena ler peka.
takutnya KA..
bahaya nih, harap xbelaku disini,
ada bc dlm berita semalam..
Harapnya tak berlaku kat negara kita.. ngerinya
lemas rasenye bile bc pasal ni.. sesak!!
mak kite mmg kureng sket bab2 terowong ni.. lemas katenye, payah nk bnafas.. now kite paham nape mak camtu :)
tertengok berita ni sikit kat tv aritu..cam ngeri je..
ada baca gak pasal nih..terus teringat citer daylight pasal runtuhan terowong jugak
Allahurobbi...menakutkan..bencana alam tak mengira masa dan tempat..
Post a Comment