Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 24, 2012

KISAH SERAM Pokok Besar Misteri Di Asrama

Cerita ni berlaku lebih kurang 9-10 tahun yang lepas.  Tapi saya masih ingat sehingga ke hari ini.  Suatu malam, emak menyuruh saya menjemput adik  yang masih belajar di asrama yang terletak di Kuala Lumpur.  Sebabnya beliau sudah beberapa hari demam panas.  Waktu kami sampai ke asrama hari sudah hampir tengah malam.  Sewaktu menanti beliau bersiap, saya secara tiba2 ingin ke tandas.  Salah seorang teman beliau menunjukkan arah tandas kepada saya yang mana ianya terletak betul-betul dihujung asrama.

(gambar pokok kat dusun saya ni, takde kena mengena dgn cerita ye!)
Saya terus berlari ke arah yang ditunjukkan dan agak terkejut apabila saya terlihat ada seorang perempuan berambut lurus dan panjang, berbaju seakan putih berdiri di sebelah tingkap berhadapan tandas.  Tetapi wajahnya memandang ke arah luar mengadap satu pokok besar.  Tiba2 saya terlepas cakap.  "Apa yang dibuatnya kat sini, tengok apa pulak kat luar malam2 ni!".  Lepas  itu saya terus masuk ke tandas.  Sekejap saja.  Bila keluar saya lihat kembali samada perempuan itu masih di situ tapi tiada siapa2 di luar.  Terus saja saya ke bilik adik saya dan membawa beliau turun ke kereta.  Perjalanan balik macam biasa, cuma badan saya mula rasa tidak sedap.
Esok pagi, bila bangun dari tidur tiba2 saya rasa tangan kanan saya tidak dapat digerakkan.  Dan kalau cuba digerakkan terasa amat2 sakit. Sehinggakan saya tidak dapat membuka baju sendiri dan terpaksa meminta bantuan dari suami.  Oleh sebab tak tahan saya terus ke klinik untuk membuat pemeriksaan.  Kata doktor saya tak sakit apa2 cuma beliau juga pelik kerana saya tidak dapat menggerakkan tangan seperti orang yang terkena "Stroke" dan bila digerakkan saya akan menjerit kesakitan.  Beliau telah memberikan surat rujukan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya bercadang untuk pergi ke hospital pada esok hari. Dalam perjalanan pulang saya singgah minum di sebuah kedai makan.  Di situlah ada beberapa orang yang menasihatkan saya agar cuba berubat kampung dulu sebelum ke hospital.

Petang itu juga saya pergi berubat ke rumah seorang bidan kampung yang juga tukang urut.  Sebaik beliau mula berurut tiba2 beliau bertanya kemana saya telah pergi sebelum ini.  Saya hanya menjawab tak kemana. Kemudian baru saya ingat saya ada pergi ke Asrama di Kuala Lumpur malam tadi menjemput adik saya.  Terus dia menjawab yang saya ni ada menegur benda2 yang tak baik.  Sebab itulah terjadinya perkara tersebut.  Bila saya fikirkan mungkinkah "perempuan yang saya nampak pada malam itu?".  Nasihat Mak Bidan itu pada saya kalau ternampak apa2 yang pelik terutamanya pada waktu malam buat tak tahu saja dan tak perlu kata apa2.  Entahlah.  Selepas sehari diurut saya sudah boleh menggerakkan tangan semula dan selepas 3 hari berurut keadaan saya pulih seperti sediakala sehinggalah ke hari ini.  Saya masih tak pasti apaka punca sakit tersebut atau benar sepeti yang dikatakan Mak Bidan itu. Selepas itu, baru adik saya menceritakan bahawa sebenarnya banyak perkara2 misteri dan aneh berlaku di asrama beliau kerana terdapat satu pokok besar di belakang asrama betul2 berdekatan dengan tandas. Wallahua'lam.

Resepi Pucuk Paku Goreng Pedas ... Sedap!

Ini antara my family favourite dish.  Tambah2 pulak, my En. Hubby yang selalu sangat buat visit ke kebun tu, sempat mengutip pucuk2 paku kat situ on the way back, so apalagi masak jelah!  It's really simple and mudah.  Macam yang saya cakap,  resepi yang saya letak kat sini semuanya jenis yang senang dan mudah untuk working mother  yang busy like me..(he he he). So share with you all !

Bawang besar 1 biji (hiris atau tumbuk)
Bawang putih   3 biji (hiris atau tumbuk)
Ikan Bilis or udang kering (ikut suka)
Cili Api - 15 biji (ikut pedas)
Garam 
Sedikit perasa atau gula ( ini ikut suka) (optional)
Pucuk Paku (seikat or agak2lah) disiang.
Minyak masak
Sedikit air

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau.  Masukkan cili api dan ikan bilis or udang kering.  Masukkan pucuk paku yang telah disiang tadi.  Kacau rata.  Letak air sedikit kalau agak kering. Bila agak2 dah nak masak letakkan garam, serbuk perasa atau gula ikut suka.  Tunggu sekejap.. Dah siap. (Kalau suka boleh letak sedikit serbuk kunyit juga - optional). Masak kering atau sedikit berkuah (ikut suka you all ye!)


Simple sangat kan! Yang penting sedap... makan lak dengan ikan masin goreng. Fuuuuuh berpeluh seh!

Lawak Kanak2 Dan Facebook !

Baru-baru ini pergi rumah my sister.  Dan berborak2 dengan her bongsu daughter yang cute tu.

