THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-04-15

Tabung Masa Depan ...

Saturday, April 21, 2012

Severely by FT Island.... Nice Song !

Entah kenapa tiba2 minat pulak dengan lagu Korea ni. (Tapi bukan peminat fanatik cam my daughter tu ye!).  Kalau tanya my daughter tentang FT Island ni, panjang berjela dia punya explanation.  Siap dengan senarai lagu2 dia orang. Me, just sebab selalu sangat dengar lagu ni dimainkan berulang2 kali di radio waktu tension2 balik kerja dalam kereta, so boleh masuklah dengan jiwa ni.  (Boleh blah kata budak2 muda sekarang ni!)  Letak kat sini untuk share with you all. Tiba2 mood datang untuk dengar lagu2 yang jiwang cam gini.  Kalau tak minat boleh pergi main jauh2 dulu....

                                                              (credit to : youtube.com)
I'm in love now... with this song!

Oklah nak bersiap ke kenduri lak ni. Aduhai, penat buat puding malam tadi tak habis lagi.  Tidur pun dekat pukul 2 pagi.. Ok you all, Salam dan Happy weekend semua! 

Friday, April 20, 2012

Song : Teman By LoveHunters

Pernah dengar tak lagu ni.  Suka sangat2.  Lagunya berentak melow gitu dan sangat2 mendamaikan.  Teringat2 zaman dolu2 He He He. Song by the LoveHunters.  Even diaorang ni Singapore local band, but very2 popular dulu2 bukan saja di Singapore tapi juga di Malaysia dan juga Brunei.  Thinks since late 80's, macam tu lah kot.  Trio band ni di anggotai oleh Yazid (singer), Moliano (Bass) and Saha (drummer).  Entah, dah tak berapa nak ingat sangatlah. One thing, they have plenty of popular songs in Malays and  English. Dan pernah juga memenangi beberapa award. Not badkan!

(Lovehunters - from cik google)
This is one of their 'killer song' yang tetap famous dan masih lagi  diputarkan di corong2 radio hingga hari ini. Bayangkanlah tetap popular sampai sekarang ni.  Berhantu betul!. Share dengar dengan you all! (Bila la they all nak wat lagu baru? Waiting2 ni...)

 
(credit: youtube.com)

I like3........................Layan jer lagu ni di Hari Jumaat yang syahdu gitu!

Nukilanku - Buat Putera PuteriKu

Putera Puteriku
Merenung jauh dalam wajahmu
Sayu, Hiba dan Pilu
Mengenang waktu melahir dan membesarkanmu
Gembira Dan Bangga Bersatu

Sesungguhnya
Kamulah Putera Puteriku
Hasil bunga cinta yang agung
Jalinan kasih suci mendalam
Memutik sayang abadi!

Putera Puteriku
Tak perlu kau petik bintang di langit
Tak perlu kau gapai bulan di awanan
Tak perlu kau cari mutiara di lautan
Cukup sekadar penghormatan
Buatku
Tak ternilai....
(They're really cute @ this age! ..Once upon a time ni!)
Putera PuteriKu
Terimakasih
Kerana menjadikan satu nada
Kebahagiaan......
Sebagai bekalan 
Untuk aku seorang ibu!

KISAH MISTERI Jalanraya Misteri

Salam Jumaat semua! Ini satu cerita yang berlaku pada hari Jumaat juga................

Cerita ni benar-benar terjadi. Dan kami sekeluarga  telah mengalaminya sendiri.  Ianya terjadi hampir 2 tahun yang lalu.  Waktu itu kami sekeluarga dalam perjalanan untuk percutian beberapa hari ke Port Dickson sempena cuti sekolah.  Mulanya kami bercadang menggunakan PLUS Highway tapi entah kenapa tergerak pulak hati nak cuba guna Highway LEKAS.  Saja2 nak cuba jalan baru cadangnya.

