Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata. Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau
tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum
untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan
sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda
kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada
saudaramu adalah sedekah".[1]
Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk
senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu
masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).[2]
Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback).
Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya
menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan
pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas
dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya.
Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang
boleh ditingkatkan dengan senyuman. [3]
Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan
seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat
kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anatomi
terhadap senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang
diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman sebenar yang terhasil
daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di
bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding
senyuman palsu yang hanya melibatkan otot sekitar mulut. Senyuman
Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.[4]
Satu lagi kajian berkaitan senyuman telah dilakukan oleh
penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan terhadap 230
orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball
Register pada tahun 1950an. Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga
kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh iaitu hanya otot mulut
sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot
pipi dan sekitar mata. Kemudian para penyelidik membandingkan gambar
dengan jangka hayat pemain. Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum'
secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh'
purata hidupnya 75 tahun sedangkan mereka yang dalam kategori 'tersenyum
lebar' hidup sehingga umur 79.9 tahun secara puratanya. Tujuh tahun
lebih lama berbanding rakan-rakan mereka yang tidak senyum. Kajian yang
diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa
senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.[5]
Jadi jangan lupa untuk senyum setiap hari ye kawan2 !



36 comments:
senyumla kepada semua..senyum itu awet muda mencantikkan wajah secara semulajadi
so..kena senyum sokmo..
kalo dok sorang2 tak leh senyum kan kak...jhehehehe
Tiada apa yang percuma di dunia ini kecuali senyuman :)
betul KA..
nk nyanyi skit.. senyum seindah suria yg mbawa chaya..senyum lh dari hati dunia mu berseri..!
@__@
betul tu KA..senyum tu sedekah..sebab tu mar pun suka senyum..hehehe..=D
senyum tak perlu kata apa²..:)
bila senyum nampak sangat cantik!
kene senyum nih..
TQ kakak
senyum pengubat jiwa lara .. ;)
saat baca ni. leeza senyum byk2 kali. haaaaaaa
senyum sokmo. ^_______^
kalau senyum pun boleh memanjangkan lagi jangka hayat, apa lagi kalau kita gelak kan?hehehe
wah! comel nya senyuman kate middleton..
Blogwalking !~
Assalamualaikum,
Hi, thnks 4 sharing.. Nice info ~ i likee.. Smileeee... ;)
senyum sambil bersedekah
permaisuri paling sporting.. ^_^
senyum itu sesuatu yg tak memerlukan tenagakan KA...
setuju
kdgkala klu di CR apa jua mood ayu..
depan planggan ttp ku tersenyum
senyum itu sedekah, bukan kena bayar pun...hehhee
semua org nmpk cantik bila senyum.. :)
senyumlah..senyumlah..ahai cek mek molek..hihi sedang senyum skrg
senyum itu satu sedekah. nak senyumlah.,.
senyumlah .. senyumlah ahaiii cik mek molek...0
ramai yang cakap muke fara masam jew , tapi ta tahu la mmg muke mmg mcm nie ke ape , hahhaha
tapi fara da senyum daa emm :)
Dengan senyuman dapat menceriakan keadaan sekeliling yang memandang ;D
suka tgk baby2 senyum
betul tu, mulakan ari2 kita setiap hari ngan senyuman....
senyum supaya wajah kita nampak muda..
*senyum*
cantik Kate senyum kan?
senyum itu sedekah
senyum kan satu sedekah juga (^___^)
nk senyum jela slalu..tp mmg senyum itu blh jd ubt yg terbaik pd kita :)
senyum mmg mudah..
tp ramai yg x mudah senyum..
berkerut je muka. cmne la x cpt tua?? ekekekek
Saya memang suka senyum... :D
senyum itu sedakah..
Post a Comment