She :  Mak Ngah buat apa tu?
Me :  Nak update status kat Facebook.
She :  Ooooo.
Me :  Baby ade facebook?
She :  Aaaada ada...
me :   Apa name facebook baby?
She :  Upin dan Ipin
Me :   (Blur2)  Kakak ada facebook tak?
She :  Ada ada... sama ngan babylah..
Me :  Kakak punya pulak nama apa?
She : Samalah Uuuupin dan Ipppin..........
Me :  Takkanlah sama!
She :  Iye... Mak Ngah nak tengok tak.... aa ni ha



Me :   Ha Ha Ha.. ini pencil box bukan facebook
She :   Yelah..... Pencil box Upin dan Ipin
Me  :   Mak Ngah cakap Facebook bukan Pencil boxlah!
She :   Betullah tu ni ha...Pencil Box Uuuupin ngan Ipin.

  Me :    Yelah  yelah .....(Sambil gelak!).

Hazama in Mania Minggu ke 6 .. Best!

Last Saturday sempat jugak tengok konsert Mania ke-6.  Terkejut pulak bila ada dua penyingkiran dilakukan sekali gus dan lebih mengejutkan lagi dua peserta yang disingkirkan itu ialah Atilia dan Akim, yang bernaung bawah Empayar Hijau Ahmad Dhani. Walaupun Hos Mania, Aznil Hj Nawawi pada awal konsert telah mengumumkan akan ada lebih dari satu penyingkiran pada konsert Mania yang akan datang, saya dah jangkakan pun sebab baki konsert yang tinggal hanya selama 4 minggu lagi sebelum akhir. Cuma terkejut sedikit(banyak) dengan penyingkiran Akim. Akim yang menyanyikan lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih (actually not badlah) manakala Atilia pula dengan lagu Ratu Rock Ella, Layar Impian.

Bintang Mania lain yang membuat persembahan pada malam itu dan selain Akim dan Atilia adalah Hazama yang menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza, Cindai (Superb!), Adira (Destinasi Cinta/Siti Nurhaliza), Shila Amzah (Merisik Khabar/Sudirman), Ebi (Senandung Semalam/Alleycats), Kristal (Yank/Wali Band), Stacy (Goyang Inul/Inul), Jaclyn Victor (Grenade/Bruno Mars), Aril (Kembali Senyum/Izwan Pilus), Alyah (Khatimah Cinta/6ixth Sense), Hafiz (Karma/Faizal Tahir), dan Estranged (Itu Kamu/Estranged).

Persembahan minggu ini nyata lebih menghiburkan dengan pemilihan lagu yang baik dan persembahan mantap dari peserta.  Saya sebenarnya gemarkan dan sentiasa menunggu2 persembahan dari Stacy dan Jaclyn Victor.  But for this week, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah buat Hazama atas persembahan luar biasanya.  Persembahan yang lari dari kebiasaannya. Sesuatu yang unik dan terbaik setakat ini dari Hazama.  Mula2 dengar Hazama nak menyanyikan lagu Cindai ni, tertanya2 juga.  Boleh ke dia? Tapi bila dah dengar dan lihat persembahan beliau, Hazama sememangnya layak jadi juara AF9 dulu.  Dan kalau berterusan persembahan sebegini,  beliau akan menjadi antara pencabar terkuat untuk menang dalam Mania kali ini! Salute, pada keberanian Hazama menyanyikan lagu yang hebat ini dengan cara yang tersendiri tanpa terikut2 cara penyanyi asal. Mana yang tak sempat tengok, boleh lihat ini ..... Terbaiklah untuk lagu 'Cindai" versi lelaki.

                                                      (credit : youtube.com)

Tak suka ?.... Terpulanglah masing2kan............... Tapi sekarang I'm looking forward for Hazama in Konsert Mania ke 7 nanti !  All the best Hazama.

PETUA SAKIT MATA

Antara sakit yang minta2 sangat dijauhkan.  Pernah kena sampai MC satu minggu you!.  Seksa betul dan one whole family lak kena. Aduhai... Lepas tu dah serik, cepat2 tanya orang tua2 pasal petua kalau sakit mata.  Ada dua tiga petua antaranya:

1.  Titiskan ke mata air embun (ambil atas daun keladi or apa daun2 make sure bersih ye) pada awal pagi.; or
2.  Titiskan ke mata air susu ibu ( payah nak cari ni) ; or
3.  Kalau berani nak cubalah, titiskan air kencing yang pertama pada awal pagi sedikit pada mata.  (Tapi mana yang pernah cuba cakap, memang berkesanlah!)

Ataupun kalau dah malas tu dan tak berani nak mencuba, pergi jelah jumpa En. Doktor ambik ubat dan lepas tu jangan lupa pakailah spek mata macam ni. Peace !.......He He He  

 





( P/S Ada juga orang kata, kalau jumpa orang sakit mata ni, jangan cakap sakit mata tapi cepat2 cakap.... Sakit Bontot!  Ha Ha Ha... Betul ke ?? )

Monday, April 23, 2012

Dah Hantar Borang BE 2011?

Aduh... ni lah antara perkara yang paling malas nak buat.  Isi borang BE. Ini borang untuk pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan macam saya nilah. Cuba buat e-filing (e-BE) tapi asyik2 hang je.  Salah sendiri juga sebab buat last2 minute. Sampai naik feed-up dah ni.  Nak tulis secara manual ni yang leceh sesangat ni. Mesti guna pen mata bulat dakwat hitam (jangan gatal2 guna warna merah pulak). Tarikh tutup penghantaran atau mengemukakan borang dan bayaran baki cukai adalah pada 30 April, 2012.  Macam ada dengar2 dah extend tarikh.  Tak surelah!.  You all dah hantar belum.  Kang tak pasal2 kena penalti pulak.  