Perjalanan pada mulanya berkeadaan biasa saje.  Cuacapun cantik dan amat baik. Tetapi entah bagaimana, tiba-tiba bila sampai saja di satu kawasan, kereta kami seperti memasuki satu kawasan lain yang amat gelap, kelam, hitam pekat dengan hujan lebat yang turun secara tiba2 dan percayalah waktu itu kami langsung tidak nampak apa-apa.  Kami juga tidak tahu sama ada terdapat apa2 kenderaan di hadapan belakang mahupun bersebelahan kami. Suami terus menyalakan lampu kereta dan kami waktu itu hanya mampu berserah saja.  Saya terkumat-kamit membaca ayat2 suci Al-Quran dan mujurlah dalam kereta ada saya bawa Surah Yassin.  Anak2 dah mula risau tapi tidak saya pedulikan, dan saya teruskan membaca ayat2 suci Al-Quran.  Mujurlah beberapa ketika keadaan kembali reda dan tiba2 kami keluar dari kegelapan tersebut dan berada di jalanraya  yang terang bercahaya.  Peristiwa yang tersebut benar2 aneh buat kami.  Bagaimanapun, kami bersyukur kerana bernasib baik dan tidak ada perkara2 buruk yang terjadi kepada kami sekeluarga.  Kalau tidak, entahlah!

Kata orang, mungkin ketika kami lalu, ada "benda" lain yang juga sedang lalu atau sedang "kencing" ataupun kawasan itu sememangnya benar2 keras.  Baru2 ini sewaktu satu majlis kenduri, ada seorang saudara saya yang menceritakan pengalaman abangnya sendiri, yang lebih kurang sama dengan apa yang kami alami tetapi, beliau telah mengalami kecelakaan akibat peristiwa itu. Tempatnya juga sama di Highway LEKAS. Lokasi yang tepat, saya sendiri tak berapa ingat!  Mungkin cerita begini berlaku di mana-mana jalan pun bukan di sini saja. Jadi kita mesti sentiasa berhati2 dan bersedia andai berlaku perkara2 seperti ini!
(ehsan google)
Sehingga ke hari ini, kami masih tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang berlaku dan ianya masih terus menjadi misteri yang tidak dapat dirungkaikan hingga kini. Jadi dimana jua kita berada, berhati2 semasa pemanduan ye!. Wallahua'lam.............

Thursday, April 19, 2012

Roses .... what's your favourite ? Pink atau Merah!

Jangan marah kalau entry ni agak panjang. Yelah nak citer pasal bunga ros ni memang harus sampai besokkan!. Roses or bunga mawar or bunga ros sesuatu yang ramai suka terutamanya kita, kaum wanita.  Jangan kata kaum hawa , orang lelaki pun boleh teruja dengan keindahan bunga ni.  Tapi tahu tak, apa maksud yang tersirat disebalik warna bagi setiap bunga ros tu?  Tak tau ?  Nah, ni serba sedikit info untuk share with you all.


Mawar Merah
Mawar merah paling popular di antara mawar2 yang lain. Kekasih biasanya membawa mawar merah hanya untuk kekasihnya atau orang yang benar2 dicintainya. Mawar merah memiliki erti cinta, kecantikan, keberanian, penghormatan, keromantisan dan juga, semangat . Sebab itulah mawar merah ini sangat sesuai untuk menyatakan perasaan cinta kepada seseorang. Maknanya kalau ada yang datang membawa mawar merah untuk kita tandanya si dia ingin mengatakan " I Love U". Buat2 tak faham je (Ceh3 jual mahal lak!).  Apapun ros merah melambangkan  kasih sayang!


Mawar Putih
Sesuci warnanya, Mawar yang putih terlihat bersinar dan sangat2 cantik. Mawar putih ini adalah tanda cinta sejati, kemurnian, kesungguhan, kelembutan, kesucian dan kerendahan hati. Kalau ada mendapat kejutan mawar putih, berbahagialah kerana si dia ingin menunjukkan ketulusan cintanya. Romantisnya!

Mawar Merah Jambu/ Pink
Antara mawar favourite juga, mawar pink ini memiliki warna yang sangat2 menggoda dan membuat siapa pun yang menerimanya tersipu2 malu. Mawar pink melambangkan penghargaan, kebahagiaan, kekaguman, kelembutan, kasih sayang dan ucapan terima kasih sebagai seorang sahabat yang dekat. So, kalau dapat kiriman mawar pink dari si dia, maksudnya, si dia memiliki perasaan yang ingin berkawan baik namun belum mempunyai  perasaan cinta mendalam. Tapi jangan kecewa, ini tandanya bahawa memang si dia menyukai dan mulai mengagumi kamu. (Dah tau, masa tu bolehlah plan step seterusnya kihkihkih)

 Mawar Kuning
Mawar kuning  selalunya dianggap mawar persahabatan. Warna kuning yang tersimpan dengan keceriaan warnanya menjadi  simbol persahabatan yang sejati, kekaguman atas persahabatan, ucapan selamat datang, suatu awal yang baru dari sesuatu, atau mungkin kenangan indah yang tak terlupakan. Semangat persahabatan sejati tersimpan di dalam indahnya mawar kuning itu. (Ala macam citer 3 janji tu... mawar kuning tanda persahabatan!)

