Tabung Masa Depan ...

Monday, December 24, 2012

Kisah Teladan - Unta Menjadi Hakim

Salam Pagi Isnin semua.  KA pinjam dan mohon sharekan di sini. Moga2 ianyer bermanafaat untuk kita semua ! 

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebinggungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menadah tangannya ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.



( N3 AUTO PUBLISH )

20 comments:

Anum said...

great

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing kak.

hainom OKje said...

Tak susah pun berselawat sebenarnya... cuma kadang tu kita terlekakan!!!

Rai Ourkizuna said...

beruntung mereka yang hidup pada zaman rasulullah kan..di zaman kegemilangan islam..zaman sekarang ni banyak saksi yang tipu dan dusta.. kalau saksi pun menipu mcm mana nak adil.. semoga kebenaran akan terserlah jua..

Kakzakie said...

Moralnya meh kita amalkan utk berselawat..

Ratu Hatiku said...

Cerita yg bagus. Tq sharing KA..
Senang je kita nak dptkan pahala kan..selawat ke ats Nabi Muhammad SAW :D

Rasp said...

Thx for sharing this story...
a good reminder for me supaya jgn terleka...
satu amalan yang sangat2 senang untuk dilakukan....

mselim3 said...

Pehhh...insaf baca cerita nie...besar kan fadhilat jika banyak berselawat ke atas rasullulah. Moga kita masuk dalam golongan hamba2nya yang dirahmati. amin.

mselim3

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice sharing kak

P.A. said...

benar2 memberi pengajaran...sesungguhnya kita sbg Muslim hendaklah sentiasa bersalawat ke atas Nabi Muhammad S.a.w....dan keberkatannya pasti kita sendiri akan perolehi..Insyaallah :)

4feet8 said...

kepentingan mmbaca selawat..nak jadikan amalan sebelum tido. TQ KA gtau ni..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

mekasih kongsi kisah tauladan ni :)

ummuaidan said...

Thanks KA share nie..marilah kuta byk2 berselawat...

Riedaffya ibrahim said...

gun info...

Suraya Baharun said...

bagus info ni..

Dylla Abas said...

alaaa...sy selalu selawat ke atas Nabi S.A.W sebelum tidur tu 7x kali je..lepas ni kena buat lebih la..besarnya hikmah b'selawat ni kan :)

Kasih Salina said...

selalu lah amalkan zikir2 dan selawat..

Mrs Velentine said...

nice entry kak

mama aryan said...

kisah yg menarik ni..moga tak lupa utk berselawat

sHaRiNa eLyaNa said...

gud info akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...