Eh.... Kerajaan tak nak bagi ke diskaun 50% cukai pendapatan kalau submit awal2? He He He.  Nak isi lah ni.................

You all boleh cari lebih info @ www.hasil.gov.my.  Selamat Membayar Cukai ye!


Update :
Menurut sumber, tarikh penghantaran borang dan e-filling telah dilanjutkan sehingga 15 Mei, 2012.

Resepi Dadih Mudah

Ini antara favourite my kids dan anak2 buah.  Mulanyer, my second daughter yang suka sangat ber"eksperimen" dengan masakan tu yang rajin buat dan bila dah cuba dan semua gemar dan suka, ianyer menjadi sesuatu yang wajib dibuat bila ada kelapangan. Caranya juga mudah dan sangat2 senang!

Sepeket Serbuk Dadih (anggaran dalam 360g)
Gula (lebih kurang 6 sudu makan - ikut suka manislah)
Air 3 Liter ( saya biasanyer guna air mineral)
Susu cair 1 tin (400L)
Gula perasa buah-buahan (Selalu datang dalam pek dadih or boleh beli asing dalam pek2 kecil)

Cara Buat;
Masak air dan gula. (Api mesti perlahan).  Kemudian masukkan susu cair, dan gula perasa buah2an dan kemudian serbuk dadih (mesti sentiasa kacau ye).  Sampai sebati agak2 dalam 10 minit dan boleh letakkan dalam bekas2. Ikut sukalah.  Kan senang, dah siap pun. Kalau rajin boleh hias2 sikit. Sejukkan atau boleh terus dimakan sebab rasanya memang marvelous!


Cubalah!.....

"Suprise" Birthday Party !

Mulanyer tak plan pun nak buat majlis ni.  Ingat nak buat hujung bulan jer sebab semua dah penat sebenarnya.  Then my brother suggestlah untuk buat suprise party ni for my daughter. My daughter pulak since pagi takde kat rumah cause ikut cousin dier pergi swimming class @ Putrajaya.  Balikpun petang nanti.  So we all just prepared sikit2 untuk fasa kedua Birthday Celebration. Diapun tak tau apa2.  Bila dia balik je, we all ape lagi ....Suprise!!!!!!!!!!!!!!! Terkejut gila................

(Tq to my brother for the KFC, cake and drinks, home made dadih by me, plain rice & fried vege! Yummy)
(Nyalakan lilin bila dia dah nak sampai... jeng jeng jeng)
(Seronok dan teruja. Sessi potong cake!)
( Sessi makan dah mula tapi kaum bapak2 duk sibuk melayan tv lagi ...tgk MU ke tgk news tu?)






Apapun syukurlah dah besarpun si kecil ni. Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur dan mohon dimurahkan rezeki dan terus dikurniakankan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Amin.
( Luv u ... muah muah muah)









Majlis Sambut Menantu Sabtu 21/4/2012

Macam biasa hari isnin yang letih!.  Dua sebab, satu, Sabtu lepas sibuk dengan wedding my cousin dan Ahad pulak sibuk dengan "suprised party". (Ini saya citer nantilah ye!).  So just roll balik foto2 waktu wedding ari tu.  Biasalah kenduri macam ni lah baru dapat berkumpul dengan saudara mara.  Cekidaout!  All in purple theme!.
(My anak2 buah yang cute sangat2 ikut tema)
(All for 1 purple album- with my sisters )
(With pengantin and Mrs Ali (Nana) orang kuat majlis ni)
(With my cousin (sebaya) yg dapat jumpa bila ada kenduri2 cam ni je)

(Makan time)
(Suka betul ye makcik2 ni  mengusik pengantin!)
(Ni lah jadinya kalau sesekali berjumpa!)
(Mak pengantin- Makcik Ayu yang gorgeous in purple huhuhu)
(Ni lah jadi kalau suruh budak2 tolong snap pic! asal ado je...)
 


Tunggu masa nak balik dah ni...sabar dulu ye makcik2 ...)





( My and my sisters/brothers sponsored this dadih - sampai penuh peti!)

(Tq to cik faizarys, cik huda zakaria n cik sue qistina yang bertungkus lumus menyiapkan hampir 500 pack dadih untuk majlis)
Penat, memanglah penat tapi happy sangat2 dapat berkumpul  macam ni...  Eh, lepas ni kenduri sapa lak ha!

Sunday, April 22, 2012

Sakit Aneh ? Rebah 20 kali sehari

Wanita rebah 20 kali sehari

Terbaca tentang cerita ni kat Metro Online hari tu.   Ada juga perkara2 pelik macam ni ye.  Share with you all juga. Kesian pulak!

KELLY bersama anak lelakinya, Ronnie. Gambar kanan, Kelly terlelap secara tiba-tiba ketika duduk di sofa.
KELLY bersama anak lelakinya, Ronnie.                Gambar kanan, Kelly terlelap secara tiba-tiba ketika duduk di sofa.

ASHFORD (Kent): Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu dia rebah setiap kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak lelakinya.

Kelly Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan rebah. Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah, sayang.

Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap. Dia sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. Kelly mengalami hingga 20 serangan cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu atau adik lelaki di sampingnya setiap masa seandainya dia rebah. Kelly juga mengalami keadaan berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang bermakna dia akan terlelap sepanjang hari, tanpa mengira apa yang sedang dilakukannya.