Mawar Jingga/Oren
Mawar ini jarang ditemui , oleh itu ianya tidak begitu popular. Namun kalau anda menerimanya, ia adalah simbol kepada kata2 " Aku ingin kamu menjadi sebahagian dalam hidupku".  Ini kerana warna jingga satu simbolik akan gelora  cinta yang menggebu-gebu, kekaguman yang luar biasa, dan rasa haus akan cinta. (Jiwangnya!)

Warna Peach
Mawar peach ini juga jarang ditemui. Namun si peach ini melambangkan kedekatan. Makna yang tersimpan di dalamnya merupakan pernyataan cinta sekaligus mungkin lamaran. Biasanya mawar jingga ini diserahkan beserta cincin yang ingin disematkan di jari sambil bertanya, “Would You marry Me?” Hu Hu Hu


(Semua foto ehsan cik google.Tq)
Mawar Kombinasi, rangkaian Mawar Putih dan Merah
Ini tanda cinta yang luar biasa. Si dia memang inginkan kamu menjadi pendampingnya, menjadi orang yang selalu berada di sisinya selama2nya. Rasa nyaman, bahagia dan keserasian selalu dia rasakan ketika berdua dengan kita. (Ini saya paling suka!)

Adui! Jiwa2 lak pulak.  Boleh baca tapi janganlah percaya 100% ye.  Info2 hasil pembacaan, rujukan dan search cik google. Just for our knowledge aje. Apapun warna ros yang kita terima, hargai dengan sebaik2nya. lainlah kalau orang bagi black rose tu.................Have a nice day all!  

Perkahwinan Natasha Hudson! So sweet.....

(Foto from mymetro)
Rasanya belum terlambat nak wish 'selamat pengantin baru' untuk  pelakon Natasha Hudson yang telahpun sah bergelar isteri kepada penyanyi dan ahli perniagaan, Carleed Khaza baru2 ini. So sweet, walaupun ini perkahwinan kali ketiga buat beliau yang pernah gagal dalam dua perkahwinannya sebelum ini.  Suka sangat tengok bila Natasha Hudson dah bertudung! Nampak ayu dan sejuk jer mata memandang. Teringat dulu2, banyak gossip2 panas dan hangat tentang Natasha Hudson ni.  Apapun itu cerita lama dan sekarang dia dah pun mula berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik. Tutup citer lama, buka laman buku yang baru pula!

Sekali lagi tahniah, moga terus kekal dengan imej bertudung tu ye! Doakan yang terbaik untuk both of you.

Hujan Lagi Di Kuala Lumpur

Rasanya dah dua petang berturut-turut hujan lebat gila di Kuala Lumpur.  Dan biasanya kalau hujan, jalan akan jadi sesak 'luarbiasa".  Tengok  jelah gambar ni.  Walau hujan baru je turun masa ni, kereta dah start bersusun-susun.  Macam nilah kalau hujan je waktu petang,  MMR2 dan Jalan Ampang sesak teruk. Mula2 satu haluan je, lama2 sikit dua2 haluan akan sesak yang teramat2 sangat.  Tak tau apa punca.  Tapi yang pastinya kalau hujan mesti "Jammed".  Nak tau maksud jammed tu "A crush or congestion of people or things in a limited space"(Betul ke ni?). Bukan jam roti tu ye! Tak larat dah nak sapu roti hari2 masa balik hujan2 ni. Hu Hu Hu........Hujan dan traffic jam ni saling berkait ke?? Bersaudara tang mana ??
.   

Namun, nampaknya hari ni hujan dahpun turun awal2 pagi tadi,  so hopefully there will be no rain lah petang ni! Nak balik cepat hari ni..................

