THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-04-08

Tabung Masa Depan ...

Saturday, April 14, 2012

Nukilanku - Hujan Dan Airmata

Semakin jauh ku atur langkah
Perlahan-lahan  mencari erti
Kesengsaraan yang bersarang di hati
Kapankah akan pergi

Semakin kencang langkah kaki
Pantas bagai mengerti
Lepaskanlah kesedihan ini
Dengan jurai airmatamu puteri!

Kelam pekat di langit
Berat mengandung air
Seolah-olah mengerti
Pergolakan jiwa lara ini

Titis-titis airmata yang jatuh
Bersama turunnya air darimu langit
Lantas aku lepaskan segala
kesedihan, kesengsaraan yang
ada...
Tanpa ada yang tahu sebenarnya
sebalik hujan yang turun itu
Ada airmata senduku yang tumpah
bersama !

Terima kasih hujan!
Keranamu terselindung sudah hibaku.........


By : KESUMA ANGSANA

Saja tulis sajak ni, sebab hujan dari petang tadi membawa ke malam.  Dan sekarang pulak  tengah berperang dengan sakit kepala yang datang tiba2.  Got to go now, Nite semua, sleep tight, sweet dream ya! Salam.............................

Kisah Lucu - Pajero ke Jamero??

Salam Sabtu hari ni.  So, sebab hari ini cadang nak pergi service kereta, kita ceritalah pasal kisah lucu berkaitan kenderaan pulak, boleh!.. My daughter cakap.. Boleh.. Boleh Blah!! He He

Ini cerita seorang makcik.  Dia tinggal berseorangan selalunyer. Cuma kadang kala bila hujung minggu adalah nampak anak2 dan cucu2 datang menjenguk.  Satu hari bila anak dia balik bercuti,  terus aje dia bertanya.

Mak :  Mak dengar cerita nak beli kereta baru ye? .
Anak:  Ya, tak lama lagilah. Ingat nak cari yang besar sikit.
Mak:   Kereta jenis apa tu?
Anak:  Tengoklah Kereta MPV ke,  Four Wheel Drive ke ....
Mak :  Kereta macam mana tu?
Anak:  Ala, kereta macam  Amin bawak tu lah (Amin ni seorang driver kerajaan dan memandu pacuan empat roda milik kerajaan )
Mak :  Oh, itu taulah, kereta “Jamero” tu!
Anak:  Apa pulak Jamero!
Mak:   Yelah, Amin tu kan bawak “Jamero”!
Anak:  Bukanlah mak, itu “Pajero”
Mak :  Ah, Samalah tu “Jamero” ke “Pajero’ ke
Anak:  Suka hatilah (Tergelak)

 --------------------------------------------------------------
Me :   Jamero (Ha Ha Ha)   Makcik2 kalau yang ni Pajero ye!!

(Tq cik google!)

Artis You Tube - Yuna is still the best!

Rasa-rasanyer, ramai antara kita yang selalu mengikuti dan melayari laman web youtube.comkan.  Ini antara sebab2 terjadinyer lambakan artis yang lahir bermula dari laman web tersebut, maksudnyer mula-mula buat lagu, upload kat youtube, nyanyi pakai gitar ke ape ke, then banyak orang like, pastu booom famous meletup! Takpun paling senang cover je  lagu orang lain, buat cara tersendiri dan bila ramai yang like tu yang jadi fofular mengejut tu.  Apapun pelik jugak ye, ramai sangat dok kejar2 nak jadi artis youtube ni kenapa?  Kalau setakat satu dua yang benar2 berbakat tu tak kisahlah sangat. Tapi kalau dah bersepah2 tu, tak kuasalah mak nak layan!

Antara artis2 itu adalah seperti Ana Raffali, Najwa Latiff dan yang terbaru Ainan Tasneem. (Sekadar menyebut beberapa nama saje). Itu baru kat Malaysia. Kalau overseas tu takyah cakaplah. Tak terkira!  Apapun for me Yuna is still the best! Sentiasa bekerja kuat dan berusaha untuk memberikan hanya yang terbaik. You go girl!  (And dear, please elakkan kontroversi ye!)



              (credit : youtube.com)

P/s : My second daughter now dah jadi Najwa Latiff died hard fan. She said that Yuna punyer lagu style lama2lah Ummi , tak minat. Now in Najwa with kosong!......... Layan jelah.