Kelly yang berasal dari Ashford, Kent berkata: “Saya tidak dapat menghitung berapa kali saya terlelap ketika makan malam. Malah, saya tidak boleh berkunjung ke restoran dengan teman lelaki kerana bimbang saya akan tersengguk di meja makan. Ia pasti memalukan.

“Pernah sekali, saya mendapat serangan cataplexy di pasar raya dan kemudian beberapa kali lagi. Saya mungkin mendapat serangan 20 kali dan saya rasa mungkin orang ramai memikirkan saya mengambil dadah atau mabuk. Setiap kali saya berdiri, saya rebah lagi.

“Ketika saya mendapat serangan saya boleh melihat dan mendengar tetapi saya tidak dapat bergerak atau bertutur langsung. Ia boleh hilang beberapa saat atau ia mungkin berakhir selama sejam,” katanya.
............................................................................................................................

Me, tak pernah dengar pun tentang penyakit ini.  This is my first timelah tahu ada such of penyakit like this. If happen to us, macam mana ye! Minta dijauhkanlah kita semua.

Saturday, April 21, 2012

Severely by FT Island.... Nice Song !

Entah kenapa tiba2 minat pulak dengan lagu Korea ni. (Tapi bukan peminat fanatik cam my daughter tu ye!).  Kalau tanya my daughter tentang FT Island ni, panjang berjela dia punya explanation.  Siap dengan senarai lagu2 dia orang. Me, just sebab selalu sangat dengar lagu ni dimainkan berulang2 kali di radio waktu tension2 balik kerja dalam kereta, so boleh masuklah dengan jiwa ni.  (Boleh blah kata budak2 muda sekarang ni!)  Letak kat sini untuk share with you all. Tiba2 mood datang untuk dengar lagu2 yang jiwang cam gini.  Kalau tak minat boleh pergi main jauh2 dulu....

                                                              (credit to : youtube.com)
I'm in love now... with this song!

Oklah nak bersiap ke kenduri lak ni. Aduhai, penat buat puding malam tadi tak habis lagi.  Tidur pun dekat pukul 2 pagi.. Ok you all, Salam dan Happy weekend semua! 

Friday, April 20, 2012

Song : Teman By LoveHunters

Pernah dengar tak lagu ni.  Suka sangat2.  Lagunya berentak melow gitu dan sangat2 mendamaikan.  Teringat2 zaman dolu2 He He He. Song by the LoveHunters.  Even diaorang ni Singapore local band, but very2 popular dulu2 bukan saja di Singapore tapi juga di Malaysia dan juga Brunei.  Thinks since late 80's, macam tu lah kot.  Trio band ni di anggotai oleh Yazid (singer), Moliano (Bass) and Saha (drummer).  Entah, dah tak berapa nak ingat sangatlah. One thing, they have plenty of popular songs in Malays and  English. Dan pernah juga memenangi beberapa award. Not badkan!

(Lovehunters - from cik google)
This is one of their 'killer song' yang tetap famous dan masih lagi  diputarkan di corong2 radio hingga hari ini. Bayangkanlah tetap popular sampai sekarang ni.  Berhantu betul!. Share dengar dengan you all! (Bila la they all nak wat lagu baru? Waiting2 ni...)

 
(credit: youtube.com)

I like3........................Layan jer lagu ni di Hari Jumaat yang syahdu gitu!

Nukilanku - Buat Putera PuteriKu

Putera Puteriku
Merenung jauh dalam wajahmu
Sayu, Hiba dan Pilu
Mengenang waktu melahir dan membesarkanmu
Gembira Dan Bangga Bersatu

Sesungguhnya
Kamulah Putera Puteriku
Hasil bunga cinta yang agung
Jalinan kasih suci mendalam
Memutik sayang abadi!

Putera Puteriku
Tak perlu kau petik bintang di langit
Tak perlu kau gapai bulan di awanan
Tak perlu kau cari mutiara di lautan
Cukup sekadar penghormatan
Buatku
Tak ternilai....
(They're really cute @ this age! ..Once upon a time ni!)
Putera PuteriKu
Terimakasih
Kerana menjadikan satu nada
Kebahagiaan......
Sebagai bekalan 
Untuk aku seorang ibu!

KISAH MISTERI Jalanraya Misteri

Salam Jumaat semua! Ini satu cerita yang berlaku pada hari Jumaat juga................

Cerita ni benar-benar terjadi. Dan kami sekeluarga  telah mengalaminya sendiri.  Ianya terjadi hampir 2 tahun yang lalu.  Waktu itu kami sekeluarga dalam perjalanan untuk percutian beberapa hari ke Port Dickson sempena cuti sekolah.  Mulanya kami bercadang menggunakan PLUS Highway tapi entah kenapa tergerak pulak hati nak cuba guna Highway LEKAS.  Saja2 nak cuba jalan baru cadangnya.

Perjalanan pada mulanya berkeadaan biasa saje.  Cuacapun cantik dan amat baik. Tetapi entah bagaimana, tiba-tiba bila sampai saja di satu kawasan, kereta kami seperti memasuki satu kawasan lain yang amat gelap, kelam, hitam pekat dengan hujan lebat yang turun secara tiba2 dan percayalah waktu itu kami langsung tidak nampak apa-apa.  Kami juga tidak tahu sama ada terdapat apa2 kenderaan di hadapan belakang mahupun bersebelahan kami. Suami terus menyalakan lampu kereta dan kami waktu itu hanya mampu berserah saja.  Saya terkumat-kamit membaca ayat2 suci Al-Quran dan mujurlah dalam kereta ada saya bawa Surah Yassin.  Anak2 dah mula risau tapi tidak saya pedulikan, dan saya teruskan membaca ayat2 suci Al-Quran.  Mujurlah beberapa ketika keadaan kembali reda dan tiba2 kami keluar dari kegelapan tersebut dan berada di jalanraya  yang terang bercahaya.  Peristiwa yang tersebut benar2 aneh buat kami.  Bagaimanapun, kami bersyukur kerana bernasib baik dan tidak ada perkara2 buruk yang terjadi kepada kami sekeluarga.  Kalau tidak, entahlah!