Petua - Kebaikan Air Barli

Semalam waktu dinner sempena meraikan birthday my daughter, saja2 order air barli suam ni.  Satu, sebab badan rasa tak sedap dan panas.  Orang tua2 pun kata minum barli ni bagus antaranya kerana :-
1.  Untuk sejukkan badan (Kalau masa demam elok sangat minum)
2.  Boleh melawaskan kencing
3.  Baik untuk buah pinggang.
4.  Dapat mengurangkan kolestrol.
5.  Boleh juga mencegah kanser.
6.  Menghindar penyakit batu karang, dan
7.  Juga elok untuk kesihatan dalaman orang lelaki (Ye ke?)

Sebenarnya, banyak lagi kebaikan barli ni.  Kalau nak dihuraikan satu persatu kena jumpa pakar pemakananlah pulak.  Ok, kita minum dulu!.. Oh! ye, kalau you all tau apa lagi kebaikan barli ni , bolehlah share sama2 kat sini.  Jemput2 komen.............

Dinner @ Belanga, Hulu Langat !

Malam semalam dinner sempena birthday my little princess. Oleh sebab birthdaynya jatuh tengah minggu, so tak dapatlah nak bawak pergi makan jauh2. Yelah, balik kerja dah lewat so takleh nak travel jauh2 sangatlah. Penat!  OK takpe dik, ni makan fasa pertama yer.  Nanti cuti2 weekend kita pergi jauh sikit.  tapi, no fast food , please!.  So, order kena ikut selera birthday girllah. Jemput tengok antara yang saya order ! But my mum pulak cakap banyak sangat takut tak habis....... Apapun lepas tu semua licin masuk ke perut!.
(Tauhu bakar - I luv this!)
(Drinks - kena minum air suam banyak2 ye!)

(My hubby asked for tis 'Sup Ekor')

(Antara lauk yang dah sampai - birthday girl asked for 'Kerang")

(Sessi makan  bermula sementara menanti lauk len siap! Semua tak nak bergambar sebab muka penat .. he he)

(Sekitar Belanga!)


(Sekitar Belanga!)





The food was oklah for me.  Cuma my second daughter cakap the Mix Tomyan not enough 'kaw'.  But En Hubby said that's the original taste of Tom Yam without add paste.  Tulah selera masing2kan ! Why don't you all give a try?


Wednesday, April 18, 2012

Satu Hari Satu Peribahasa - 2

Nampaknyer, weekend ni ada satu lagi majlis kenduri.  Sambut menantu my untie (Pn. Siti Norbaya).  InsyaAllah akan hadirlah nanti.  Macam biasa, di tempat saya majlis kenduri kendara macam ni, masih lagi  dilakukan secara bergotong royong sehingga kini, bak kata pepatah  yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing maksudnyer  sentiasa bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. Macammana tempat you all?  Most wedding which yang saya attend kebanyakannya dah guna khidmat catering. Mostly in townlah!.  Mudah dan senang.  Apapun for me, tepuk dada tanya poket lah! 

(Ni antara kenduri yang pernah saya hadirilah)

Happy Birthday My Sweet Little Princess!

Selamat Hari Lahir,  semoga panjang umur,  dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan segala keberkatan dari Allah sw.t. selamanya. Amin....  This photo taken by her yesterday, as she just bought 2 more books at school. (Kaya tauke buku macam ni). Anyway, she loves books! And the cutest part is that, when she request me to upload this photo  to my blog. "Please Ummi, please!"......Oklah just for you dear on your birthday....
(just bought! Photo taken by her)
 Love you dear!  Present will be follow later ya!........But this time no McD request tau!....

Pendaftaran Murid Darjah 1 di Malaysia Tahun 2013-2014

Ini untuk makluman yang masih tak tahu. Terutamanya bagi yang tinggal di Negeri Selangor. Rasanya negeri2 lain pun dah ada yang mulakan sistem pendaftaran online ni. Dan Putrajaya khabarnya pun pendaftaran secara online juga.  Tapi ini tentang sistem pendaftaran murid darjah satu bagi Negeri Selangor yang perlu dibuat secara online.   Bagi yang lahir tahun 2006–2007. Ramai sangat yang bertanya2 pada saya caranya.  (Alamak den bukannyer guru besar!) So, sedikit panduan untuk semua. "Font" saja buat besar, senang nak faham sikit! HeHeHe

Proses pendaftaran secara Online:-

 
Buka laman web rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/ untuk menghantar maklumat peribadi anak anda dari tarikh 1 Mac 2012 sehingga 30 April 2012 (Rasanya sekolah2 pun ada letak banner dan pengumuman ini.
Cari pautan untuk Pendaftaran Tahun 1 (2013 – 2014). Nanti akan keluar ini.






