Sebak membaca kisah ini. Betapa mulianyer Baginda Rasulullah SAW !
Suatu ketika di Hari Raya, Sewaktu Rasulullah hendak pergi ke masjid,
Baginda mendapati seorang anak yang masih kecil sedang menangis di
sebuah sudut jalan. Rasulullah yang sangat berhati lembut dan penyayang
kemudian mendatangi anak kecil tersebut, lalu bertanya kepadanya :
"Wahai anak, hari ini semua orang sedang bergembira dengan datangnya
Hari Raya Idul Fitri, tetapi kamu terlihat menangis seorang diri disini,
apa yang terjadi?"
Anak kecil itu menjawab: Aku sedih, teman-temanku semua bergembira dengan ibu dan ayah mereka, mereka memakai baju baru dan perhiasan baru, sedangkan orang tuaku telah bercerai, ibuku menikah dengan orang lain, ayah tiriku tidak peduli denganku. Dan aku tidak mungkin dapat membeli baju baru.
Rasulullah kemudian tersenyum haru, lantas memeluk anak kecil tersebut dengan penuh kasih, bagaikan anak Baginda sendiri. Setelah itu Rasulullah berkata padanya : Wahai anak kecil yang dikasihi Allah, maukah jika engkau menjadi anakku, aku menjadi ayahmu, dan Aisyah menjadi ibumu?.
Dengan terharu dan senyum yang tidak dapat terlukisakan, anak itu kemudian memeluk Rasulullah dengan erat, air matanya mengalir karena merasakan kebaikan dan kasih sayang Rasulullah kepada dirinya.
Rasulullah kemudian menggendong anak kecil itu dan membawa ke rumah, kemudian menyerahkannya kepada Sayidatina Aisyah untuk dimandikan. Maka beberapa saat kemudian, si anak kecil yang sebelumnya dekil, kotor, bau dan berantakan itu berubah menjadi bagaikan bidadari kecil yang harum dan cantik.
Begitulah kasih sayang Baginda Rasulullah SAW, sanggup mengasihi dan menghibur orang lain demi kebahagiannya. Baginda sangat sayang terutama kepada anak-anak yang masih belum ada dosa. Marilah kita berusaha meneladani akhlak Rasulullah yang sungguh agung, yaitu salah satunya dengan berkasih sayang sesama manusia.
( N3 AUTO PUBLISH )

30 comments:
selamat pagi
singgah kejap :)
akhlak dan tingkah laku rasulullah mmg kita kena contohi kan..itu lah idola terbaik..bukan retis retis..
sayu ati membaca nyer...
selamat pagi...
Assalamualaikum KA, allahuakbar! sesungguh Rasullullah SAW orang yang terpuji budi pekertinya.. suka baca kisah nabi :)
thanks for sharing!
mulianya Baginda..sebak juga membaca entry ini
Ya Allah... cintanya rasa pada Rasulullah.
cian bdk kck tu.. tp beruntung sgt sbb dpt jumpe Rasulullah, dipeluk lg..
sifat mulia Rasulullah tiada mana² tandingan..Rasul pilihan :)
Betul tu melihat anak2 dapat menghiburkan hati
betapa tingginya nilai kasih sayang baginda..
kasih syg.. zaman skrg ni ramai manusia yg lupa tentang kasih syg ni.. lebih2 lg kasih syg sesama kita ummat Islam...
Mulia sunguh sifat Nabi kita kan.. Tp kenapalah msh ada org yg sanggup menganiaya ank2 kecil yg xberdosa ini...sedih betul...
Salam KA... Sbagai umat Islam, kita sangat2 bersyukur kerana menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.
salam petang khamis jenguk KA
Nice entry, tq share cerita ni. InsyaAllah, semoga menjadi teladan utk kita semua.
Thanks for sharing kak.
Rasulullah memang seorang yang sangat penyanyang.... begitu juga kasihnya beliau kepada kita dan umatnya yang lain..
kasihnya Rasulullah walau hanya dgn anak kecil.. Contoh terbaik sepanjang zaman
terharu membacanya..
Ohhh... So sad... How beautiful the story was....
Sifat Rasullah yang penyanyng patut diikuti..
nak mencontohi baginda yg org kdg2 tak dapat buat kan
Kalau kita tak tentu lagi buat cam tu ek!
sungguh mulia sifat baginda
salam jumaat..singgah baca kat sini..
kisah yg cukup mengharukan..
Rasulullah mmg tiada tandingannya
rasulullah s.a.w...kekasih Allah..
nabi junjungan kita..
Sungguh terpuji sifat baginda..contoh seluruh alam..
smga menjadi teladan bersama...
moga menjadi teladan utk kita semua
Post a Comment