Kata orang, mungkin ketika kami lalu, ada "benda" lain yang juga sedang lalu atau sedang "kencing" ataupun kawasan itu sememangnya benar2 keras.  Baru2 ini sewaktu satu majlis kenduri, ada seorang saudara saya yang menceritakan pengalaman abangnya sendiri, yang lebih kurang sama dengan apa yang kami alami tetapi, beliau telah mengalami kecelakaan akibat peristiwa itu. Tempatnya juga sama di Highway LEKAS. Lokasi yang tepat, saya sendiri tak berapa ingat!  Mungkin cerita begini berlaku di mana-mana jalan pun bukan di sini saja. Jadi kita mesti sentiasa berhati2 dan bersedia andai berlaku perkara2 seperti ini!
(ehsan google)
Sehingga ke hari ini, kami masih tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang berlaku dan ianya masih terus menjadi misteri yang tidak dapat dirungkaikan hingga kini. Jadi dimana jua kita berada, berhati2 semasa pemanduan ye!. Wallahua'lam.............

Thursday, April 19, 2012

Perkahwinan Natasha Hudson! So sweet.....

(Foto from mymetro)
Rasanya belum terlambat nak wish 'selamat pengantin baru' untuk  pelakon Natasha Hudson yang telahpun sah bergelar isteri kepada penyanyi dan ahli perniagaan, Carleed Khaza baru2 ini. So sweet, walaupun ini perkahwinan kali ketiga buat beliau yang pernah gagal dalam dua perkahwinannya sebelum ini.  Suka sangat tengok bila Natasha Hudson dah bertudung! Nampak ayu dan sejuk jer mata memandang. Teringat dulu2, banyak gossip2 panas dan hangat tentang Natasha Hudson ni.  Apapun itu cerita lama dan sekarang dia dah pun mula berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik. Tutup citer lama, buka laman buku yang baru pula!

Sekali lagi tahniah, moga terus kekal dengan imej bertudung tu ye! Doakan yang terbaik untuk both of you.

Hujan Lagi Di Kuala Lumpur

Rasanya dah dua petang berturut-turut hujan lebat gila di Kuala Lumpur.  Dan biasanya kalau hujan, jalan akan jadi sesak 'luarbiasa".  Tengok  jelah gambar ni.  Walau hujan baru je turun masa ni, kereta dah start bersusun-susun.  Macam nilah kalau hujan je waktu petang,  MMR2 dan Jalan Ampang sesak teruk. Mula2 satu haluan je, lama2 sikit dua2 haluan akan sesak yang teramat2 sangat.  Tak tau apa punca.  Tapi yang pastinya kalau hujan mesti "Jammed".  Nak tau maksud jammed tu "A crush or congestion of people or things in a limited space"(Betul ke ni?). Bukan jam roti tu ye! Tak larat dah nak sapu roti hari2 masa balik hujan2 ni. Hu Hu Hu........Hujan dan traffic jam ni saling berkait ke?? Bersaudara tang mana ??
.   

Namun, nampaknya hari ni hujan dahpun turun awal2 pagi tadi,  so hopefully there will be no rain lah petang ni! Nak balik cepat hari ni..................

Petua - Kebaikan Air Barli

Semalam waktu dinner sempena meraikan birthday my daughter, saja2 order air barli suam ni.  Satu, sebab badan rasa tak sedap dan panas.  Orang tua2 pun kata minum barli ni bagus antaranya kerana :-
1.  Untuk sejukkan badan (Kalau masa demam elok sangat minum)
2.  Boleh melawaskan kencing
3.  Baik untuk buah pinggang.
4.  Dapat mengurangkan kolestrol.
5.  Boleh juga mencegah kanser.
6.  Menghindar penyakit batu karang, dan
7.  Juga elok untuk kesihatan dalaman orang lelaki (Ye ke?)

Sebenarnya, banyak lagi kebaikan barli ni.  Kalau nak dihuraikan satu persatu kena jumpa pakar pemakananlah pulak.  Ok, kita minum dulu!.. Oh! ye, kalau you all tau apa lagi kebaikan barli ni , bolehlah share sama2 kat sini.  Jemput2 komen.............

Dinner @ Belanga, Hulu Langat !

Malam semalam dinner sempena birthday my little princess. Oleh sebab birthdaynya jatuh tengah minggu, so tak dapatlah nak bawak pergi makan jauh2. Yelah, balik kerja dah lewat so takleh nak travel jauh2 sangatlah. Penat!  OK takpe dik, ni makan fasa pertama yer.  Nanti cuti2 weekend kita pergi jauh sikit.  tapi, no fast food , please!.  So, order kena ikut selera birthday girllah. Jemput tengok antara yang saya order ! But my mum pulak cakap banyak sangat takut tak habis....... Apapun lepas tu semua licin masuk ke perut!.
(Tauhu bakar - I luv this!)
(Drinks - kena minum air suam banyak2 ye!)

(My hubby asked for tis 'Sup Ekor')

(Antara lauk yang dah sampai - birthday girl asked for 'Kerang")

(Sessi makan  bermula sementara menanti lauk len siap! Semua tak nak bergambar sebab muka penat .. he he)

(Sekitar Belanga!)