Pastikan anda telah membaca ‘PENGENALAN SISTEM‘ dan ‘TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN‘ dan fahamkan betul2 sebelum membuat  pendaftaran. Baca semua maklumat yang diperlukan untuk mengelakkan kesalahan.  Kalau dah faham tu,  bolehlah teruskan pendaftaran menggunakan ‘Borang Permohonan ONLINE‘ untuk mendaftar secara online.

Lepas semuanya siap, lihat keputusan penempatan yang diumumkan dengan melawat ‘SEMAKAN STATUS PENEMPATAN MURID‘.  Taip saja nombor MyKid anak anda untuk semakan. Dan jangan lupa cetak borang pendaftaran yang tersebut untuk dihantar ke sekolah dimana anda memohon anak anda ditempatkan.

Selepas itu anda perlu ke sekolah yang dipohon dengan membawa dokumen  yang diperlukan .  Bawa yang asli dan juga salinan.
  1. Cetakan  borang pendaftaran online;
  2. Bil Utiliti dengan alamat yang digunakan;
  3. Sijil kelahiran anak anda/Sijil Anak Angkat;
  4. Kad pengenalan anda (ayah dan ibu); dan
  5. Sijil perkahwinan/Surat Cerai.
Biasanya kerani sekolah akan semak dulu senarai dokumen yang dilampirkan.  Samada perlukan dokumen lain atau tidak.  Lepas itu pihak sekolah akan "chop"kan di belakang Sijil Kelahiran anak untuk pendaftaran beserta no. pinnya.. Apapun, saya dahpun daftarkan anak yang bongsu tu, lama dah tahun lepas, cuma menunggu untuk pengesahan 1 – 30 Ogos 2012 ini.  Anda bagaimana??.  (Pada yang dah daftar tu boleh bagi komen, manalah tau ada info2 lain atau ada kesalahan2 pada info di atas). Apapun, ini hanyalah sebagai garis panduan sahaja  Anda boleh semak sendiri ke laman web yang tersebut atau hubungi sekolah di mana anak anda ingin didaftarkan.

Kalau belum daftar lagi, segerakanlah  kerana pelajaran itu sangat2 penting demi masa depan anak2 kita!

Tuesday, April 17, 2012

KISAH SERAM Misteri Di Pejabat Baru

(ehsan google)
Cerita ni tak taulah seram ke tidak for you all.  But for me still tersimpan dalam my memori hingga kini.  Masa tu saya bekerja di salah sebuah bangunan pencakar langit di ibukota.  Kami baru saja berpindah ke situ dari pejabat lama kami.  Blok office di situ agak besar tapi tidak mempunyai tandas di dalam kawasan pejabat so kalau  nak jumpa “Cik Tan” perlu keluar dari pejabat kerana ianya terletak di luar bersebelahan saja dengan lift.  Saya biasanya datang awal sebab waktu itu masih menaiki kenderaan awam dan tau2 ajelah macammana teruknya ‘jammed’ di Kuala Lumpur.  So lebih baik datang awalkan.  Kadang2 pukul 6.15 saya dah duduk menunggu di pejabat.  Kekadang pukul 6.00 pagi pun dah sampai!

Satu perkara yang pelik bagi saya adalah, jika saya pergi ke tandas awal2 pagi, pasti ada satu bilik tandas yang paling hujung bertutup.  Di pintu tertulis tanda hijau buka. Tapi ia memang tertutup.  Saya buat tak tahu sajelah kerana menyangkakan mungkin ada orang lain yang datang awal ke pejabat selain saya.  Tapi oleh kerana terlalu kerap, dan keinginan untuk mengetahui, satu hari saya cuba menolak pintu tandas itu dengan perlahan tapi anehnya ia tidak terbuka.  Saya kemudiannya sengaja berpura-pura membetulkan kasut dan menunduk ke bawah untuk melihat samada ada orang atau tidak dari bawah tandas.  Hairan betul, memang tidak ada kaki manusia!.  Terus saya bergegas keluar dan terus masuk ke pejabat. Waktu itu bulu roma saya seakan meremang.  Seram sejuk di buatnya!
Perkara itu saya tidak ceritakan kepada sesiapapun.   Hinggalah satu hari sewaktu balik dari kerja, kebetulan waktu itu hujan lebat dan sementara menunggu reda saya duduk berbual dengan salah seorang pengawal  yang bertugas. 