Friday, April 13, 2012

KISAH SERAM Lembaga Wanita Aneh

Cerita ni diceritakan oleh salah seorang makcik saya.  Beliau telah membeli sebuah rumah baru betul2 di pinggir kota.  Tujuannya agar senang dan memudahkan kerana lokasinya berdekatan dengan tempat beliau dan suami bekerja.  Mula2 bila duduk di situ, beliau agak perasan juga yang kadang2 macam ada kedengaran suara orang memanggil di luar dan terkadang-kadang beliau perasan ada orang yang berada atau berdiri di luar tingkap dapur waktu dia sibuk2 memasak terutama pada waktu2 malam. Tapi dia buat tak tahu ajelah sebab waktu itu suami dan anak2 ada di rumah bersama.

Hinggalah pada satu malam, anak2 beliau turut sama mengikut suaminya ke kedai untuk membeli sedikit barangan sementara dia tinggal seorang di rumah menyiapkan makan malam. Kebetulan pula waktu itu hujan mulai turun. Beliau bergegas untuk menutup tingkap dapur yang sengaja dibuka agar lebih selesa waktu memasak.  Alangkah terkejutnya beliau, apabila melihat seakan-akan ada orang yang berdiri betul2 di sebalik langsir tingkap.  Perlahan-lahan beliau cuba menyelakkan langsir tingkap tersebut untuk memastikan memang benar2 ada orang yang berdiri di situ atau mungkin perasaan beliau sahaja.  Ya, Allah! Bila langsir terselak apa yang berdiri di hadapan beliau adalah satu lembaga perempuan berambut putih panjang, bermata merah dan berwajah hodoh tepat memandang ke arah beliau. Selepas itu makcik saya tidak ingat apa-apa lagi. Beliau terus terjelepuk pengsan!

Bila sedar, beliau sudahpun berada di dalam bilik dan dikelilingi oleh suami dan anak2.  Menurut cerita suami beliau, mereka menjumpainya pengsan di dapur betul2 di hadapan tingkap.  Makcik saya terus menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Suami beliau kurang mempercayainya pada mulanya, tetapi apabila makcik saya demam panas berpanjangan walaupun telah berjumpa doktor, suami beliau pun mula beralah. Atas nasihat kawan2 dan saudara-mara, mereka telah memanggil seorang Ustaz untuk melihat keadaan dan kawasan persekitaran rumah.
(Fr. Google - percaya tak waktu nak upload gambar ni tetiba xleh nampak gambar dia.. scary nyer)
Menurut orang2 yang lama tinggal disitu, tapak rumah makcik saya dulu merupakan tapak perkuburan orang-orang cina dan telah dipindahkan agak jauh kedalam untuk projek perumahan baru. Walau bagaimanapun, mereka percaya ia masih menjadi lagi laluan utama bagi 'makhluk'2  itu.  Dengan izin Allah s.w.t dan usaha dari Ustaz tersebut berjaya mengalihkan laluan "Makhluk" yang tersebut ke arah laluan yang lain dan tidak mengganggu kawasan perumahan tersebut. Alhamdullillah, selepas itu tidak ada lagi perkara2 yang aneh terjadi dan makcik sayapun telah mengadakan majlis bacaan yassin sebagai tanda bersyukur kerana dijauhkan dari perkara2 yang lebih buruk. Sekarang, mereka sekeluarga pun telah berpindah ke rumah yang lain dan cerita rumah lama itu senyap begitu saja.
Wallahua'lam.

Lepas baca cerita ni, jangan takut pulak nak gi toilet malam ni ye ! He He He He He Heeeeeeeeeeeeee

Petua Cara Mudah Cuci Cermin Mata

(Ehsan google)
Kita selalunyer akan dapati cermin mata kita terlihat sedikit kotor dan seakan berlumut kerana pemakaian berhari-harikan. So, cara paling mudah nak membersihkannya adalah gunakan sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate.  Campurkan sedikit shampoo bersama air dan rendamkan bingkai cermin mata anda dalam masa anggaran 5 minit.  Tara.... sisa kotoran tersebut akan hilang dan ia akan jadi seperti bingkai cermin mata yang baru. Mudahkan!

Isteri Kedua Sham (Kamikaze) Enggan Komen?

Terbaca tentang ini di mStar Online hari ini. Hurmmm……………

 (Nurul Halimin (kiri) dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (kanan).)
 Foto dipetik dari Rotikaya.com

PETALING JAYA: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.
"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8). Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu. "Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen. "Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

(sham bersama isteri pertama, Farazila -ehsan google)
 
Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua. Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu. Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.  Menurut sumber berkenaan lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, merupakan bekas anggota Kamikaze sejak tahun 1999. Dia tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu.

Doakan yang terbaik ajelah ye!

Update:

Sham Kamikaze dahpun buat statement penafian.  Apa2 jelah! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...