(Sekitar Belanga!)





The food was oklah for me.  Cuma my second daughter cakap the Mix Tomyan not enough 'kaw'.  But En Hubby said that's the original taste of Tom Yam without add paste.  Tulah selera masing2kan ! Why don't you all give a try?


Wednesday, April 18, 2012

Satu Hari Satu Peribahasa - 2

Nampaknyer, weekend ni ada satu lagi majlis kenduri.  Sambut menantu my untie (Pn. Siti Norbaya).  InsyaAllah akan hadirlah nanti.  Macam biasa, di tempat saya majlis kenduri kendara macam ni, masih lagi  dilakukan secara bergotong royong sehingga kini, bak kata pepatah  yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing maksudnyer  sentiasa bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. Macammana tempat you all?  Most wedding which yang saya attend kebanyakannya dah guna khidmat catering. Mostly in townlah!.  Mudah dan senang.  Apapun for me, tepuk dada tanya poket lah! 

(Ni antara kenduri yang pernah saya hadirilah)

Happy Birthday My Sweet Little Princess!

Selamat Hari Lahir,  semoga panjang umur,  dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan segala keberkatan dari Allah sw.t. selamanya. Amin....  This photo taken by her yesterday, as she just bought 2 more books at school. (Kaya tauke buku macam ni). Anyway, she loves books! And the cutest part is that, when she request me to upload this photo  to my blog. "Please Ummi, please!"......Oklah just for you dear on your birthday....
(just bought! Photo taken by her)
 Love you dear!  Present will be follow later ya!........But this time no McD request tau!....

Pendaftaran Murid Darjah 1 di Malaysia Tahun 2013 - 2014 UPDATE

Update Untuk Tahun 2016 - 2017 
Sistem permohonan akan dibuka mulai 1 Mac 2015 hingga 30 April 2015.
Check sini http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Ini untuk makluman yang masih tak tahu. Terutamanya bagi yang tinggal di Negeri Selangor. Rasanya negeri2 lain pun dah ada yang mulakan sistem pendaftaran online ni. Dan Putrajaya khabarnya pun pendaftaran secara online juga.  Tapi ini tentang sistem pendaftaran murid darjah satu bagi Negeri Selangor yang perlu dibuat secara online.   Bagi yang lahir tahun 2006–2007. Ramai sangat yang bertanya2 pada saya caranya.  (Alamak den bukannyer guru besar!) So, sedikit panduan untuk semua. "Font" saja buat besar, senang nak faham sikit! HeHeHe

Proses pendaftaran secara Online:-

 
Buka laman web rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/ untuk menghantar maklumat peribadi anak anda dari tarikh 1 Mac 2012 sehingga 30 April 2012 (Rasanya sekolah2 pun ada letak banner dan pengumuman ini.
Cari pautan untuk Pendaftaran Tahun 1 (2013 – 2014). Nanti akan keluar ini.






Pastikan anda telah membaca ‘PENGENALAN SISTEM‘ dan ‘TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN‘ dan fahamkan betul2 sebelum membuat  pendaftaran. Baca semua maklumat yang diperlukan untuk mengelakkan kesalahan.  Kalau dah faham tu,  bolehlah teruskan pendaftaran menggunakan ‘Borang Permohonan ONLINE‘ untuk mendaftar secara online.

Lepas semuanya siap, lihat keputusan penempatan yang diumumkan dengan melawat ‘SEMAKAN STATUS PENEMPATAN MURID‘.  Taip saja nombor MyKid anak anda untuk semakan. Dan jangan lupa cetak borang pendaftaran yang tersebut untuk dihantar ke sekolah dimana anda memohon anak anda ditempatkan.

Selepas itu anda perlu ke sekolah yang dipohon dengan membawa dokumen  yang diperlukan .  Bawa yang asli dan juga salinan.
  1. Cetakan  borang pendaftaran online;
  2. Bil Utiliti dengan alamat yang digunakan;
  3. Sijil kelahiran anak anda/Sijil Anak Angkat;
  4. Kad pengenalan anda (ayah dan ibu); dan
  5. Sijil perkahwinan/Surat Cerai.
Biasanya kerani sekolah akan semak dulu senarai dokumen yang dilampirkan.  Samada perlukan dokumen lain atau tidak.  Lepas itu pihak sekolah akan "chop"kan di belakang Sijil Kelahiran anak untuk pendaftaran beserta no. pinnya.. Apapun, saya dahpun daftarkan anak yang bongsu tu, lama dah tahun lepas, cuma menunggu untuk pengesahan 1 – 30 Ogos 2012 ini.  Anda bagaimana??.  (Pada yang dah daftar tu boleh bagi komen, manalah tau ada info2 lain atau ada kesalahan2 pada info di atas). Apapun, ini hanyalah sebagai garis panduan sahaja  Anda boleh semak sendiri ke laman web yang tersebut atau hubungi sekolah di mana anak anda ingin didaftarkan.

Kalau belum daftar lagi, segerakanlah  kerana pelajaran itu sangat2 penting demi masa depan anak2 kita!

 

Update  Dari Kosmo 2/3/2014

Permohonan penempatan murid Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2015 dan 2016 kini mula dibuka kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak tersebut dan akan berakhir pada 31 Mac ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Hashim Mohd. Zin berkata, semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal dua tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah bagi mereka yang lahir dari 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 bagi sesi persekolahan 2015.

"Manakala kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 pula boleh mendaftar untuk sesi persekolahan tahun 2016.