He :    Baru kerja sini?
Me :   Haa, baru je pindah sini dalam 3 minggu. 
He :    Office mana?
Me :   Tingkat 14 .
He :    Aaaa.. tingkat 14 (macam terkejut)
Me :   Ye, kenapa.
He :    Takde apa-apalah. (macam mengelak)
Me :   Eh… ceritalah kenapa?
He :  Tak ada apelah. Cuma nasihat saya berhati2 ajelah.  Bangunan ni ada 2 – 3 tempat yang keras sikit antaranya tingkat 14 tu.  Tapi paling keras kat parking bawah tu.  Sebab tu tauke sini selalu kena buat upacara bagi makan setiap kali bulan penuh!
Me :   Betul ke?
He :   Betul.  Saya pun pernah terkena.  Satu hari tu saya buat spot check kat office blok.  Tiba2 lift berhenti kat tingkat 14.  Ada satu perempuan masuk.  Wajahnya saya tak berapa perasan. Saya pun pelik sebab waktu tu dah tengah malam. Takkan ade orang kerja lagi waktu tu.   Terfikir saya nak tanya.  Tapi bila saya pandang ke arah cermin dalam lift tu saya rasa nak pengsan!
Me :  Kenapa??
He : (Sambil mengelap peluh didahi).  Sebab saya cuma nampak saya je dalam cermin tu.  Perempuan tu takde pun. Saya terus pandang perempuan sebelah saya tadi.  Memang dia masih ada disitu tapi mengapa dia tiada dalam cermin tu. Bila saya tengok betul2 mukanya kosong dan……..…..…..
Me :  Lepas tu apa jadi!
He :  Entahlah dik, saya pun tak ingat apa-apa dah.  Pengawal pagi kata jumpa saya pengsan dalam lift waktu dia datang kerja pagi.
Me :   Betul ke?
He  :  Sayapun malas nak cerita ni sebenarnya. Takut Boss saya marah. Boss saya kata kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita.  Saya cuma cari makan saja. Lagipun boss saya kita ada bagi "diaorang" makan ma, dia tak kacaulah. Itulah, cuma saya nasihatkan adik hati2 saja ye! Kalau nak ke tandas ke biarlah berkawan kalau boleh jangan pergi sorang2.
Me : (Dalam hati takut ya amat! Menyesal tanya!..) Kalau terserempak walaupun dia tak kacau mau kecut perut juga dibuatnya!

Entahlah, tapi sejak dari dah tau, saya tak pernah pergi ke tandas berseorangan. Dan kalaupun saya datang awal, saya akan tunggu di bawah sehingga kawan2 yang lain sampai.  Dan saya akan pastikan sesiapa yang naik lift bersama saya ada bayangnya, pada cermin lift.   Itu cerita lama dan sayapun tak kerja di situ lagi.  Tapi kisah ini saya akan simpan sampai mati. Wallahua’lam..... Nite Semua!


Petua Kurus Dengan Anggur!

(ehsan google)
Betul ke ni?  Terbaca satu artikel yang kita boleh kurus dengan hanya perlu kerap makan buah anggur. Kata lapuran itu lagi, ada kajian yang menunjukkan bahawa kekerapan memakan buah tersebut atau meminum airnya boleh menghalang perkembangan sel-sel lemak dalam badan.  Buah anggur dikatakan mempunyai piceatannol iaitu sejenis bahan yang mampu menghalang sel-sel lemak yang belum matang dari berkembang. Bolehlah cuba lepas ni kan! Tapi one questionlah, kalau dah terlebih kembang camna pulak citer, boleh kurus ke??............Suka juga makan buah anggur ni! Boleh cuba.....

Ada sikit penambahbaikan yang saya dah buat kat blog saya ni! What say u ?? 

Pintarnya kanak2 zaman sekarang!

My daughter kalau ditanya cita2 bila besar, selalu jawabnya, mesti nak jadi Doktor Gigi dan Chef macam Dr. Izani.  Kalau nampak aje gambar Izani, mesti cakap, Eh! Peminat adik  tu !(Ha Ha Ha, padahal dia sebenarnya peminat Izani). But, baru2 ni tetiba dia kata nak jadi Ustazah pulak. Saya buat tak tahu ajelah. Tak tanya pun sebab apa. For me, biasalah budak2!