"Dokumen yang perlu dibawa bersama oleh ibu bapa atau penjaga ialah sijil lahir kanak-kanak (salinan asal dan salinan fotostat) dan bil elektrik, air atau telefon sebagai bukti tempat tinggal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagi permohonan penempatan kanak-kanak cacat penglihatan, pendengaran dan terencat akal yang ringan (masalah pembelajaran), mereka perlu menjalani pemeriksaan doktor sebelum didaftarkan. 

Tuesday, April 17, 2012

KISAH SERAM Misteri Di Pejabat Baru

(ehsan google)
Cerita ni tak taulah seram ke tidak for you all.  But for me still tersimpan dalam my memori hingga kini.  Masa tu saya bekerja di salah sebuah bangunan pencakar langit di ibukota.  Kami baru saja berpindah ke situ dari pejabat lama kami.  Blok office di situ agak besar tapi tidak mempunyai tandas di dalam kawasan pejabat so kalau  nak jumpa “Cik Tan” perlu keluar dari pejabat kerana ianya terletak di luar bersebelahan saja dengan lift.  Saya biasanya datang awal sebab waktu itu masih menaiki kenderaan awam dan tau2 ajelah macammana teruknya ‘jammed’ di Kuala Lumpur.  So lebih baik datang awalkan.  Kadang2 pukul 6.15 saya dah duduk menunggu di pejabat.  Kekadang pukul 6.00 pagi pun dah sampai!

Satu perkara yang pelik bagi saya adalah, jika saya pergi ke tandas awal2 pagi, pasti ada satu bilik tandas yang paling hujung bertutup.  Di pintu tertulis tanda hijau buka. Tapi ia memang tertutup.  Saya buat tak tahu sajelah kerana menyangkakan mungkin ada orang lain yang datang awal ke pejabat selain saya.  Tapi oleh kerana terlalu kerap, dan keinginan untuk mengetahui, satu hari saya cuba menolak pintu tandas itu dengan perlahan tapi anehnya ia tidak terbuka.  Saya kemudiannya sengaja berpura-pura membetulkan kasut dan menunduk ke bawah untuk melihat samada ada orang atau tidak dari bawah tandas.  Hairan betul, memang tidak ada kaki manusia!.  Terus saya bergegas keluar dan terus masuk ke pejabat. Waktu itu bulu roma saya seakan meremang.  Seram sejuk di buatnya!
Perkara itu saya tidak ceritakan kepada sesiapapun.   Hinggalah satu hari sewaktu balik dari kerja, kebetulan waktu itu hujan lebat dan sementara menunggu reda saya duduk berbual dengan salah seorang pengawal  yang bertugas. 

He :    Baru kerja sini?
Me :   Haa, baru je pindah sini dalam 3 minggu. 
He :    Office mana?
Me :   Tingkat 14 .
He :    Aaaa.. tingkat 14 (macam terkejut)
Me :   Ye, kenapa.
He :    Takde apa-apalah. (macam mengelak)
Me :   Eh… ceritalah kenapa?
He :  Tak ada apelah. Cuma nasihat saya berhati2 ajelah.  Bangunan ni ada 2 – 3 tempat yang keras sikit antaranya tingkat 14 tu.  Tapi paling keras kat parking bawah tu.  Sebab tu tauke sini selalu kena buat upacara bagi makan setiap kali bulan penuh!
Me :   Betul ke?
He :   Betul.  Saya pun pernah terkena.  Satu hari tu saya buat spot check kat office blok.  Tiba2 lift berhenti kat tingkat 14.  Ada satu perempuan masuk.  Wajahnya saya tak berapa perasan. Saya pun pelik sebab waktu tu dah tengah malam. Takkan ade orang kerja lagi waktu tu.   Terfikir saya nak tanya.  Tapi bila saya pandang ke arah cermin dalam lift tu saya rasa nak pengsan!
Me :  Kenapa??
He : (Sambil mengelap peluh didahi).  Sebab saya cuma nampak saya je dalam cermin tu.  Perempuan tu takde pun. Saya terus pandang perempuan sebelah saya tadi.  Memang dia masih ada disitu tapi mengapa dia tiada dalam cermin tu. Bila saya tengok betul2 mukanya kosong dan……..…..…..
Me :  Lepas tu apa jadi!
He :  Entahlah dik, saya pun tak ingat apa-apa dah.  Pengawal pagi kata jumpa saya pengsan dalam lift waktu dia datang kerja pagi.
Me :   Betul ke?
He  :  Sayapun malas nak cerita ni sebenarnya. Takut Boss saya marah. Boss saya kata kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita.  Saya cuma cari makan saja. Lagipun boss saya kita ada bagi "diaorang" makan ma, dia tak kacaulah. Itulah, cuma saya nasihatkan adik hati2 saja ye! Kalau nak ke tandas ke biarlah berkawan kalau boleh jangan pergi sorang2.
Me : (Dalam hati takut ya amat! Menyesal tanya!..) Kalau terserempak walaupun dia tak kacau mau kecut perut juga dibuatnya!

Entahlah, tapi sejak dari dah tau, saya tak pernah pergi ke tandas berseorangan. Dan kalaupun saya datang awal, saya akan tunggu di bawah sehingga kawan2 yang lain sampai.  Dan saya akan pastikan sesiapa yang naik lift bersama saya ada bayangnya, pada cermin lift.   Itu cerita lama dan sayapun tak kerja di situ lagi.  Tapi kisah ini saya akan simpan sampai mati. Wallahua’lam..... Nite Semua!


Petua Kurus Dengan Anggur!