Then only semalam, bila my neighbour bercerita tentang anak dia yang katanya bercita-cita nak jadi Ustaz.  Pastu cerita pulak kat mak dia ni,  tentang my daughter yang sekelas dengan dia, lepas je dengar dia nak jadi Ustaz terus tukar nak jadi Ustazah pulak. Mana boleh camtu ! ..............Oh!, now I know why?

Balik terus je tanya my daughter.

Me :  Kenapa adik tiba2 je nak tukar jadi Ustazah lak bila besar?
She : Yelah, bila Jan cakap nak jadi Ustaz bila besar, Teacher kata bagus2!. Bila adik kata nak jadi Doktor gigi dan Chef tu Cikgu diam aje. (So sebab tulah dia nak tukar jadi Ustazah pulak!)
Me :  Apapun cita2 kita semuanya baik dan bagus sebab Ustazpun kalau sakit gigi kena jumpa doktor gigi juga dan kalau Ustaz tu nak makan sedap2 kena cari Chef yang best2 juga. Betul tak?
She :  Yelah tu....(Diam sekejap)...... Tapi kalau jadi Ustazah bagus banyaklah, boleh doakan Ummi, Abah, keluarga kita, cikgupun kita boleh doakan!
Me :   (Tak terkata....Hurmmmmmmm.. pintarnya menjawab budak2 sekarang ni!)

Ni ha lah  budak yang nak jadi Ustaz tu... Jan ... Jan!

Ada gaya dah, tangan tu dah style bernasyid tu!..............

Petua Cara Bersihkan Siput Sedut

Salam Pagi Selasa, another day for petua!

(Tq cik google)
Mesti ramai antara kita yang suka makan siput sedut ni kan.  Biasalah, kalau masak lomak cili api siput sodut ni memang sodap! Mentua lalu pun tak nampakkan. Cuma yang lecehnyer nak membersihkan siput-siput tu sebelum proses memasak dapat dilakukan. Kadang-kadang bila makan rasa lumpur dan seakan berpasirkan, betul tak?  Oklah.  Cara paling mudah adalah sehari sebelum nak dimasak siput2 tu, ambilkan hampas kelapa dan gaul2kan. Kemudian biarkan dahulu semalaman.  Esoknyer barulah  dipotong hujungnya dan bolehlah dimasak.  InsyaAllah segala selut, lumpur akan hilang .  Cubalah! Try buat hari ni, masak besok, kalau ada lobih, boleh hantar rumah sikit. He He He

Monday, April 16, 2012

Seni Dim Sum

Sajian tradisi yang merentasi budaya





DAHULU, apabila menyebut dim sum, ramai yang beranggapan ia adalah makanan tidak halal kerana kebanyakan dim sum yang berada di pasaran menggunakan campuran daging babi.
Barangkali ada yang tertanya-tanya, apakah dim sum sebenarnya? Ia adalah sejenis makanan masyarakat Cina Kantonis yang berasal dari selatan China. Pada mulanya, ia dihasilkan sebagai snek untuk pengembara laut dan petani yang berhenti berehat di gerai-gerai untuk minum teh.
Dim sum dihasilkan dalam saiz kecil menggunakan adunan tepung sebagai kulitnya. Intinya pula sama ada diperbuat daripada isi ikan, udang, ayam, daging dan sayur-sayuran. Ia dikukus atau direbus terlebih dahulu sebelum dimakan.
Ekoran keraguan tentang bahan-bahan tersebut, masyarakat Islam ragu-ragu untuk mencubanya.
Bagaimanapun, kebelakangan ini sudah banyak restoran mahupun hotel yang menyediakan hidangan itu telah memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pihak tersebut perlu akur pada prosedur yang sangat ketat.
Begitupun, cara-cara pembuatan dim sum menuntut ketelitian dan kesabaran yang tinggi ekoran proses pembuatannya yang sukar.

 Dim sum halal

Sementara itu, seorang penggemar dim sum, mengakui, hidangan tersebut sememangnya membuka selera namun kesukaran untuk mendapatkan yang halal adakalanya membataskan keinginannya.
"Memang banyak restoran dan hotel menyediakan hidangan tersebut namun status halal perlu diutamakan. Oleh itu, saya hanya mengunjungi beberapa tempat yang sama di sekitar Damansara yang sememangnya menjadi pilihan umat Islam," jelasnya.

More info leh baca kat Kosmo! Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...