(ehsan google)
Betul ke ni?  Terbaca satu artikel yang kita boleh kurus dengan hanya perlu kerap makan buah anggur. Kata lapuran itu lagi, ada kajian yang menunjukkan bahawa kekerapan memakan buah tersebut atau meminum airnya boleh menghalang perkembangan sel-sel lemak dalam badan.  Buah anggur dikatakan mempunyai piceatannol iaitu sejenis bahan yang mampu menghalang sel-sel lemak yang belum matang dari berkembang. Bolehlah cuba lepas ni kan! Tapi one questionlah, kalau dah terlebih kembang camna pulak citer, boleh kurus ke??............Suka juga makan buah anggur ni! Boleh cuba.....

Ada sikit penambahbaikan yang saya dah buat kat blog saya ni! What say u ?? 

Pintarnya kanak2 zaman sekarang!

My daughter kalau ditanya cita2 bila besar, selalu jawabnya, mesti nak jadi Doktor Gigi dan Chef macam Dr. Izani.  Kalau nampak aje gambar Izani, mesti cakap, Eh! Peminat adik  tu !(Ha Ha Ha, padahal dia sebenarnya peminat Izani). But, baru2 ni tetiba dia kata nak jadi Ustazah pulak. Saya buat tak tahu ajelah. Tak tanya pun sebab apa. For me, biasalah budak2!

Then only semalam, bila my neighbour bercerita tentang anak dia yang katanya bercita-cita nak jadi Ustaz.  Pastu cerita pulak kat mak dia ni,  tentang my daughter yang sekelas dengan dia, lepas je dengar dia nak jadi Ustaz terus tukar nak jadi Ustazah pulak. Mana boleh camtu ! ..............Oh!, now I know why?

Balik terus je tanya my daughter.

Me :  Kenapa adik tiba2 je nak tukar jadi Ustazah lak bila besar?
She : Yelah, bila Jan cakap nak jadi Ustaz bila besar, Teacher kata bagus2!. Bila adik kata nak jadi Doktor gigi dan Chef tu Cikgu diam aje. (So sebab tulah dia nak tukar jadi Ustazah pulak!)
Me :  Apapun cita2 kita semuanya baik dan bagus sebab Ustazpun kalau sakit gigi kena jumpa doktor gigi juga dan kalau Ustaz tu nak makan sedap2 kena cari Chef yang best2 juga. Betul tak?
She :  Yelah tu....(Diam sekejap)...... Tapi kalau jadi Ustazah bagus banyaklah, boleh doakan Ummi, Abah, keluarga kita, cikgupun kita boleh doakan!
Me :   (Tak terkata....Hurmmmmmmm.. pintarnya menjawab budak2 sekarang ni!)

Ni ha lah  budak yang nak jadi Ustaz tu... Jan ... Jan!

Ada gaya dah, tangan tu dah style bernasyid tu!..............

Petua Cara Bersihkan Siput Sedut

Salam Pagi Selasa, another day for petua!

(Tq cik google)
Mesti ramai antara kita yang suka makan siput sedut ni kan.  Biasalah, kalau masak lomak cili api siput sodut ni memang sodap! Mentua lalu pun tak nampakkan. Cuma yang lecehnyer nak membersihkan siput-siput tu sebelum proses memasak dapat dilakukan. Kadang-kadang bila makan rasa lumpur dan seakan berpasirkan, betul tak?  Oklah.  Cara paling mudah adalah sehari sebelum nak dimasak siput2 tu, ambilkan hampas kelapa dan gaul2kan. Kemudian biarkan dahulu semalaman.  Esoknyer barulah  dipotong hujungnya dan bolehlah dimasak.  InsyaAllah segala selut, lumpur akan hilang .  Cubalah! Try buat hari ni, masak besok, kalau ada lobih, boleh hantar rumah sikit. He He He

Monday, April 16, 2012

Seni Dim Sum

Sajian tradisi yang merentasi budaya





DAHULU, apabila menyebut dim sum, ramai yang beranggapan ia adalah makanan tidak halal kerana kebanyakan dim sum yang berada di pasaran menggunakan campuran daging babi.
Barangkali ada yang tertanya-tanya, apakah dim sum sebenarnya? Ia adalah sejenis makanan masyarakat Cina Kantonis yang berasal dari selatan China. Pada mulanya, ia dihasilkan sebagai snek untuk pengembara laut dan petani yang berhenti berehat di gerai-gerai untuk minum teh.
Dim sum dihasilkan dalam saiz kecil menggunakan adunan tepung sebagai kulitnya. Intinya pula sama ada diperbuat daripada isi ikan, udang, ayam, daging dan sayur-sayuran. Ia dikukus atau direbus terlebih dahulu sebelum dimakan.
Ekoran keraguan tentang bahan-bahan tersebut, masyarakat Islam ragu-ragu untuk mencubanya.
Bagaimanapun, kebelakangan ini sudah banyak restoran mahupun hotel yang menyediakan hidangan itu telah memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pihak tersebut perlu akur pada prosedur yang sangat ketat.
Begitupun, cara-cara pembuatan dim sum menuntut ketelitian dan kesabaran yang tinggi ekoran proses pembuatannya yang sukar.

 Dim sum halal

Sementara itu, seorang penggemar dim sum, mengakui, hidangan tersebut sememangnya membuka selera namun kesukaran untuk mendapatkan yang halal adakalanya membataskan keinginannya.
"Memang banyak restoran dan hotel menyediakan hidangan tersebut namun status halal perlu diutamakan. Oleh itu, saya hanya mengunjungi beberapa tempat yang sama di sekitar Damansara yang sememangnya menjadi pilihan umat Islam," jelasnya.

More info leh baca kat Kosmo! Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...